Rencana ini dalah tentang bekas kad debit "Delta" yang kini dikeluarkan oleh VISA di United Kingdom. Untuk kad debit VISA yang lain di UK, dan di semua negara kecuali Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, lihat Visa Electron. Untuk kad debit VISA yang lain (termasuk Visa Check Card di A.S. dan Visa Debit Card di Jepun), lihat kad debit dan Visa Inc. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak kad yang dipanggil Visa Debit (bertentangan dengan hanya sebagai kad debit di bawah jenama Visa) di banyak negara!
Visa Debit merupakan sebuah perkhidmatan kad debit utama yang dikeluarkan oleh Visa di United Kingdom dan Ireland. Sebelum Oktober 2004 kad ini dikenali sebagai Visa Delta.
MyDebit Visa
Bahagian depan kad adalah sama dengan kad kredit Visa, dengan tambahan perkataan "DEBIT" atau "DEBIT CARD". Pada bahagian belakang, kad yang dikeluarkan sebelum Oktober 2004 menunjukkan logo Delta, dan biasanya juga dengan sebuah logo jaminan cek. Logo piawai Visa selalu digunakan pada kedua-dua kad kredit dan kad debit tetapi sebelum Oktober 2004 logo "Delta" muncul pada belakang kad debit.
Rekaan baru
Pada 2006, VISA mula membuang logo "bendera" tanda dagangan logo dari semua kad, tapak web dan kedai-kedai. Ini merupakan kali pertama VISA tidak menggunakan logo ini sejak penubuhannya. bendera tersebut merupakan jenama program kad kredit BankAmericard, pendahulu Visa, Inc.
Untuk semua kad Delta, logo baru yang digunakan mempunyai latar belakang putih dengan nama VISA dalam warna biru dengan jentikan jingga pada huruf 'V' (seperti gambar). Ini akan diikuti dengan perkataan "Debit". Ini menandakan pengakhiran muktamad "Visa Delta" di negara yang menggunakannya.
Logo baru ini turut digunakan untuk kad VISA lain.
Sistem
Kad ini boleh digunakan seperti kad kredit Visa, bukan sahaja di United Kingdom tetapi juga di seluruh dunia. Bagaimanapun, peruncit di sesetengah negara hanya menganggap Visa Debit sebagai kad debit dan bukan sebagai kad Visa yang biasa. Dalam kes sebegini, kedai itu tidak akan dikenakan bayaran yang dihitungkan mengikut peratusan tetapi hanya dikenakan bayaran tetap sekitar 50p (~AS$1) bagi setiap urus niaga. Semua urus niaga diproses menerusi sistem penjelasan Visa melalui penggunaan nombor kad yang sama yang membezakannya daripada skim kad debit nasional yang lain yang boleh digabungkan dengan kad kredit Visa.
Persaingan
Satu-satu pesaing Visa Debit di pasaran kad debit UK ialah Maestro, yang dikeluarkan oleh Royal Bank of Scotland/NatWest, Yorkshire Bank, Clydesdale Bank dan HSBC. Sistem kad debit domestik UK masih diusahakan oleh Switch tetapi dijenamakan Maestro. Banyak pelanggan perbankan (terutamanya mereka yang dari Halifax Bank Of Scotland, yang selalu mengeluarkan kad Switch) gemar merujukkan Visa Debit sebagai Switch.
Sejarah
Bertentangan dengan tanggapan umum, Visa Delta ialah kad debit yang pertama di United Kingdom sebelum adanya Switch. Barclays memperkenalkan kad "Connect" (Jun 1987 - kemudian dijenamakan semula sebagai Delta) tidak lama sebelum NatWest menerbitkan kad "Switch" (Oktober 1988).