Wan Chai atau nama sebenarnya Mohd Azwan Azlan ialah personaliti media sosial Malaysia, selebriti TikTok dan pelakon yang berasal dari negeri Sabah. Dia yang merupakan rakan baik kepada seorang lagi selebriti TikTok iaitu Ryan Bakery, pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion Live yang ditayangkan di Astro Warna.[1][2]
Wan Chai aktif menghasilkan video-video lawak pendek dan review produk di platform TikTok sejak tahun 2021. Dengan peningkatan popularitinya, dia telah mendapat beberapa tawaran projek lakonan, terutamanya dalam telemovie terbitan Astro.[3]