White House Down | |
---|---|
Pengarah | Roland Emmerich |
Dibintangi | Channing Tatum Jamie Foxx Maggie Gyllenhaal Jason Clarke Richard Jenkins James Woods Joey King |
Disunting oleh | Adam Wolfe |
Syarikat penerbitan | Centropolis Entertainment Mythology Entertainment |
Diedarkan oleh | Columbia Pictures |
Tarikh tayangan | 28 Jun 2013 |
Masa tayangan | 131 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
White House Down ialah sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada 28 Jun 2013.
Filem White House Down ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Roland Emmerich.
Pelakon
- Channing Tatum sebagai John Cale, seorang pegawai Polis Kapitol Amerika Syarikat.
- Jamie Foxx sebagai James William Sawyer, Presiden Amerika Syarikat.
- Maggie Gyllenhaal sebagai Carol Finnerty, ejen Perkhidmatan Rahsia.
- Jason Clarke sebagai Emil Stenz, pemimpin tentera upahan.
- Richard Jenkins sebagai Eli Raphelson, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.
- Joey King sebagai Emily Cale, anak perempuan John Cale.
- James Woods sebagai Martin Walker, Ketua Ejen Perkhidmatan Rahsia Presiden.
- Nicolas Wright sebagai Donnie Donaldson, Pemandu Pelancong Rumah Putih.
- Jimmi Simpson sebagai Skip Tyler, seorang penggodam komputer dan pakar teknikal dalam kumpulan Stenz.
- Michael Murphy sebagai Alvin Hammond, Naib Presiden Amerika Syarikat.
Ringkasan
Seorang Polis Kapitol, John Cale tidak diterima untuk bekerja dengan Perkhidmatan Rahsia untuk melindungi Presiden James Sawyer. Tidak mahu mengecewakan anak perempuannya, Emily dengan berita itu, Cale mengambilnya untuk melawat Rumah Putih, apabila kompleks ini diambil-alih oleh sebuah kumpulan tentera bersenjata. Dengan kerajaan negara menjadi dalam keadaan huru-hara, ia terpulang kepada Cale untuk menyelamatkan presiden, anak perempuannya, dan negara.[2]
Rujukan
- ^ "WHITE HOUSE DOWN (12A)". British Board of Film Classification. Dicapai pada June 18, 2013.
- ^ "Plot Summary"