Utimutiraja | |
---|---|
Kelahiran | Utimutiraja |
Meninggal dunia | |
Pekerjaan | Saudagar, penghulu masyarakat |
Era | Kesultanan Melaka |
Utimutiraja (?–1511), atau dikenali sebagai Timuturaja atau Sri Utama Raja, ialah saudagar dan penghulu masyarakat keturunan Jawa.
Kehidupan awal dan peniagaan
Utimutiraja menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Pulau Upeh, Melaka, Kesultanan Melaka. Beliau disebut sebagai "Utimutiraja, the richest and most influential man in the town". Beliau mempunyai enam ribu orang suruhan yang terdiri daripada orang Jawa termasuk yang dimiliki oleh anak dan menantunya. Sumber lain menyatakan beliau mempunyai tidak kurang sepuluh ribu orang suruhan yang boleh dikerahnya pada bila-bila masa. Beliau juga menguasai beberapa kawasan atau wilayah di sekitar Melaka. Orang-orang dari Tuban, Japara, Sunda dan Palembang adalah dibawah kuasa Utimutiraja. Beliau juga mempunyai wang yang sangat banyak dan menguasai perdagangan di Melaka. Sumber Portugis mendakwa Utimutiraja adalah orang kedua terkaya selepas Sultan Melaka pada ketika itu.
Kematian
Utimutiraja dipancung oleh Alfonso kerana didapati memberikan bantuan kepada Sultan Melaka untuk menyekat kemaraan Portugis.[1]