Vissi d'arte ditulis dalam bahasa Itali adalah aria soprano terkenal diambil dari babak II, adegan 1 dari opera Itali, Tosca, hasil karya penggubah Giacomo Puccini. Aria ini dinyanyikan oleh Floria Tosca yang sedih mengenangkan nasib beliau dan juga nyawa kekasihnya yang sedang menanti hukuman maut oleh Scarpia, seorang ketua polis yang kejam.
Aria ini bermula dengan “Aku hidup untuk seniku, aku hidup untuk cinta, tak pernah ku sakiti kehidupan bernyawa!”. Tosca mempersoalkan Tuhan, kerana kini beliau terpaksa membuat keputusan untuk menjual maruahnya kepada Scarpia demi nyawa kekasihnya.
Untuk keterangan lanjut mengenai drama ini, sila rujuk Tosca.
Libreto
Bahasa Itali
|
Bahasa Inggeris
|
Bahasa Melayu
|
---|---|---|
Vissi d’arte, |
I lived for my art, |
Aku hidup untuk seniku, |