Voltinisme ialah istilah yang digunakan dalam ilmu biologi untuk menandakan bilangan seturunan (kali membiak) atau keturunan sesuatu organisma dalam setahun. Istilah ini digunakan terutamanya dalam bidang serikultur, yang mana jenis-jenis ulat sutera berbeza-beza dari segi voltinisme.
- Univoltin - satu keturunan setahun
- Bivoltin - dua keturunan setahun
- Multivoltin - berbilang keturunan setahun
- Semivoltin - satu keturunan lebih setahun
Evolusi
Bilangan kitaran pembiakbakaan setahun ditentukan oleh ketetapan genetik dalam kebanyakan spesies[1] atas sebab berevolusi sejajar dengan persekitaran. Kebanyakan spesies fitofaj yang bergantung pada sumber tumbuhan bermusi, adalah univoltin. Spesies sedemikian juga mampu berdiapaus.[2]
Rujukan
- ^ Coates BS, Sumerford DV, and Hellmich RL. 2004. Geographic and voltinism differentiation among North American Ostrinia nubilalis (European corn borer) mitochondrial cytochrome c oxidase haplotypes. 9pp. Journal of Insect Science, 4:35, Available online: [1]
- ^ Hunter, M.D. and J.N. McNeil. 1997 Host-plant quality influences diapause and voltinism in a polyphagous insect herbivore. Ecology 78: 977-986. [2] Diarkibkan 2007-04-17 di Archive-It