Penganjur Acara ialah pengguna Wikipedia Bahasa Melayu dengan kebolehan teknikal untuk menyelaras dan mengurus acara pada Wikipedia Bahasa Melayu. Alatan pertama yang tersedia untuk pengguna dengan hak penganjur acara ialah Pendaftaran Acara melalui sambungan CampaignEvents. Penganjur acara yang menggunakan Pendaftaran Acara mempunyai kebolehan berikut:
- Mencipta laman acara di ruang nama Event
- Menambah pengguna (yang mempunyai hak penganjur acara) sebagai penganjur bersama sesebuah acara
- Membolehkan pendaftaran pada laman acara yang mereka cipta
- Mengumpul maklumat doemografi peserta, jika mereka bersetuju kepada persetujuan berketik
- Peserta boleh menjawab soalan pilihan semasa mendaftar: Jantina, umur, bidang kerja, tahap keselesaan dalam menyumbang ke projek Wikimedia, dan jika mereka ialah sebahagian daripada sebarang gabungan Wikimedia
- Menyunting maklumat pendaftaran acara
- Melumpuhkan pendaftaran acara pada laman acara
- Melihat siapa yang mendaftar bagi acara dan bila mereka mendaftar
- Membuang peserta daripada senarai peserta
- Menghantar e-mel kepada peserta berdaftar
- Menjana senarai undangan, jika ciri Senarai Undangan telah boleh
Keperluan menjadi penganjur acara
Berikut ialah keperluan yang disarankan bagi pengguna yang akan diberikan hak penganjur acara. Ciri-ciri berikut tersedia sebagai panduan dan mungkin akan berubah mengikut persetujuan komuniti atau konsensus:
- Wajib bagi semua pemohon:
- Tiada sekatan aktif dikenakan di Wikipedia Bahasa Melayu
- Selain itu, anda mesti menepati sekurang-kurangnya satu daripada syarat berikut:
- Minimum 300 suntingan sejagat
- Anda ialah kakitangan Yayasan Wikimedia, atau Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia, atau Wikimedia Indonesia, atau Kumpulan Pengguna Wikimediawan Singapura.
- Anda menerima geran Wikimedia untuk sebuah acara
Permohonan sebagai penganjur acara
Untuk memohon hak penganjur acara, ikuti langkah berikut:
- Hantar permohonan anda di Laman Permohonan. Ini merupakan laman pemusatan bagi memastikan kebolehnampakan dan membenarkan masukan daripada komuniti.
- Memandangkan tiada format rigid, anda boleh menggunakan templat berikut sebagai panduan untuk permohonan anda:
==== {{Pengguna|NAMAPENGGUNA}} ==== Saya ingin mencalonkan diri sendiri/Pengguna {{Pengguna|NAMAPENGGUNA}} sebagai penganjur acara. '''Alasan untuk memohon''': [Penerangan anda mengenai keperluan hak penganjur acara.] '''Patuh Ciri-ciri''': * Tidak disekat: [Pengesahan tidak disekat] * Suntingan sejagat: [Nyatakan bilangan suntingan sejagat anda, yang boleh didapati di [[Khas:Pusat_pengesahan]].] * Ciri-ciri tambahan: [Kakitangan gabungan Wikimedia, penerima geran, atau berminat untuk menganjurkan acara.] '''Maklumat tambahan''': [Sebarang maklumat lain yang sesuai.] - ~~~~