Visualisasi ( Inggeris: visualization ) adalah kejuruteraan dalam pembuatan gambar, carta atau animasi untuk penampilan suatu maklumat. Secara umum, visualisasi dalam bentuk gambar baik yang bersifat abstrak maupun nyata telah dikenal sejak awal dari peradaban manusia. Contoh dari hal ini meliputi lukisan di dinding-dinding gua dari manusia purba, bentuk huruf hiroglip Mesir, sistem geometri Yunani, dan teknik pelukisan dari Leonardo da Vinci untuk tujuan kejuruteraan dan ilmiah, dll.
Pada saat ini 'visualisasi' telah berkembang dan banyak dipakai untuk keperluan ilmu pengetahuan, kejuruteraan, visualisasi rekabentuk produk, pendidikan, multimedia interaktif, perubatan , dll. Pengguna dari grafika komputer merupakan perkembangan penting dalam dunia visualisasi, selepas penemuan teknik garis perspektif pada zaman Renaissance. Perkembangan bidang animasi juga telah membantu banyak dalam bidang visualisasi yang lebih kompleks dan canggih.
Rujukan
- Dostal, J. Education technology and senses in learning (ucebni pomůcky a Zasada názornosti). Olomouc, EU: Votobia, 2008. 40 s. ISBN 978-80-7220-310-9.