Seribu Tahun | |
---|---|
Genre | Melodrama |
Ditulis oleh | Shahrulezad Mohameddin |
Pengarah | Shahrulezad Mohameddin |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Seribu Tahun Lagi" - Imran Ajmain |
Lagu penutup | "Seribu Tahun Lagi" - Imran Ajmain |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 5 Mac 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | From Saga With Love |
Seribu Tahun ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah dan Mikael Noah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza, Astro Ria pada 5 Mac 2025 menggantikan From Saga With Love.
Sinopsis
Puteri Imaan Suhana, seorang wanita muda yang memberontak dan dibesarkan tanpa banyak bimbingan agama, tinggal bersama Datin Norish, seorang ibu tunggal yang berjaya membesarkan satu-satunya anak perempuannya selepas kematian suaminya.
Segalanya bermula apabila Imaan terkejut dengan kejadian yang mengubah hidupnya, apabila dia hamil dengan anak luar nikah, hasil hubungan terlarang bersama teman lelakinya, Azrul.
Setelah dikhianati oleh teman lelakinya Azrul, dan mengetahui bahawa Dr. Zahar ialah seorang pengamal seks songsang, Imaan dalam keadaan hamil melarikan diri ke sebuah desa terpencil dan berkahwin dengan Shukri, seorang lelaki sederhana yang mencintainya tanpa syarat, walaupun Shukri sendiri telah lama berkahwin dengan Nor.
Bertahun kemudian, Imaan meninggalkan anak mereka. Shukri membesarkan anak itu seorang diri hingga diserang Alzheimer. Imaan kembali untuk menuntut hak penjagaan, mencetuskan pertempuran emosi antara ibu dan bapa.
Pelakon
- Emma Maembong sebagai Puteri Imaan Suhana (Imaan)
- Azhan Rani sebagai Shukri
- Noorkhiriah sebagai Nor
- Mikael Noah sebagai Muhammad
- Laila Nasir sebagai Dato' Norish
- Ziema Din sebagai Datin Sofea
- Ali Reza Kavoossi sebagai Azrul
- Nazrief Nazri sebagai Dr. Zahar
- Zarif Ghazzi sebagai Fakhrul
- Didie Alias sebagai Kak Oyen
- Azrul Zaidi sebagai Beego
- Elly Suhaili sebagai Cik Idah
- Norreen Iman sebagai Nurse Zah
- Ieda Moin sebagai Ika
- Amy Nur Tinie sebagai Gina
- Danny Evans sebagai Abang Ajis (Kak Anna Jobling)
Runut Bunyi
- Seribu Tahun Lagi - Imran Ajmain
Rujukan
Pautan luar
Astro Ria: Slot DramaVaganza, Rabu-Khamis, 9:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Seribu Tahun | Berikutnya |
From Saga With Love | TBA |