Kumpulan → | 9 |
---|---|
↓ Kala | |
4 | 27 Co |
5 | 45 Rh |
6 | 77 Ir |
7 | 109 Mt |
Unsur kumpulan 9 juga dikenali sebagai kumpulan Kobalt merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-9 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan blok-d iaitu kobalt (Co), rodium (Rh), iridium (Ir), dan meitnerium (Mt).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka. Walau bagaimanapun, rhodium tidak menunjukkan corak yang sama.
Z | Unsur | Bilangan elektron/petala |
---|---|---|
27 | kobalt | 2, 8, 15, 2 |
45 | rodium | 2, 8, 18, 16, 1 |
77 | iridium | 2, 8, 18, 32, 15, 2 |
109 | meitnerium | 2, 8, 18, 32, 32, 15, 2(predikati) |
Kesemua isotop meitnerium bersifat radioaktif dengan jangka hayat yang pendek, dan tiada satu pun yang dijumpai wujud secara semula jadi, beberapa kuantiti yang mampu bertahan selama hanya beberapa minit sahaja sebelum melalui proses pereputan telah dihasilkan di makmal.
Penggunaan
- Sebagai aloi dengan logam lain untuk meningkatkan daya tahan terhadap pengaratan dan hakisan.
- Sebagai pemangkin dalam bidang perindustrian.
- Sebagai sebahagian komponen elektrik.