"Venus As A Boy" | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Björk | ||||||||||||
daripada album Debut | ||||||||||||
Sisi B | "Stígðu Mig" "I Remember You" "Violently Happy" (Mix Domestik) "There's More To Life Than This ("Nyah Tandas") "Anchor Song" (Mix Black Dog) "Human Behaviour" (Mix Underworld) | |||||||||||
Dilancarkan | 23 Ogos 1993 | |||||||||||
Format | CD, rekod vinil 7 inci, kaset | |||||||||||
Genre | Alternatif, new age, pop | |||||||||||
Panjang | 4:07 (Suntingan) 4:02 (Mix Dream 7-inci) 4:50 (Mix Mykaell Riley) 5:03 (Anglo American Extension)2:13 (Versi hapsikord) | |||||||||||
Syarikat | One Little Indian | |||||||||||
Penulis | Björk | |||||||||||
Penerbit | Nellee Hooper | |||||||||||
Kronologi single Björk | ||||||||||||
| ||||||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Venus As A Boy" ialah single kedua daripada Björk yang dikeluarkan daripada album studio Bahasa Inggeris pertamanya, Debut. Single ini telah dilancarkan pada 23 Ogos 1993. Lagu tersebut telah dicipta oleh Björk dan diterbitkan oleh Nellee Hooper.
Antara B-side bagi single ini termasuklah "Stígðu Mig", sebuah lagu yang pada asalnya dirakam oleh The Elgar Sisters[1] serta lagu "I Remember You", sebuah lagu cinta klasik.
Maklumat lagu
Björk telah menulis lagu ini semasa berada di dalam ruang tamunya di Iceland dan menyanyikannya pada sebuah diktafon[2]. Pada ketika itu, beliau telah menemui bunyi kaca pecah, dan berasa bunyi tersebut sangat baik, lantas lahirlah lagu tersebut.
"Venus As A Boy" merupakan lagu terakhir yang dirakam bagi album Debut[2].
Lagu "Venus As A Boy" mempunyai ciri-ciri lagu budaya India. Alat tali dalam lagu ini telah digubah oleh Talvin Singh[3]. Di samping itu, lagu ini juga telah dirakam di bandar Bombay[3].
Lirik lagu adalah mengenai seseorang yang Björk amat "jagai", dan beliau tidak pernah memberitahu media tentang orang-orang yang lagu beliau ditujukan[2], seperti yang dikatakan sewaktu temubual bersama Record Collector pada Ogos 2002. Walau bagaimanapun, lagu ini kemudiannya diumumkan bahawa lirik lagu ini merujuk kepada teman lelaki beliau pada waktu tersebut, ahli muzik Dom T[3].
Senarai lagu
Vinil 7 inci UK dan cakera padat 1 Eropah
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
Cakera padat 1 UK, cakera padat 2 Eropah, serta cakera padat Australia dan Jepun
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Venus As A Boy" (Mix Mykaell Riley)
- "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
- "Violently Happy" (Mix Domestik)
Cakera padat 2 UK
- "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
- "Stígðu Mig"
- "Anchor Song" (Mix Black Dog)
- "I Remember You"
Kaset UK
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
Kaset Promo UK
Nota: Kaset tersebut hanya mempunyai satu belah (side) sahaja[4].
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Venus As A Boy" (Mix Mykaell Riley)
- "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
- "Violently Happy" (Mix Domestik)
Cakera padat Digipack Amerika Syarikat
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
- "Stígðu Mig"
- "Human Behaviour" (Mix Underworld)
- "There Is More To Life Than This" ("Nyah Tandas")
- "Venus As A Boy" (Anglo American Extension)
- "I Remember You"
Cakera padat promo Amerika Syarikat
- "Venus As A Boy" (Mix Dream 7-inci)
- "Venus As A Boy" (Suntingan)
Video muzik
Video muzik ini telah diarah oleh pengarah video muzik UK, Sophie Muller. Video muzik ini menunjukkan Björk di dalam sebuah dapur, sedang mengusap sebiji telur dan berfikir cara yang paling sesuai untuk memasaknya (antara cara yang difikirkan ialah seperti merebusnya). Akhirnya, beliau menggoreng telur tersebut. Video ini berakhir dengan beliau memegang sebuah cicak peliharaan dan dikelilingi oleh kilauan.
Walau bagaimanapun, Björk telah mengatakan kekecewaannya kerana telur di dalam video tersebut akhirnya digoreng dalam sebuah temubual[5]. Beberapa hari sebelum penggambaran video muzik tersebut, beliau telah memberi sebuah buku yang mengilhamkan "Venus As A Boy" iaitu Story Of The Eye karya Georges Bataille kepada Sophie Muller, namun pengarah tersebut tidak mempunyai masa untuk membaca novel itu. Setelah penggambaran video dan membaca buku tersebut, Sophie Muller akhirnya berpendapat telur goreng bukanlah "telur yang sesuai".
Saya berkata, 'Mustahil buku itu tentang telur goreng! Maafkan saya. Didih tanpa kulit? Okey. Rebus? Okey. Mentah? Okey. Tapi bukan goreng.
Di samping itu, kebanyakan alatan harian di dalam dapur video "Venus As A Boy" adalah kepunyaan Björk sendiri[6].
Bahagian telur video ini juga telah dimasukkan ke dalam sketsa parodi dalam rancangan French & Saunders, dibintangi oleh Dawn French dan Jennifer Saunders.
Carta
Di dalam mediaFilem Léon telah menampilkan lagu ini di dalam satu siri babak-babak tanpa dialog antara dua watak utama. Nyanyian-nyanyian semulaLagu ini telah didendang semula oleh kumpulan Sneaker Pimps dalam album ICA Home Taping[7], Corinne Bailey Rae dalam album Corinne Bailey Rae Edisi Istimewa[8] dan sebuah lagu instrumental oleh pemain piano jazz Australia, Barney McAll bagi albumnya, Mother Of Dreams And Secrets[9]. Sebuah versi Bahasa Jepun telah dirakam oleh Zoey[10]. Dalam album Andy McKee, bertajuk Gates Of Gnomeria, terdapat sebuah versi instrumental bertajuk "Venus As A Girl"[11]. Versi-versi rasmi
Senarai kakitangan yang terlibat
Rujukan
Pautan luar
|