Universiti kebangsaan biasanya universiti yang dicipta atau diurus oleh kerajaan, tetapi boleh pada masa yang sama beroperasi secara autonomi tanpa kawalan langsung dari negara.
Beberapa universiti kebangsaan dikaitkan dengan budaya negara atau aspirasi politik. Contohnya, Universiti Kebangsaan Ireland semasa peringkat awal kemerdekaan Ireland mengumpul jumlah besar maklumat tentang bahasa Ireland dan budaya Ireland. Di Argentina, univerisiti kebangsaan ialah hasil daripada pembaharuan universiti Argentina 1918 dan pembaharuan kemudiannya, yang bertujuan untuk menyediakan sistem universiti sekular tanpa pengaruh langsung paderi atau kerajaan dengan mengurniakan pemerintahan sendiri terhadap institusi.