| Wasiat Dari Jordan | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Bade Hj. Azmi |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Cinta Terhalang" oleh Bob Yusof |
| Lagu penutup | "Cinta Terhalang" oleh Bob Yusof |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Zaharah Binti Ahmad |
| Penerbit | Yaya Abu Bakar |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Qaisworks Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV Okey |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 15 November 2020 – 9 Disember 2020 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Dia Bidadari Dari Syurga |
| Diikuti oleh | Mencari Kiblat Cinta |
Wasiat Dari Jordan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Bade Hj. Azmi, dibintangi oleh Aprena Manrose dan Hazman Al-Idrus. Siri ini memulakan tayangan di Slot Drama Okey, TV Okey bermula 15 November 2020 menggantikan Dia Bidadari Dari Syurga.
Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahkan dia menghidap kanser.
Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anak-anaknya. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhianati mereka selama ini.
Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satu-satunya anak lelakinya. Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka.
Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubungan lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah.
Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua?
Pelakon
Pelakon utama
- Aprena Manrose sebagai Sumayah
- Hazman Al-Idrus sebagai Hamzah
Pelakon pembantu
- Badrul Muhayat sebagai Dato Nasir
- Nisa Rissa sebagai Datin Khadijah
- Liza Rafar sebagai Safiyyah
- Fara Nadiah sebagai Fatimah
- Alif Muhaimin sebagai Mukhlis
- Alif Hadi sebagai Ghufran
- Zalfa Zin sebagai Hajar








