Wifi Sebelah Rumah | |
---|---|
Genre | Komedi romantik |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "300 Saat" nyanyian Bunga & Amzar |
Lagu penutup | "300 Saat" nyanyian Bunga & Amzar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit | Dato Sri Jaspal S. Korotana |
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran | 22 Minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Disney+ Hotstar |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | TV3 (Slot Akasia) 7 Oktober — 28 Oktober 2021 |
Siaran asal | 25 Jun 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Perisik Cinta Tak Diundang |
Diikuti oleh | Mr. Bibik |
Wifi Sebelah Rumah adalah merupakan sebuah siri drama romantik cinta komedi Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Zulkefli terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Zul Ariffin, Ruhainies dan Keith Foo. Siri ini memulakan tayangan di laman penstriman Disney+ Hotstar sebagai Hotstar Originals bermula 25 Jun 2021. [1]
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Akasia pada 7 Oktober hingga 28 Oktober 2021 bagi menggantikan siri drama Perisik Cinta Tak Diundang dan digantikan oleh siri drama Mr. Bibik.
Sinopsis
Mengisahkan Ghaz (Zul Ariffin) yang perlukan sambungan wifi untuk menyiapkan urusan kerjanya, jadi pilihan yang dia ada adalah pergi ke kafe berhampiran rumahnya.
Masalahnya Ghaz tidak dapat menghabiskan kerjanya apabila dihalau sebaik saja tamat waktu operasi kafe tersebut. Mira (Ruhainies) yang juga kebetulan singgah di situ menghulurkan bantuan kepada Ghaz dengan memberikan kata laluan wifi dirumahnya.
Ghaz dan Mira sebenarnya berjiran, sejak pindah ke situ Ghaz mula jatuh hati terhadap jiran sebelahnya. Namun, banyak halangan yang perlu Ghaz tempuh untuk memikat Mira, terutamanya berdepan dengan bapa Mira yang menakutkan.
Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Ghaz
- Ruhainies sebagai Mira
- Keith Foo sebagai Fizi
- Nurin Afiqah sebagai Shasha
- Fadlan Hazim sebagai Fendi
- Asha Zainul sebagai Zana
- Ridzuan Hashim sebagai Uncle Sam
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kathy
- Ziana Zain sebagai Zetty
Rujukan
- ^ Drama Wifi Sebelah Rumah. MyInfoTaip. Dicapai 24 Jun 2021