Wangsa Glücksburg atau nama panjangnya Wangsa Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg ialah sebuah cabang Denmark-Jerman dari Wangsa Oldenburg. Ahli kerabat wangsa ini pernah menjadi penguasa yang memerintah seberapa kawasan Eropah ketika dahulu seperti di Denmark (Ratu Margrethe II), Norway (Raja Harald V ), Yunani (Raja Konstantinos II) dan beberapa negeri utara Jerman .
Wangsa ini dinamakan sempena bandar Glücksburg di pesisiran kecil Selatan Schleswig, selatan fiord Flensburg yang memisahkan Jerman dari Denmark.[1] Pada tahun 1460, Wangsa Glücksburg menggabung dalam kerajaan Schleswig dan Holstein, melalui pembesar Oldenburg bergelar Graaf iaitu Christian VII.
Turunan
Pada tahun 1448, orang Denmark telah melantik Christian I sebagai penguasa mereka yang kemudiannya turut memerintah orang-orang Norway pada tahun 1450. Berikutan pembubaran kesatuan politik Sweden-Norway yang membenarkan Norway menjadi suatu kerajaan berdaulat sendiri, orang-orang Norway pula memilih seorang putera kedua Frederik VIII dari Denmark dan cucunda sulung Christian IX, Carl Georg Valdemar Axel, menjadi Raja Norway pada 18 November 1905 di bawah nama Haakon VII.
Putera Vilhelm, putera kedua hasil perkahwinan Putera Mahkota Kristian dan Puteri Mahkota Luise dipilih sebagaiRaja Yunani pada 30 Mac 1863 menggantikan Otto (atau "Othon") digulingkan; baginda memerintah dengan nama Georgios I.
Rujukan
- ^ Michel Huberty, Alain Giraud, F. and B. Magdelaine. L'Allemagne Dynastique, Volume VII. Laballery, 1994. pp. 7–8, 27–28, 30–31, 58, 144, 168, 181, 204, 213–214, 328, 344, 353–354, 356, 362, 367. ISBN 2-901138-07-1, ISBN 978-2-901138-07-5