Undang-undang perlembagaan merujuk kepada peraturan yang membabitkan perlembagaan negara. Ia perlu untuk menegakkan hak-hak yang termaktub di dalam sesuatu perlembagaan. Disamping itu, undang-undang tersebut boleh menetapkan samada pihak kerajaan telah melakukan sesuatu diluar perlembagaan (ultra vires) atau tidak. Mahkamah Persekutuan biasanya akan mendengar kes-kes yang melibatkan undang-undang perlembagaan. Manakala di setengah negara pula, terdapat makhkamah khas untuk kes membabitkan perlembagaan yang dipanggil Mahkamah Perlembagaan.