

Umeshu (梅酒) ialah sebuah likur Jepun yang diperbuat daripada plum ume yang direndam (sambil masih muda dan hijau) dalam arak (焼酎, shōchū) dan gula. Likur ini mempunyai rasa yang manis dan masam, dan kandungan alkohol kira-kira 10–15%. Jenama terkenal umeshu termasuk Choya, Takara Shuzo dan Matsuyuki. Terdapat pelbagai jenis umeshu dengan satu buah ume terkandung dalam botolnya, dan sesetengah orang membuat umeshu mereka sendiri di rumah.
Restoran-restoran Jepun menghidangkan bermacam jenis umeshu dan juga membuat koktel. Umeshu pada Batu (disebut umeshu rokku), Umeshu Masam (disebut umeshu sawa), Umeshu Tonik (dengan air tonik), dan Umeshu Soda (dengan air berkarbonat) juga popular. Likur ini kadang-kala dicampurkan dengan teh hijau (o-cha-wari) ataupun air suam (o-yu-wari). Umeshu boleh dihidangkan pada berbagai-bagai suhu; sejuk atau dengan ais, suhu bilik, ataupun panas pada masa musim sejuk.
Umeshu boleh diperbuat daripada sama ada buah plum benar, atau dengan menggunakan perisa dan air wangi tambahan untuk menandingi rasa plum. Umeshu yang diperbuat khusus daripada buah plum (tanpa bahan tambahan) akan dilabelkan sebagai Umeshu Honkaku dan akan biasanya diperbuat hanya daripada buah ume, gula dan alkohol.[1]
Umeshu buatan sendiri
- Ramuan utama termasuk:
- Buah ume
- Gula (batu)
- Shōchū
- Resipi tradisional:
- Buah ume 1 kg
- Gula 500g–1 kg (batu/kiub)
- Shōchū 1.8l
- Selepas tiga bulan di dalam ruang dingin dan gelap, likur sudah siap untuk diminum (namun lebih baik untuk tunggu sekurang-kurangnya enam bulan)
Umeshu patut dibiarkan untuk menjadi masak untuk sekurang-kurangnya sembilan bulan.
Lihat juga
- Suanmeitang, minuman plum Cina
- Maesil-ju, wain plum Korea
Rujukan
- ^ A Simple Guide to Plum Wine, 3 September 2018, dicapai pada 2020-05-19