Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | William Lassell |
Tarikh penemuan | 24 Oktober 1851 |
Designasi | |
Nama alternatif | Uranus II |
Adjektif | Umbrielian |
Ciri-ciri orbit | |
Paksi semimajor | 266 000 km |
Kesipian | 0.0039 |
Tempoh orbit | 4.144 d |
Kecondongan | 0.128° (kepada khatulistiwa Uranus) |
Satelit bagi | Uranus |
Ciri-ciri fizikal | |
Min jejari | 584.7 ± 2.8 km (0.092 Bumi)[1] |
Luas permukaan | 4 296 000 km2 (0.008 Bumi)[a] |
Isi padu | 837 300 000 km3 (0.0008 Bumi)[b] |
Jisim | 1.172 ± 0.135 × 1021 kg (2 × 10−4 Bumi)[2] |
Min ketumpatan | 1.39 ± 0.16 g/Cm3[2] |
Graviti permukaan khatulistiwa | 0.2 m/S2 (~ 0.023 g)[c] |
Halaju lepas | {{V2|1.172|584.7|2}} km/S[d] |
Tempoh putaran | dianggap segerak[3] |
Kecondongan paksi | 0[3] |
Albedo |
|
Magnitud ketara | 14.5(V−band, tentangan)[5] |
Atmosfera | |
Tekanan atmosfera | sifar |
sunting |
Umbriel ialah sebuah bulan Uranus yang ditemui pada 24 Oktober 1851 oleh William Lassell. Ia ditemui pada masa yang sama dengan Ariel lalu dinamai sempena seorang watak dalam puisi Alexander Pope, The Rape of the Lock. Umbriel terdiri terutamanya daripada ais dengan sebahagian besar batu, dan mungkin dibezakan kepada teras berbatu dengan mantel berais. Permukaannya adalah yang paling gelap antara bulan-bulan Uranus, malah kelihatan terbentuk oleh hentaman terutama sekali. Bagaimanapun, kewujudan ngarai membayangkan proses-proses endogeni dahulu kala, iaitu Umbriel mungkin pernah melalui suatu kejadian perubahan rupa bumi dorongan endogeni yang meranapkan permukaan lamanya.
Ditaburi oleh banyak kawah hentaman yang mencapai diameter selebar 210 km (130 bt), Umbriel adalah satelit Uranus yang kedua paling banyak kawahnya selepas Oberon. Ciri permukaannya yang paling menonjol adalah selingkung bahan terang pada dasar kawah Wunda. Seperti semua bulan Uranus, Umbriel mungkin terbentuk dari suatu cakera tokokan yang mengitari Uranus sejurus selepas pembentukannya. Sistem Uranus diselidik dari dekat sekali sahaja, iaitu oleh kuar angkasa Voyager 2 pada Januari 1986, yang sempat mengambil gambarnya cukup-cukup untuk membolehkan pemetaan sekitar 40% permukaan bulan.
Nota
- ^ Keluasan permukaan diperoleh dari jejari r : .
- ^ Isipadu V diperoleh dari jejari r : .
- ^ Graviti permukaan diperoleh dari jisim m, pemalar graviti G dan jejari r : .
- ^ Halaju lepas diperoleh dari jisim m, the pemalar graviti G dan jejari r : .
Rujukan
- ^
doi: 10.1016/0019-1035(88)90054-1
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1086/116211
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ a b
doi: 10.1126/science.233.4759.43
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^
doi: 10.1006/icar.2001.6596
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - ^ "Planetary Satellite Physical Parameters". NASA/JPL. Dicapai pada 6 Jun 2010.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Umbriel (bulan) |