Valentin Prokopov (Rusia: Валенти́н Ива́нович Проко́пов , 10 Jun 1929) merupakan pemain polo air Rusia yang bertanding untuk Kesatuan Soviet dalam Sukan Olimpik tahun 1952 dan 1956. Beliau terkenal setelah mengasari pemain Hungary, Ervin Zádor sewaktu perlawanan kedua-dua buah pasukan di Sukan Olimpik 1952 di Melbourne, Australia sehingga menyebabkan pendarahan kepada Zádor.[1]
Pada tahun 1952, beliau menjadi sebahagian pasukan Soviet dalam Sukan Olimpik dan menamatkan kejohanan di tempat ke-7. Beliau bermain untuk kesemua sembilan perlawanan dan berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya dua jaringan (tidak semua penjaring diketahui).
Empat tahun kemudian, beliau bersama-sama pasukan Soviet memenangi gangsa. Beliau bermain untuk enam perlawanan tetapi tidak berjaya menjaringkan sebarang jaringan.
Rujukan
- ^ "Blood in the water: Hungary's 1956 water polo gold". BBC News. 20 Aug 2011. Dicapai pada 20 Aug 2011.
Pautan luar
- profile Diarkibkan 2012-10-05 di Wayback Machine