Walt Disney Parks and Resorts, ialah segmen syarikat Walt Disney yang merancang, membina dan menguruskan taman tema dan tempat peranginan milik syarikat ini, dan juga beraneka perusahaan istirahat berorientasikan keluarga yang lain. Ia merupakan salah satu daripada empat segmen perniagaan utama syarikat, di samping segmen Consumer Products (barangan pengguna), Media Networks (rangkaian media), dan Studio Entertainment (hiburan dan perfileman).
Divisi taman tema ini diasaskan pada tahun 1971 dengan nama Walt Disney Attractions ketika pembukaan taman tema kedua Disney, iaitu Magic Kingdom di Walt Disney World Resort di Florida, sebagai pelengkap Disneyland asal di California.
Tempat peranginan Disney
Disneyland Resort
Disneyland, diasaskan sebagai taman tunggal oleh Walt Disney pada 17 Julai 1955, di bandar Anaheim, California.
Pada tahun 2001, kawasan ini diberikan nama rasmi Disneyland Resort, bersempena pembukaan Disney's California Adventure Park, dua hotel peranginan baru dan daerah peruncitan, restoran dan hiburan Downtown Disney. Resort ini menduduki kawasan seluas 500 ekar (2.0 km2), dan dibahagikan kepada taman-taman, pusat beli-belah dan tempat-tempat peranginan berikut:
- Taman tema
- Kompleks beli-belah dan hiburan
- Tempat peranginan
Walt Disney World Resort
Ketika dibuka pada 1 Oktober 1971, Walt Disney World Resort, hanya terdiri daripada Magic Kingdom dan tiga hotel peranginan. Kini, ia merupakan tempat percutian terbesar dan destinasi pelancongan termasyhur di dunia, dengan empat taman tema, dua taman air, sebuah kompleks beli-belah dan hiburan, 20 hotel, lapan padang golf, dan berbatu-batu panjangnya kegiatan rekreasi.
- Taman tema
- Taman air
- Taman lain
- Kompleks beli-belah dan hiburan
- Resort
- Disney's Animal Kingdom Lodge
- Disney's Grand Floridian Resort & Spa
- Disney's Bay Lake Tower at the Contemporary
- Disney's Contemporary Resort (termasuk Disney's Bay Lake Tower at the Contemporary)
- Disney's Polynesian Resort
- Disney's Port Orleans Resort
- Disney's Saratoga Springs Resort & Spa
- Disney's Old Key West Resort
- Disney's Caribbean Beach Resort
- Disney's BoardWalk Resort
- Disney's Beach Club Resort
- Disney's Yacht Club Resort
- Disney's Coronado Springs Resort
- Disney's Pop Century Resort
- Disney's All-Star Movies Resort
- Disney's All-Star Music Resort
- Disney's All-Star Sports Resort
- Disney's Wilderness Lodge
- Disney's Fort Wilderness Resort & Campground
- Walt Disney World Swan - Dikendali oleh Westin Hotels
- Walt Disney World Dolphin - Dikendali oleh Sheraton Hotels
Tokyo Disney Resort
Tokyo Disney Resort dibuka pada 15 April 1983 di bandar Urayasu, Chiba, Jepun. Pada 4 September 2001, tempat peranginan ini diperluas oleh pembukaan Tokyo DisneySea. Di dalamnya terdapat beberapa hotel peranginan, tetapi hanya tiga daripadanya adalah milik tempat peranginan yang bermegah dengan bangunan letak kereta terbesar di dunia. Tokyo Disney Resort dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh The Oriental Land Company dan dilesenkan oleh syarikat Walt Disney. Resort ini dibina oleh Walt Disney Imagineering, dan pihak Disney masih sedikit sebanyak menguasai pengurusannya; Nick Franklin mengetuai pasukan Walt Disney Attractions Japan di syarikat Disney, yang berhubung dengan Oriental Land Company mengenai segala aspek di Resort, serta menugaskan pasukan Imagineers di Resort ini. Berikut ialah senarai hartanah Tokyo Disney:
- Taman hiburan
- Pusat beli-belah
- Tempat peranginan
Disneyland Paris
Disneyland Paris, kompleks peranginan kedua Disney di luar Amerika Syarikat, dibuka pada 12 April 1992, sebagai Euro Disney Resort. Terletak di Marne-la-Vallée di pinggiran kota Paris, Perancis, Disneyland ini bercirikan dua taman tema, sebidang padang golf, sebuah kompleks hiburan dan enam hotel peranginan Disney. Ia diselenggara dan diuruskan oleh Euro Disney S.C.A., sebuah syarikat milikan separa syarikat Walt Disney yang sahamnya didagangkan dalam bursa Euronext. Harta-hartanya terletak pada kawasan seluas 4,940 ekar (20.0 km2), dan terdiri daripada:
- Taman
- Disneyland Park (dahulunya Euro Disneyland)
- Walt Disney Studios Park
- Golf Disneyland
- Kompleks beli-belah dan hiburan
- Disney Village (dahulunya Festival Disney)
- Penginapan
- Disneyland Hotel
- Disney's Hotel New York
- Disney's Newport Bay Club
- Disney's Sequoia Lodge
- Disney's Hotel Cheyenne
- Disney's Hotel Santa Fe
- Disney's Davy Crockett Ranch
Hong Kong Disneyland Resort
Hong Kong Disneyland, tempat peranginan Disney yang kedua keseluruhannya dan yang kedua di Asia, dibuka pada 12 September 2005, di Penny's Bay, Pulau Lantau, Hong Kong. Kini, resort ini terdiri daripada satu taman tema dan dua hotel, dengan tanah yang ditempah untuk peluasan masa depan. Ia dimiliki dan dikendali oleh Hong Kong International Theme Parks, sebuah syarikat yang dikongsi oleh The Walt Disney Company dan Kerajaan Hong Kong. Hong Kong Disneyland Resort terletak di tapak seluas 320 ekar (1.3 km2).
- Taman
- Hotel
Disney Cruise Line
Disney Cruise Line, dibentuk padatahun 1995; dua kapal miliknya iaitu Disney Magic dan Disney Wonder masing-masing bermula operasi pada tahun 1998 dan 1999, dan direka dengan usahasama bersama Walt Disney Imagineering. Kedua-dua kapal menawarkan pelayaran tiga, empat dan tujuh malam di Caribbean, setiap satunya berhenti di pulau persendirian Disney di Bahamas, iaitu Castaway Cay. Dua kapal baru akan menyertai armada Disney pada tahun 2011 dan 2012.
Harta:
- Disney Wonder
- Disney Magic
- Castaway Cay (2010)
- Disney Dream (2011)
- Disney Fantasy (2012)
Garis masa
1950-an dan 1960-an
- 1954 - Taman tema Disneyland di Anaheim, California, diumumkan.
- 1955 - Disneyland didedikasi oleh pengasas syarikat Walt Disney pada 17 Julai.
- 1959 - Peluasan besar pertama Disneyland dengan terbinanya Matterhorn Bobsleds, Submarine Voyage dan Disneyland Monorail.
- 1965 - Rancangan Projek Florida (bakal Walt Disney World Resort) diumumkan pada bulan November.
- 1966 - Walt Disney meninggal dunia pada 15 Disember.
- 1967 - Bermulanya pembinaan Walt Disney World Resort.
1970-an dan 1980-an
- 1971 - Magic Kingdom dibuka pada 1 Oktober dan didedikasi oleh Roy O. Disney; Walt Disney World Resort mula beroperasi dengan dua hotel peranginan dan satu tapak perkhemahan.
- 1972 - Rancangan membina taman tema di Eropah diumumkan.
- 1978 - Rancangan membina taman tema kedua di Walt Disney World Resort (Epcot) diumumkan.
- 1979 - Bermulanya pembinaan Epcot Center. Main Street Electrical Parade dibuka di Disneyland Park di Anaheim, California.
- 1982 - Taman tema kedua Walt Disney World, Epcot Center dibuka pada 1 Oktober.
- 1983 - Taman tema Disney antarabangsa sulungnya, Tokyo Disneyland, dibuka di bandar Urayasu, Jepun.
- 1984 - Michael Eisner dilantik sebagai CEO Disney lalu memulakan peluasan divisi taman tema Disney secara agresif.
- 1985 - Disney memulakan perjanjian lesen bersama MGM, lalu diberi hak untuk menggunakan nama dan logo MGM untuk taman ketiga di Walt Disney World Resort.
- 1988 - Bermulanya pembinaan Euro Disney Resort.
- 1989 - Taman tema ketiga di Walt Disney World Resort, Disney-MGM Studios, dibuka pada 1 Mei.
1990s
- 1990 - Espace Euro Disney dibuka untuk mempamerkan previu Euro Disney Resort kepada umum.
- 1992 - Taman tema Disney antarabangsa kedua, Euro Disneyland, dibuka sebagai sebahagian Euro Disney Resort di pekan Marne-la-Vallée, Perancis pada 12 April.
- 1994 - Euro Disney Resort dan taman temanya Euro Disneyland dinamakan semula Euro Disneyland Paris pada bulan Jun, kemudian diberi nama Disneyland Paris pada bulan Oktober.
- 1995 - Disney mengumumkan rancangan Disney's Animal Kingdom, taman tema keempat di Walt Disney World.
- 1997 - Disney mengumumkan Disney's California Adventure dan Downtown Disney di Disneyland Resort.
- 1997 - Festival Disney, kompleks beli-belah, kedai makan dan hiburan di Disneyland Paris, dinamakan semula Disney Village.
- 1998 - Disney mengumumkan rancangan lima tahun untuk membuka taman tema baru di setiap tempat peranginannya di seluruh dunia, bermula dengan pembukaan Disney's Animal Kingdom pada 22 April. Disney Magic mula beroperasi pada 8 Julai.
- 1999 - Rancangan tempat peranginan di Hong Kong diumumkan. Kapal Disney Wonder mula beroperasi pada 15 Ogos.
2000s
- 2001 - Disney's California Adventure dan Downtown Disney dibuka di Disneyland Resort; Tokyo DisneySea dibuka di Tokyo Disney Resort.
- 2002 - Walt Disney Studios Park dibuka sebagai taman tema kedua di Disneyland Resort Paris yang baru dinamakan semula. Taman pertama pula dinamakan Disneyland Park.
- 2003 - Bermulanya pembinaan Hong Kong Disneyland.
- 2005 - Disneyland menyambut ulang tahun ke-50 sebagai keraian jubli bersama semua taman tema seluruh dunia; Hong Kong Disneyland Resort dibuka pada 12 September di Pulau Lantau, Hong Kong; Walt Disney World mengumumkan penutupan River Country untuk selamanya.
- 2006 - Berakhirnya sambutan Happiest Homecoming on Earth, disusuli oleh tempoh promosi Year of a Million Dreams di Disneyland dan Walt Disney World.
- 2007 - Promosi Year of a Million Dreams promotion dilangsungkan setahun lagi. Kerja peluasan/pengubahsuaian Disney's California Adventure sebilion dolar diumumkan siap menjelang tahun 2012. Disneyland Resort Paris menyambut ulang tahun ke-15.
- 2008 - Sambutan ulang tahun ke-15 Disneyland Resort Paris dilanjutkan, dan Tokyo Disney Resort menyambut ulang tahun ke-25. Disney-MGM Studios di Walt Disney World dinamakan semula sebagai Disney's Hollywood Studios. Dua kapal baru diumumkan untuk perkhidmatan Disney Cruise Line.
- 2009 - Year of a Million Dreams berakhir, diganti oleh promosi What Will You Celebrate? di Disneyland dan Walt Disney World. Disney mengumumkan resort baru, Shanghai Disneyland, dijangka dibuka pada tahun 2014 di tanah besar China, serta mengumumkan nama kapal-kapal baru Disney Cruise Line iaitu Disney Dream dan Disney Fantasy. Disney mengumumkan rancangan Fantasyland Expansion untuk Magic Kingdom di Walt Disney World untuk mula dibina pada Januari 2010 dan disiapkan secara berfasa. Disneyland Resort Paris menukar balik namanya kepada Disneyland Paris.