Upin & Ipin Iqra' | |
---|---|
Genre | Pendidikan, keagamaan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Syarikat penerbitan | Upin & Ipin: The Helping Heroes |
Penyiaran | |
Saluran asal | (Malaysia) TV9 Astro Prima Astro Ceria TV Alhijrah (Indonesia) MNCTV RCTI |
Siaran asal | 1 Januari 2019 – 31 Disember 2019 |
Upin & Ipin Iqra’ ini mengekalkan Upin, Ipin dan kawan-kawan sebagai watak utama dan menampilkan Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Almakki sebagai Ustaz yang mengajar mereka mengaji. Selain itu juga, pihak Les’ Copaque Production menggunakan cara rendering yang berbeza pada animasi ini dengan memberi sentuhan ala-ala lukisan kartun animasi-2D. Ianya pasti memberikan sedikit kelainan dan keunikan pada animasi Upin & Ipin Iqra'.
Skrip
Musim 1
Surah Al-Ikhlas
- Semua Murid:
بسم الله الرحمن الرحيم (٢٥) رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (٢٦) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِسَانِي (٢٧ (٢٨) يَفْقَهُوا قَوْلِي Surah Taha (Ayat 25-28)
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. dan lepaskanlah simpulan dari lidah ku. Supaya mereka faham perkataanku."
َآمِين.
Amin.
- Ustaz: Semua sudah sedia nak mengaji?
- Semua Murid: Sudah!
- Upin: Kawan-kawan pun mesti dah sedia kan?
- Ipin: Ikut kitorang mengaji.
- Upin: Jangan terlepas nanti rugi.
- Ipin: Betul, betul, betul.
- Ustaz: Upin, baca Surah Al-Fatihah. Yang lain dengar dan semak.
- Semua Murid: Hmm!
- Upin:
(١) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٢) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٣) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٤) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٥) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٦) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (٧)
َآمِين
- Ustaz: Bagus, Upin dapat baca dengan baik sekali.
- Fizi: Hebatlah kau.
بسمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدُ (١) اللهُ الصَّمَدُ (٢) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣) وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)
Surah Al-Falaq
- Semua Murid: Assalamualaikum, Ustaz.
- Ustaz: Waalaikumussalam Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Wah, awal kamu semua datang. Kenapa agaknya?
- Upin: Dah nak hujan, Ustaz. Jadi kami cepat-cepat datang sebelum hujan turun.
- Ipin: Hmm. Betul, betul, betul.
- Ustaz: Ooo.. Bagus, ada usaha nak datang. Baiklah kita akan baca Surah Al-Falaq. Dengar Ustaz baca.
- Semua Murid: Hmm.
Ustaz:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)
Semua murid:
صدق الله العظيم
Ustaz: Upin: Ustaz: Upin: Ustaz: Ipin: Ustaz: Upin: Ustaz:
Surah An-Nas
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١) مَلِكِ النَّاسِ (٢) إِلَهِ النَّاسِ (٣) مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (٦)
Surah Al-Fill
بسمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (١) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (٢) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِيلِ (٤) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (٥)
Surah Quraisy
بسم الله الرحمن الرحيم
لإيلافِ قُرَيْشٍ (١) إِلَيْفِهِمْ رِحْلَةَ الشَّتَاءِ وَالصَّيْفِ (٢) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (٣) الَّذِي أَطْعَمَهُم من جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ (٤)
Surah Al-Ma'un
بسمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
أَرَوَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُ الْيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحْضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (٤) الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ (٥) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (٦) وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (٧)
Surah Al-Kautsar
بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّا أَعْطَيْنَكَ الْكَوْثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرُ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ (٣)
Surah Al-Masad
بسمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (١) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (٢) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (٣) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْخَطَبِ (٤) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدِ (٥)
Surah Al-Nasr
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (١) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (٢) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (٣)
Surah Al-Kafirun
Musim 2
Qiblat
- Ustaz: Assalamualaikum.
- Ijat: Hehe. Ustaz dah sampai, Ustaz dah sampai.
- Ustaz: Ha, Assalamualaikum, semua.
- Ehsan: Hai.
- Semua Murid: Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Ustaz.
- Ustaz: Ha, hmm. Semua sihat?
- Semua Murid: Sihat, Ustaz.
- Ehsan: Sihat, sihat.
- Ustaz: Alhamdulillah, ha, Ustaz nak tanya. Bila solat, semua orang kena menghadap ke satu arah. Betul?
- Ipin: Betul, betul, betul. Kita kena menghadap arah kiblat.
- Ustaz: Masya Allah, ya. Pandai Ipin. Kiblat ialah penunjuk arah kemana kita solat. pentingnya menghadap kiblat ketika solat, adalah kerana ia salah satu syarat sah solat. Faham?
- Semua Murid: Faham Ustaz.
- Ehsan: Tapi, macam mana nak tahu arah kiblat?
- Fizi: Ha'ah.
- Ustaz: Nanti Ustaz terangkan. Sekarang kita baca dulu Surah Al-Baqarah, ia menceritakan fasal pertukaran arah kiblat.
- Semua Murid: Tukar arah kiblat?
- Ustaz: Ya. Dengar baik-baik Ustaz baca, kamu semak.
- Upin: Kawan-kawan, jom semak dan dengar sama-sama.
- Ustaz:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم.
سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُل لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (١٤٢) وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ (١٤٢) Surah Al-Baqarah Ayat 142-143
- Fizi: Mana? Ha, panjangnya, Fizi tak terikut tadi.
- Ustaz: Takpe, nanti kita baca sekali lagi.
- Ehsan: Wah.
- Fizi: Hm.
- Ustaz: Ayat ni menceritakan perihal kaum Yahudi Madinah, yang sangat gembira, kerana umat Islam solat menghadap ke arah kiblat mereka iaitu Baitulmuqaddis. Jadi mereka anggap agama mereka adalah dan diredhai Allah SWT kerana umat Islam meniru arah ibadat mereka, iaitu menghadap ke Baitulmuqaddis.
- Mail: Kaum Yahudi tu Islam ke?
- Ustaz: Tidak, mereka bukan Islam.
- Upin: Ustaz.
- Ustaz: Ha.
- Upin: Siapa suruh ikut kiblat diorang?
- Ipin: Hm, siapa?
- Ustaz: Allah SWT yang memerintahkan nabi kita, Nabi Muhammad SAW menghadap Baitulmuqaddis sebagai kiblat. Tujuannya untuk memujuk hati dan menarik kaum Yahudi memeluk Islam, tapi lain pulak yang jadi. Kaum Yahudi menentang Nabi Muhammad SAW dan berpaling ajarkan Rasulullah. Mereka tetap berada dalam kesesatan, mereka mengejek-ngejek nabi dan memperlekehkan. Mereka berkata: "Muhammad menidakkan agama kita, tetapi berkiblat kepada kiblat kita". (Ketawa)
- Ehsan: Tak kan nabi kita diam je.
- Semua Murid: Haha..
- Ustaz: Hmm.. Nabi Muhammad SAW hanya bersabar dan banyakkan doa. lalu Allah SWT turunkan ayat 142 dan 143 dari Surah Al-Baqarah yang Ustaz baca tadi. Yang bermaksud: "Akan ada pertanyaan-pertanyaan sebegini maka jawablah, yang Timur dan Barat kepunyaan Allah SWT, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus." Tapi umat Islam terus diejek, sikap kaum Yahudi membuat Nabi Muhammad SAW tidak senang baginda berdoa setiap hari.
- Susanti: Doa apa ya? (Apa yang Doa?)
- Ustaz: Nabi berdoa agar Allah SWT menurunkan wahyu dan dipindahkan kiblat. Maka pada bulan Sya'ban turunlah ayat 144 dari Surah Al-Baqarah. Semak ya, Ustaz baca.
بسم الله الرحمن الرحيم.
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَهَا فَوَلِ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَةٌ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ (١٤٤) Surah Al-Baqarah Ayat 144
صدق الله العظيم.
- Fizi: Apa ayat tu cerita?
- Ustaz: Ayat ini mengandungi perintah Allah SWT supaya nabi menukar arah kiblat dari Baitulmuqaddis, ke Masjidil Haram di Mekah, dan di mana sahaja kita berada, maka hadapkanlah muka kita ke arahnya.
- Upin: Ooo... Jadi Allah tunaikan doa nabi lah?
- Ustaz: Ya ini kerana Rasulullah SAW sentiasa mengangkat tangannya ke langit berdoa dengan sepenuh hatinya.
- Ipin: Jadi, kalau tu nak sesuatu, bolehlah berdoa macam nabi, nanti Allah tunaikan.
- Ustaz: Insya Allah, mudah-mudahan. Allah SWT maha mengetahui dan maha mendengar tentang apa yang berlaku pada umatnya.
- Susanti: Ustaz, kenapa kita sholat harus menghadap kiblat? (Ustaz, kenapa kita kena mesti solat untuk menghadap kiblat?)
- Fizi: Ha'ah, kenapa ya Ustaz?
- Semua Murid: Sebab ia perintah Allah SWT.
- Ustaz: Betul, betul, betul. Kalau takde arah kiblat yang tetap, apa akan jadi?
- Upin & Ehsan: Tak tahu.
- Mail: Huru hara lah. Hmm.. Masa solat semua orang menghadap arah lain-lain.
- Ipin: الله أكبر. Adoi.
- Upin: Adoi.
- Ehsan: Eehh....
- Fizi: Aaa! eeh..
- Ehsan: Haa.. الله أكبر.
- Susanti: Iya, pasti bisa berantakan sholat jamaahnya. (Ha'ah, solat berjemaah pasti boleh jadi kucar-kacir.)
- Ustaz: Betul tu. Jadi dengan menghadap kiblat ketika beribadah kepada Allah SWT boleh menyatukan umat Islam seluruh dunia, umat Islam akan berada di dalam satu kesatuan yang kuat. Faham, semua?
- Semua Murid: Faham, Ustaz.
- Ustaz: Dah, mari kita ulang baca.
Solat Tiang Agama
- Semua Murid:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (١) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (٦) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (٧)
- Ustaz: Alhamdulillah, kamu semua dah hafal dan dapat baca Surah Al-Fatihah dengan baik sekali. Dalam solat, Surah Al-Fatihah mesti dibaca dengan betul, barulah sah solat kita.
- Mail: Kalau baca tak betul?
- Semua Murid: Tak sahlah solat kau. (Ketawa)
- Upin: Betul kan, Ustaz.
- Ustaz: Betul, betul, betul. Ha.
- (Bunyi jam azan berbip)
- Ustaz: Dah masuk waktu.
- Semua Murid: Ha'ah
- Ustaz:
بسم الله الرحمن الرحيم.
2X الله أكبر، الله أكبر 2X اشهد أن لا إله إلا الله 2X اشهد أن محمدا رسول الله 2X حي على الصلاة 2X حي على الفلاح الله أكبر، الله أكبر لا إله إلا الله
- Ehsan: Wah, sedapnya suara Ustaz
- Fizi: Ha'ah, macam azan kat TV.
- Ehsan: Ha'ah.
- Ustaz: (Baca doa selepas azan)
- Upin: Baca apa?
- Ipin: Hee. (Entah.)
- Ustaz: Ha, mari kita mula solat berjemaah.
Siapa boleh Iqamah?
- Semua Murid: Ha!
- Ipin: Eeehhh...
- Fizi: Cepatlah.
- Ustaz: Ha, Ipin, mulakan.
- Ipin: Baik, Ustaz.
- Ehsan: Fuhh.
- Ipin:
الله أكبر الله أكبر اشهد أن لا إله إلا الله اشهد أن محمدا رسول الله حي على الصلاة حي على الفلاح قد قامت الصلاة، قد قامت الصلاة الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله
- Jemaah-Jemaah: (Baca doa selepas iqamah)
- Ustaz: الله أكبر.
- Semua Murid & Jemaah-Jemaah: الله أكبر.
- Ustaz: Assalamualaikum.
- Seorang Jemaah: Waalaikumssalam
- Ustaz: Alhamdulillah.
- Ipin: Ei, ei, kau tanyalah Ustaz.
- Upin: Kaulah tanya.
- Ipin: Ala, kau kan abang, kaulah tanya.
- Upin: Ish kau ni!
- Ipin: Tu, tu.
- Upin: Ustaz, kenapa kita kena solat.
- Susanti: Sebab, sholat itu kan tiang agama. (Sebabnya, solat tu tiang agama.)
- Ijat & Upin: Wah.
- Ijat: Hehehe...
- Ipin: Oooo......
- Ustaz: Benar, Susanti. Solat tiang agama. Barang siapa yang mengerjakannya, bererti ia menegakkan agama dan barang siapa yang meninggalkannya, bererti ia telah meruntuhkan agama
- Mail: Oo. Ha ha, Ehsan selalu tinggal solat.
- Ehsan: Ha.
- Fizi: Habislah kau. (3X)
- Ehsan: Mmm.
- Ustaz: Lepas ni, jangan tinggal solat lagi, Allah sayang orang yang rajin solat.
- Ehsan: Baik, Ustaz.
- Ustaz: Ustaz nak berteka teki lah. Siapa tahu boleh jawab ya. Makan kangkung si kura-kura, Rukun Islam ada beberapa?
- Susanti: Saya, Ustaz. Ada 5. (Saya tahu, Ustaz. Ada 5)
- Ustaz: Masya Allah, pandai salah satu perkara itu ialah solat lima waktu ianya wajib ditunaikan. Ha, solat lima waktu, adalah rukun Islam yang keberapa? Siapa tahu?
- Upin: Ha, solat lima waktu adalah rukun Islam yang kedua.
- Ustaz: Betul, sebutkan solat lima waktu itu.
- Upin: Solat Subuh, Zohor, Asar,...
- Ipin: ...Maghrib & Isyak.
- Upin: (Berbisik) Ipin.
- Ustaz: Alhamdulillah, bagus. Solat Subuh di awal pagi sebelum matahari terbit, berapa rakaat?
- Fizi: Ha, 2 rakaat.
- Ustaz: Allahu Akbar! Zohor pula?
- Ipin: Solat Zohor 4 rakaat, waktu tengah hari.
- Ustaz: Lagi?
- Mail: Solat Asar 4 rakaat juga, waktu petang.
- Ustaz: Mm, Hm.
- Ehsan: Eeeee.......
- Ustaz: Ehsan, senyap je.
- Mail: Cepatlah jawab.
- Fizi: (Berbisik) Maghrib.
- Ehsan: Solat Maghrib, 3 rakaat, waktu senja.
- Semua Murid: (Teruja kat Ehsan)
- Fizi: Maghrib lah kitorang selalu terlepas, sebab asyik main sampai tak ingat masa, belum lagi kita hampir kat warung Uncle Muthu makan ABCD. Kan, kan.
- Semua Murid: Ha, Shhhh!!!
- Ustaz: Ahem! Ahem!
- Ehsan: Kenapa kau bagitahu!
- Fizi: Alamak, tak sengaja.
- Ustaz: Mmm. Susanti, solat yang terakhir.
- Susanti: Sholat Isya' 4 rakaat, waktu malam.. (Solat Isyak, 4 rakaat, waktu malam.)
- Ustaz: Subhanallah, bagus. Dengar Ustaz baca ayat ni, dan hayati maknanya.
- Semua Murid: Baik, Ustaz.
- Ustaz:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (٤٥) Surah Al-Ankabut Ayat 45
صدق الله العظيم.
- Ijat: Ee. Apa maknanya?
- Ustaz: Maknanya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad SAW) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya), dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu dikerjakan." jadi jagalah solat, kerana solat adalah hubungan antara Allah dan hambanya.
- Ipin: Ha.
- Upin & Ipin: Hm, hm.
- Upin: Kawan-kawan, ingat, tunaikan solat lima waktu sehari semalam.
- Ipin: Betul, betul, betul. Nanti Allah sayang.
Musim 3
Kisah Nabi & Rasul
- Upin: Ehsan! Ehsan! Ehsan, ada bawak buku tu?
- Ehsan: Ada. Nah, jaga elok-elok tau.
- Upin: Ei, tak sabarnya nak baca.
- Mail: Buku apa tu?
- Upin: Buku "Kisah 25 Nabi dan Rasul"!
- Mail: Fuhh, menarik ni.
- Ehsan: Memang menarik. Hm. Aku dah banyak kali baca.
- Ipin: Jadi semua nama 25 Nabi dan Rasul dalam buku ni kau dah hafallah?
- Ehsan: Tak. Banyak sangat nama, susah nak hafal.
- Kalau nak hafal senang je.
- Ehsan, Fizi & Mail: Macam mana? (2X)
- Ipin: Macam ni.
- Upin & Ipin: (Upin & Ipin nyanyi lagu nasyid bertajuk Nama 25 Nabi dan Rasul) Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'akub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, ilyasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad Al-Mustasfa, Ya habibi Ya Rasulullah. Jom, kawan-kawan, kita nyanyi sama-sama.
- Semua Murid: (Nyanyi sama-sama) Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'akub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, ilyasa, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad Al-Mustasfa, Ya habibi Ya Rasulullah. Mari Kawan kita berselawat ke atas nabi Muhammad. اللهم صل على محمد وعلى ال محمد (Ya Allah, berkatilah kepada Nabi Muhammad dan juga keluarga Nabi Muhammad) (Ustaz bertepuk tangan)
- Ustaz: Assalamualaikum.
- Semua Murid: Waalaikumssalam, Ustaz.
- Ustaz: Masyaallah. Kamu semua hafal 25 Nabi dan Rasul. Bagus. Memang wajib tahu.
- Ipin: Err... Ustaz, apa beza Nabi dan Rasul?
- Ustaz: Nabi adalah manusia pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak dikehendaki untuk menyampaikan kepada orang lain. Rasul pula adalah manusia pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
- Semua Murid: Ooo...
- Mail: Jadi tanggungjawab rasul lagi beratlah?
- Ustaz: Ya. Benar. Semua rasul adalah nabi. Tapi tidak semua nabi itu rasul.
- Fizi: Chup, chup, chup, chup, chup. Wahyu tu apa pulak, Ustaz.
- Ehsan: Mmm...
- Upin: Wahyu itu petunjuk atau ajaran daripada Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi.
- Ehsan: Pandainya kau, Upin.
- Ustaz: Masyaallah. Bijak sungguh murid Ustaz.
- Fizi: Eleh, kau baca dekat sini je, kan?
- Ustaz: Hmm.. Dalam ramai-ramai rasul, ada lima rasul yang dapat gelaran Ulul Azmi. Ha. Siapa...
- Mail: Ha, ha, saya tahu. Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW. Ha, ha. Betul tak?
- Ustaz: Masyallah, bijak. Ha, Mail, cuba terangkan maksud Ulul Azmi.
- Mail: Ulul Azmi?
- Fizi: Tak tahulah tu.
- Mail: Ish, bukan tak tahu, tapi tak ingat.
- Ehsan: Apalah. Itu pun tak tahu.
- Fizi: Alasanlah kau ni.
- Ustaz: Fizi, tahu?
- Fizi: Tak tahu, Ustaz.
- Ehsan: Lah. Ingatkan kau tahu.
- "Ulul" maksudnya memiliki, "Azmi" pula bererti keteguhan hati. Maka Ulul Azmi adalah "Gelaran kepada para Rasul yang memiliki kedudukan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam."
- Semua Murid: Ooo...
- Upin: Ustaz, nanti ceritalah kisah 25 Nabi dan 5 Rasul Ulul Azmi ni.
- Ustaz: Boleh, boleh, boleh. Tapi kita mengaji dulu.
- Semua Murid: Jom!
- Upin: Kawan-kawan pun mesti tak sabar nak dengar kisah Nabi dan Rasul kan? Jom mengaji dulu.
- Ipin: Betul, betul, betul.
- Ustaz: Mari kita mulakan kelas dengan Bismillah.
- Semua Murid & Ustaz:
بسم الله الرحمن الرحيم
Kisah Nabi Adam a.s
- Semua Murid:
صدق الله العظيم
(Semua murid simpan Al-Quran dan rehal dengan cepat.)
- Ustaz: Ha. (Semua murid bermuka senyum di hadapan Ustaz.) Tak nak balik?
- Upin: Ustaz, dah janji.
- Ustaz: Ooo... Nak dengar cerita kisah Nabi dan Rasul?
- Semua Murid: Ha, ha.
- Ustaz: Boleh. Nak Ustaz ceritakan Nabi mana dulu?
- Ehsan: Ustaz, ha, saya, saya, Nabi Adam, manusia pertama yang diturunkan ke bumi.
- Semua Murid: Uuu...
- Upin: Wah, pandainya. Mana kau tahu?
- Ehsan: Daddy aku yang cerita.
- Fizi: Patutlah.
- Ustaz: Hehehe. Bismillahirrahmanirrahim. Allah SWT telah menciptakan bumi malaikat dan iblis, kemudian Allah SWT memberitahu para malaikat bahawa ia akan mencipta makhluk bernama manusia. Maka diciptakanlah Nabi Adam Alaihissolatuwassalam Allah Subhanahuwata'ala sempurna bentuknya dan ditiupkan roh ke dalam maka berdirilah ia menjadi manusia yang sempurna yang punyai akal tubuh dan jiwa.
- Upin: Wah, tiup dia jadi?
- Ipin: (Ipin bertipu di muka Upin) Fuhhh...! Fuh! Fuh! Fuh!
- Ustaz: Ya. كن فيكون (Jadilah dan akan jadi.) dengan kehendak Allah Subhanahuwata'ala ia akan jadi.
- Ehsan: Ustaz, Daddy kata manusia dibuat dari segumpal tanah liat dan lumpur hitam.
- Fizi: Ha?
- Ustaz: Betul, betul, betul. Sebab itulah anak cucu Nabi Adam A.S lahir sesuai dengan warna tanah ada yang warna kulit putih, merah, hitam dan sebagainya. Akhlaknya pun ada yang baik dan ada yang buruk.
- Semua Murid: Oooo.....
- Mail: Patutlah kita ada pelbagai bangsa berbagai warna.
- Ustaz: Hm. Seterusnya Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan malaikat dan iblis sujud kepada kepada Nabi Adam Alaihissolatuwassalam. Malaikat segara bersujud kecuali Iblis Laknatullahialaih.
- Upin: Ish, berani iblis lawan perintah tuhan?
- Ustaz: Ya, iblis merasa dirinya lebih mulia dan hebat kerana dia dicipta daripada api sedangkan Adam daripada tanah dan lumpur.
- Mail: Mm, mm, mm, sombongnya iblis.
- Ustaz: Ya, oleh sebab itu Allah Subhanahuwata'ala mengusir iblis dari syurga dan mengeluarkan dari barisan malaikat.
- Fizi: Fizi tahu. Mesti iblis kesal dan ambil minta maaf, kan, Ustaz.
- Ehsan: Tak! Iblis marah dan berdendam dijanji akan menyesatkan Adam dan keturunannya.
- Ustaz: Ya, jadi janganlah terpedaya dengan hasutan iblis. Kita kita sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata'ala ikut perintahnya dan jauhilah larangannya. Insyaallah, kita semua akan selamat. Jadi tinggallah Nabi Adam Alaihissolatuwassalam di syurga sehinggalah Tuhan menciptakan pasangannya bernama...?
- Semua Murid: Hawa!
- Ustaz: Masyaallah Tabarakallah. Semua tahu? Bagus. Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan penuh kenikmatan mereka dapat makan buah-buahan yang lazat, tapi Allah Subhanahuwata'ala melarang mereka makan buah dari satu pohon ini. Apa lagi iblis Laknatullahialaih pun mula menghasut Adam dan Hawa untuk makan buah larangan tersebut.
- Ipin: Cis, sukalah iblis.
- Ustaz: Hmm. Tapi Allah Subhanahuwata'ala murka dan berfirman "Tidaklah aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan makan buahnya. Dan tidaklah aku telah ingatkan bahawa iblis itu adalah musuhmu yang nyata."...
- Ijat: Haa?! (Pengsan)
- Ustaz: ...Mendengar itu Adam dan Hawa merasa kesal kerana telah melakukan sewaktu kesalahan dan dosa yang besar, mereka minta ampun dan taubat Allah Subhanahu wata'ala terima taubat mereka tapi Allah Subhanahuwata'ala perintahkan Adam dan Hawa keluar dari syurga dan turun ke bumi. Turunnya mereka ke bumi sebagai bibit pertama dari keturunannya yang bernama manusia, manusia ini menjadi khalifah di bumi.
- Upin: Kita lah tu.
- Ustaz: Ya, benar. Ha. Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah Nabi Adam Alaihissolatuwassalam ni?
- Upin: Kita jangan ada sifat sombong dan bongkak, nanti kita juga yang rugi.
- Ustaz: Hmm. Lagi?
- Ehsan: Manusia tetap buat salah walaupun tuhan bagi akal.
- Ustaz: Jadi bila kita buat salah lekas-lekaslah bertaubat seperti mana Nabi Adam Alaihissolatuwassalam bertaubat, Insyaallah dimaafkan, seperti dalam Surah Al-Baqarah Ayat 37
بسم الله الرحمن الرحيم
فَتَلَقَى ءَادَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتِ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (٣٧)
"Kemudian Nabi Adam Alaihissolatuwassalam menerima beberapa kalimah dari tuhannya. Maka Allah Subhanahuwata'ala menerima taubatnya. Sesungguhnya, Allah Subhanahuwata'ala maha penerima taubat, lagi maha penyayang."
- Semua Murid & Ustaz: Amin.
Kisah Nabi Nuh a.s
- Ipin: Tak percayalah.
- Ehsan: Betul. Cerita tu ada dalam Al-Quran. Betul-betul besar, aku tak tipu.
- Ipin: Iya!
- Ustaz: Cerita apa? Boleh Ustaz tahu?
- Ehsan: Pasal kapal besar, yang muat semua bintang dan manusia di bumi ni.
- Ipin: Hm, Hm.
- Ustaz: Uu. Masyaallah. Itu bahtera Nabi Nuh Alaihissolatuwassalam, memang ada dalam Al-Quran. Subhanallah.
- Fizi: Mmm..... Bahtera tu apa?
- Mail: Haih. Kapal besarlah. Kan dah cakap tadi. Ish, tak dengarlah tu.
- Fizi: (Gelak bergeli hati) Alah, jangan marah.
- Ustaz: Mari semua duduk sini, Ustaz nak cerita kisah Nabi Nuh Alaihissalam, Rasul pertama, nak?
- Semua Murid: Nak!
- Upin: Kawan-kawan, mari dengar sama-sama cerita Nabi Nuh Alaihissalam.
- Ipin: Jom.
- Ustaz: Pada masa Nabi Nuh Alaihissolatuwassalam diturunkan untuk berdakwah umatnya dalam kesesatan maksudnya mereka sudah mula menyembah berhala dan melakukan kejahatan. Nabi Nuh Alaihissalam pun menyuruh umatnya meninggalkan perbuatan syirik mereka memohon ampun dan kembali menyembah Allah Subhanahuwata'ala, Nabi Nuh Alaihissalam juga beritahu mereka akan terima ganjaran atas segala amal kebajikan di dunia iaitu syurga, dan neraka bagi pelanggaran terhadap perintah agama.
- Ehsan: (Buat diganggu oleh Fizi) Ish.
- Ustaz: Tapi mereka tetap degil dan menentang ajaran Nabi Nuh Alaihissalam, namun dia tetap bersabar dan terus berdakwah selama 950 tahun.
- Mail: 950?
- Ipin: Lamanya!
- Ustaz: Ya, manusia pada zaman itu umurnya panjang-panjang.
- Ehsan: Hmm. Kalau kita takdelah nak sabar biarkan Aje diorang, masuk neraka.
- Fizi: Ha, sebab tulah kita bukan Nabi. Faham.
- Ehsan: Yalah.
- Ustaz: Nabi Nuh Alaihissalam dikurniai Allah Subhanahuwata'ala dengan sifat-sifat tegas, cengal, bijak dan sabar dalam menyampaikan ajaran dengan itu, dia mendapat gelaran Ulul Azmi.
- Mail: Ha, mesti ramai yang ikut Nabi Nuh Alaihissalam.
- Ustaz: Tak jugak.
- Mail: Mm?
- Ustaz: Setelah berdakwah sekian lama pengikutnya dalam 70 ke 80 orang saja akhirnya Nabi Nuh Alaihissalam berdoa kepada Allah Subhanahuwata'ala untuk turunkan pembalasan kepada umatnya yang degil, Allah Subhanahuwata'ala pun menurunkan perintah kepada Nabi Nuh Alaihissalam supaya membuat bahtera. Apabila sampai masanya tuhan telah menurunkan banjir besar yang menenggelamkan segala hidupan di muka bumi, mereka ni semua yang beriman kepadanya.
- Ehsan: Hm. Anak dan isteri Nabi Nuh Alaihissalam pun tenggelam jugak.
- Ustaz: Ya. Mereka enggan mengikut ajaran Nabi Nuh Alaihissalam malah Nabi Nuh sempat mengajak mereka nak ke atas kapal....
- Upin: Hmm.
- Ustaz: ...Tapi mereka menolak,...
- Upin & Mail: Ha?
- Ustaz: ... dan yakin dapat menyelamatkan diri dari air besar itu.
- Upin: Ustaz.
- Ustaz: Ya?
- Upin: Betul kesemua haiwan dia tumbuh-tumbuhan di bumi ada dalam bahtera tu?
- Fizi: Aik?
- Upin: Ha?
- Fizi: Semua haiwan tu tak gaduh ke? Uh! Ah! Yah! Ah! Uh! Yah!
- Ustaz: Mm Mmmm.
- Fizi: (Ketawa kecil)
- Ustaz: Hmm. Betul ada dan semua tak gaduh. Allah Subhanahuwata'ala maha mengetahui dia telah mengarahkan Nabi Nuh Alaihissalam mengumpulkan makanan secukupnya dan kapal tersebut terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama untuk burung-burung. Bahagian kedua untuk manusia. dan bahagian ketiga untuk haiwan-haiwan lain.
- Semua Murid: الله أكبر! (Allah Maha Besar)
- Ustaz: (Ustaz baca ayat-ayat suci Al-Quran)
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَأَنجَيْنَهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ (١١٩) ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ (١٢٠)
Kemudian Kami menyelamatkan Nuh dan orang-orang yang bersamanya di dalam kapal yang penuh muatan. Kemudian setelah itu kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.
Surah Asy-Syu'araa Ayat 119-120
Cerita ini adalah peringatan untuk kita semua derhaka kepada Allah Subhanahuwata'ala dan tidak patuh pada Rasulnya akan ditimpa azab di dunia mahupun akhirat.
- Semua Murid: (Suara petir dan terkejut)
- Ehsan: Macam mana nak balik, hujan makin lebat.
- Upin: Sabar, kejap lagi berhentilah hujan tu. Sabarkan separuh daripada iman.
- Ipin: Ha'ah, sabar macam Nabi Nuh Alaihissalam mengajak umatnya.
- Ustaz: Hmm.
- Fizi: Err... Besar mana agaknya kapal Nabi Nuh Alaihissalam tu, Ustaz? Besar ni?
- Ustaz: Ha? Mmm. Besar lagi.
- Fizi: Err.. Besar ni?
- Upin, Ipin dan Ehsan: Besar, besar lagi.
- Fizi: Besar macam mana?
- Upin: Besar. Kau tahu besar.
- Ipin: Besar.
- Fizi: Aku tahulah besar! Tapi besar dia besar mana?
Kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s
Kisah Nabi Ayub a.s
Kisah Nabi Musa a.s
Kisah Nabi Sulaiman a.s
Kisah Nabi Yunus a.s
Kisah Nabi Isa a.s
Kisah Nabi Muhammad s.a.w
Pautan Luar
- Les' Copaque Production di YouTube
- Les' Copaque Production di Twitter
- Upin & Ipin di Facebook
- Upin & Ipin di Instagram
- Upin & Ipin di TikTok
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.