Dinasti Saffariah (Parsi: سلسله صفاریان 'Salsalah Saffarian) adalah sebuah dinasti di daerah Sijistan atau Sistan, di barat laut Iran dan tenggara Afghanistan. Riwayat dinasti ini ialah selama 142 tahun iaitu antara 861M hingga 1003M.
KRONOLOGI
1) Ya'qub Bin Laith ( 861-879M )
Ibu kota Saffariyah ialah Zaranj kini di Afghanistan. Dinasti ini diasaskan oleh Ya'qub bin Laith as-Saffar, seorang penempa tembaga (saffar) di timur Iran. Beliau kemudiannya menjadi panglima dan menawan wilayah Sistan pada tahun 861M. Dia kemudian memperluaskan kuasanya ke wilayah timur pada tahun 865M dan menembus ke Zabulistan, daerah sekitar Gazna dan Gardiz dan daerah Kabul-Bamiyan. Kota Herat yang dikuasai Dinasti Tahiri diserang pada tahun 870M. Ya'qub turut menduduki Kirman pada akhir 860-an M. Selepas itu, beliau meluaskan kuasanya ke arah selatan iaitu Makran dan ke barat iaitu Fars. Pada tahun 873M, Ya'qub menyerang Khurasan, memasuki Nisabur tanpa perlawanan dan menggantikan gabenor Tahiri. Setelah itu, Ya'qub bergerak ke wilayah Kaspia. Beliau akhirnya dikalahkan pasukan khalifah Abbasiah di Dair Al-Aqul pada tahun 876M. Walau bagaimanapun, beliau berjaya memperoleh kembali Khuzistan dan Fars.
2) Amr Bin Laith
Setelah Ya'qub meninggal, Amr Bin Laith telah menggantikannya. Beliau telah bergerak untuk menegakkan kekuasaannya di Khurasan dan menjarah ke Afghanistan Timur ke arah perbatasan India. Pada waktu ini, pengaruh Dinasti Saffariah telah sampai ke kemuncaknya dan khalifah Abbasiah menghadiahkan semua wilayah Khurasan dan Rayy. Amr bergerak ke Tukharistan untuk menegaskan haknya tetapi ditawan oleh seseorang dari Bani Saman. Dengan tertawannya Amr, pasukannya mula kucar kacir dan Khurasan akhirnya jatuh ke Dinasti Samaniah.
3) Tahir Bin Muhammad Bin Amr
4) Ahmad Bin Muhammad Bin Khalaf ( 923-963M )
Disebabkan keadaan di Sistan yang tidak stabil, salah seorang anggota keluarga Saffariah telah diangkat oleh sekelompok masyarakat untuk memerintah. Ahmad segera memperluaskan kekuasaan Dinasti Saffariah ke Bust dan Rukhaj. Walau bagaimanapun, pemerintahan beliau tidak kekal lama setelah beliau dibunuh oleh salah seorang hambanya pada tahun 963M.
5) Khalaf Bin Ahmad Bin Muhammad ( 963-1003M )
Setelah Ahmad Bin Muhammad meninggal, beliau telah digantikan dengan anaknya, Khalaf. Disaat pemerintahan beliau, beliau telah meminta bantuan tentera daripada Dinasti Samaniah untuk menumbangkan pemangku kerajaanya. Pemangku kerajaanya tidak mahu memyerahkan kembali kekuasaannya dan menyebabkan Khalaf terpaksa mengalahkannya. Pada tahun 970M, pemangku kerajaannya meninggal dan Khalaf dapat masuk kembali ke Zarang sebagai amir. Pada tahun 983M, anak pemangku kerajaannya dikalahkan dalam pertempuran sehingga kekuasaan Khalaf tegak kembali. Di hujung kekuasaan dinasti ini, Dinasti Ghanavid telah campur tangan dan Khalaf telah diturunkan pada tahun 1003M. Dinasti ini berakhir dengan kematian Khalaf.
Lihat Juga
Rujukan
www.iranchamber.com/history/saffarids/saffarids.php
Pautan Luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.