Butiran vaksin | |
---|---|
Penyakit sasaran | Haemophilus influenzae type b |
Jenis | Vaksin konjugat |
Data klinikal | |
Kod ATC | |
Pengecam | |
ChemSpider | |
(what is this?) (verify) |
Vaksin influenza haemophilus jenis B merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan Haemophilus influenza jenis b (Hib).[1] Di negara yang menyenaraikannya sebagai vaksin rutin, kadar jangkitan Hib yang teruk sudah menurun lebih daripada 90%. Oleh itu, vaksin ini sudah membawa kepada penurunan dalam kadar meningitis, pneumonia, dan epiglotitis.[1]
Vaksin ini disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.[2][1] Dua atau tiga dos hendaklah diberi sebelum umur enam bulan. Dos pertama disyorkan diberi pada umur kira-kira enam minggu dengan selang empat minggu antara dos. Jika hanya dua dos digunakan, satu dos lagi apabila sudah dewasa adalah disyorkan. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam otot.[1]
Kesan sampingan yang teruk jarang diperhatikan. Kira-kira 20 hingga 25% penerima vaksin merasa sakit pada tempat suntikan manakala kira-kira 2% mendapat demam. Tiada hubung kait yang jelas dengan tindak balas alergi yang teruk. Vaksin Hib boleh didapati dengan sendirinya, dalam gabungan dengan vaksin difteria/tetanus/pertusis, dan dalam gabungan dengan vaksin hepatitis B, dan lain-lain. Kesemua vaksin Hib yang digunakan pada masa kini ialah vaksin konjugat.[1]
Vaksin Hib yang awal dibangunkan pada tahun 1977, yang kemudiannya diganti oleh rumusan yang lebih efektif dalam tahun 1990-an. Pada tahun 2013, 184 buah negara memasukkannya dalam vaksin rutin mereka.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[3] Harga borong vaksin pentavalen yang termasuk vaksin Hib pada tahun 2014 ialah 15.40 dolar Amerika sedos.[4] Di Amerika Syarikat, harganya ialah kira-kira 25 hingga 50 dolar Amerika sedos.[5]
Rujukan
- ^ a b c d e f "Haemophilus influenzae type b (Hib) Vaccination Position Paper – July 2013."
- ^ "Haemophilus b conjugate vaccines for prevention of Haemophilus influenzae type b disease among infants and children two months of age and older.
- ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
- ^ "Vaccine, Pentavalent" Diarkibkan 2020-01-25 di Wayback Machine.
- ^ Hamilton, Richart (2015).
- Rencana dengan pengecam ChemSpider berubah
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Dadah tanpa status perundangan
- Drugboxes which contain changes to verified fields
- Drugboxes which contain changes to watched fields
- Drugs that are a vaccine
- Vaksin