Ultraman Geed | |
---|---|
Genre | Tokusatsu Adiwira Kaiju Fiksyen sains Drama |
Pencipta | Tsuburaya Productions |
Ditulis oleh | Hirotaka Adachi Uiko Miura Sachio Yanai Misaki Morie Junichiro Ashiki Toshizo Nemoto Kyoko Katsuya[1][2][3] |
Pengarah | Koichi Sakamoto Ryuichi Ichino Masayoshi Takesue Suguru Tomita Kiyotaka Taguchi Ryo Ikeda Ryoichi Ito[1][2][3] |
Dibintangi oleh | Tatsuomi Hamada Chihiro Yamamoto Mayu Hasegawa Yuta Ozawa Kunito Watanabe[4][3] |
Lagu pembukaan | "GEED no Akashi" dinyanyikan oleh Riku Asakura dengan Voyager |
Lagu penutup | "Kibu no Kakera" dinyanyikan oleh Voyager |
Penggubah | Kenji Kawai |
Negara asal | Jepun |
Bahasa | Bahasa Jepun |
Bilangan episod | 25[1][2] (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 24-25 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Tokyo,Astro Ceria (Malaysia) |
Siaran asal | 8 Julai 2017 – 23 Disember 2017 |
Status | Tamat |
Mengikuti | Ultraman Zero: The Chronicle |
Diikuti oleh | Ultraman Orb: The Chronicle |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Ultraman Geed (ウルトラマンジード Urutoraman Jīdo)[1][2] ialah siri televisyen tokusatsu Jepun yang diterbitkan oleh Tsuburaya Productions dan merupakan musim ke-29 dalam Siri Ultra. Ia disiarkan di TV Tokyo dari 8 Julai 2017 sehingga 23 Disember 2017.[1][2][5][4] Siri ini disiarkan di luar Jepun di laman Crunchyroll.[6]
Slogan utama dalam siri ini ialah "Nasib – bersedia untuknya." (運命 – 覚悟を決めろ。 Unmei – kakugo o kimero.).[1]
Plot
Riku Asakura ialah seorang remaja yang tidak tahu tentang masa lalunya, kerana dia ditemui berdekatan dengan kawasan pemerhatian astronomi sebagai bayi berikutan bencana alam di seluruh dunia yang dikenali sebagai Impak Krisis. Setelah raksasa gergasi memusnahkan rumahnya, Riku dan rakan sebilik makhluk asingnya, Pega tersandung ke pangkalan rahsia yang jauhnya 500 meter di bawah Bumi. Riku mendapat tahu bahawa dia adalah Ultraman dalam bentuk manusia dan diberi kebolehan untuk menggunakan alat transformasi Geed Riser dan Kapsul Ultra oleh sistem operasi pangkalan tersebut, RE.M. untuk berubah menjadi Ultraman Geed untuk menyelamatkan penduduk. Tetapi Riku kemudiannya mendapat tahu bahawa dia adalah anak kepada penyebab Impak Krisis: Ultraman Belial.
Memutuskan untuk melawan nasibnya, dia disertai oleh pemburu raksasa Laiha Toba, ejen AIB Moa Aizaki dan pekerja pejabat Leito Igaguri, yang menjadi hosti musuh utama Belial, Ultraman Zero. Riku tidak lama kemudian mengetahui bahawa raksasa-raksasa yang dia tewaskan adalah bentuk Fusion Rise oleh Kei Fukuide, yang mencari orang-orang yang menjadi hosti kepada Kapsul Ultra yang belum lengkap, dinamakan sebagai Bintang Kecil. Semasa bertarung dengan Kei, rahsia di sebalik kelahiran Riku dan rancangan sebenar Belial didedahkan secara beransur-ansur.[1][2][7]
Episod
Ultraman Geed The Movie
Ultraman Geed The Movie: Connect the Wishes! (劇場版 ウルトラマンジード つなぐぜ! 願い!! Gekijō-ban Urutoraman Jīdo Tsunagu ze! Negai!!) telah ditayangkan pada 10 Mac 2018 di negara Jepun.[8][9][10][11]
Media yang berkaitan
- Ultraman Geed membuat kemunculan sulungnya di lokasi perisitiwa terakhir dalam Ultra Fight Orb, di mana dia membunuh Reibatos bilamana Ultra yang lain menganggap bahawa dia telah mati selepas dikalahkan oleh Ultraman Orb, walaupun ini terbukti bukan kanon seperti yang ditunjukkan dalam episod akhir siri ini di mana Belial adalah Ultra yang membunuh Reibatos.
Produksi
Komen oleh Otsuichi.[12]
Tanda dagangan Ultraman Geed telah difailkan oleh Tsuburaya Productions pada 6 Mac 2017.[13] Siri ini diumumkan pada 27 April 2017 di laman web rasmi Tsuburaya Productions dan Sports Hochi. Pelakon utama, Tatsuomi Hamada menyebutkan bahawa menjadi Ultraman merupakan mimpi zaman kanak-kanaknya sejak tadika. Oleh sebab beliau pernah berlakon sebagai Nao, salah seorang protagonis dalam filem Siri Ultra 2010 Ultraman Zero: The Revenge of Belial, beliau juga teruja untuk memandang Belial sebagai seorang bapa berbanding antagonis filem sebelumnya sementara wataknya membesar dan menghadapi takdirnya.[1][2]
Menurut Koichi Sakamoto, beliau memandang Riku sebagai seorang lelaki yang berjuang sebagai anak Belial ketika menghadapi cabaran tanpa mendapat batas "deria umum siri Ultraman".[1][2] Disebabkan siri ini berkisar seorang protagonis bertarung dengan darah seorang penjahat, beliau menghubungkan plot ke arah Devilman.[14] Penulis Otsuichi menyebut bahawa beliau biasa menonton siri Ultraman X dan Ultraman Orb dengan anaknya apabila pulang ke rumah dan dinasihatkan untuk menggunakan novel Arthur C. Clarke, Childhood's End sebagai bahan rujukan untuk peringkat pertama projek. Nama pengarang berkata menjadi asas nama watak utama, Riku Asakura. Tema Riku yang menjadi anak Belial adalah idea yang beliau fikirkan tetapi tidak pernah mengharapkan ia dikonsepkan oleh Tsuburaya sendiri.[12] Beliau menekankan kesulitan menulis skrip episod pertama, dengan Ultra dan alat transformasi belum dinamakan. Beliau juga sedar bahawa ini bukan siri tokusatsu pertama yang ditulis oleh penulis novel, kerana ini didahului oleh Gen Urobuchi dalam Kamen Rider Gaim.[14]
Pelakon
- Riku Asakura (朝倉 リク Asakura Riku)/Ultraman Geed (ウルトラマンジード Urutoraman Jīdo, Suara): Tatsuomi Hamada (濱田 龍臣 Hamada Tatsuomi)[1][2]
- Laiha Toba (鳥羽 ライハ Toba Raiha): Chihiro Yamamoto (山本 千尋 Yamamoto Chihiro)[15]
- Moa Aizaki (愛崎 モア Aizaki Moa): Mayu Hasegawa (長谷川 眞優 Hasegawa Mayu)[15]
- Leito Igaguri (伊賀栗 レイト Igaguri Reito): Yuta Ozawa (小澤 雄太 Ozawa Yūta)[15]
- Kei Fukuide (伏井出 ケイ Fukuide Kei): Kunito Watanabe (渡辺 邦斗 Watanabe Kunito)[15]
- Lumina Igaguri (伊賀栗 ルミナ Igaguri Rumina): Hitomi Hasebe (長谷部 瞳 Hasabe Hitomi)
- Mayu Igaguri (伊賀栗 マユ Igaguri Mayu): Mirei Shimizu (清水 美怜 Shimizu Mirei)
- Alien Shadow "Zena" (シャドー星人 ゼナ Shadō Seijin Zena, Manusia): Hideyoshi Iwata (岩田 栄慶 Iwata Hideyoshi)[4]
- Haruo Kume (久米 ハルヲ Kume Haruo)): Tadashi Mizuo (水野 直 Mizuo Tadashi)[4]
- Pembaca berita: Chisato Kawai (川合 千里 Kawai Chisato)
- Jōji Ōsumi (大隅 丈治 Ōsumi Jōji): Kenji Masaki (柾 賢志 Masaki Kenji)
- Arie Ishikari (石刈 アリエ Ishikari Arie): Ryoko Kobayashi (小林 涼子 Kobayashi Ryōko)
Pelakon suara
- Alien Pegassa "Pega" (ペガッサ星人 ペガ Pegassa Seijin Pega): Megumi Han (潘 めぐみ Han Megumi)[15][3]
- RE.M. (レム Remu): Suzuko Mimori (三森 すずこ Mimori Suzuko)[15][3]
- Alien Shadow "Zena": Shintarō Asanuma (浅沼 晋太郎 Asanuma Shintarō)[4]
- Ultraman Zero (ウルトラマンゼロ Urutoraman Zero): Mamoru Miyano (宮野 真守 Miyano Mamoru)[15][3]
- Ultraman Belial (ウルトラマンベリアル Urutoraman Beriaru): Yuki Ono (小野 友樹 Ono Yūki)[15][3]
- Donshine (ドンシャイン Donshain): Tomohiro Yamaguchi (山口 智広 Yamaguchi Tomohiro)
- Satanzorg (サタンゾーグ Satanzōgu): Hajime Iijima (飯島 肇 Iijima Hajime)
- Suara Riser (imbasan Kapsul Ultra), Ultraman King (ウルトラマンキング Urutoraman Kingu): Nobuyuki Hiyama (檜山 修之 Hiyama Nobuyuki)
- Suara Riser (imbasan Kapsul Raksasa), Narator (0), Rekyum Man (レキューム人 Rekyūmu Jin): Kenta Matsumoto (松本 健太 Matsumoto Kenta)[16]
Lagu
- Tema Pembukaan
- "GEED no Akashi" (GEEDの証 Jīdo no Akashi, bermaksud "Simbol GEED")[3]
- Lirik: Sumiyo Mutsumi (六ツ見 純代 Mutsumi Sumiyo)
- Komposisi & Penyusunan: Kenji Kawai (川井 憲次 Kawai Kenji)
- Artis: Riku Asakura (Tatsuomi Hamada) dengan Voyager (ボイジャー Boijā)
- Episod: 1-17 (Ayat 1), 18-24 (Ayat 2)
- Tema Kemasukan
- "Fusion Rise!" (フュージョンライズ! , Fyūjon Raizu!)
- Artis: Voyager
- Episod: 17
- Tema Penutup
- "Kibou no Kakera" (キボウノカケラ, bermaksud "Sekeping Harapan")[3]
- Lirik: TAKERU, Chiaki Seshimo (瀬下 千晶 Seshimo Chiaki)
- Komposisi & Penyusunan: Takao Konishi (小西 貴雄 Konishi Takao)
- Artis: Voyager
- Episod: 1-17 (Ayat 1), 18-24 (Ayat 2), Finale
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j "主人公はベリアルの息子!新TVシリーズ『ウルトラマンジード』テレビ東京系2017年7月8日(土)あさ9時より放送スタート!主演:濱田龍臣×シリーズ構成:乙一×メイン監督:坂本浩一" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2017-04-27. Dicapai pada 2017-04-27.
- ^ a b c d e f g h i "16歳・濱田龍臣「僕の幼稚園の頃の夢」ベリアルの息子「ウルトラマンジード」に抜てき" (dalam bahasa Jepun). Sports Hochi. 2017-04-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-27. Dicapai pada 2017-04-27. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e f g h i "「ジーッとしてても、ドーにもならねぇ!」ウルトラマンシリーズ最新作『ウルトラマンジード』メインキャスト発表!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2017-06-01. Dicapai pada 2017-06-01.
- ^ a b c d e "ウルトラマンジード 公式サイト" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. Dicapai pada 2017-06-01.
- ^ "Ultraman Geed Series Revealed With Star Tatsuomi Hamada". Anime News Network. 2017-04-27. Dicapai pada 2017-04-27.
- ^ "Crunchyroll Adds "Ultraman Geed" Simulcast". Crunchyroll. 2017-07-08. Dicapai pada 2017-07-08.
- ^ "作品紹介 ウルトラマンベリアル" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. Dicapai pada 2017-07-02.
- ^ "『劇場版 ウルトラマンジード つなぐぜ! 願い!!』 2018年3月10日(土)に公開決定!本仮屋ユイカさんが特撮初出演!主題歌はMay J.さんが担当!" (dalam bahasa Jepun). m-78.jp. 2017-11-23. Dicapai pada 2017-11-23.
- ^ "「ウルトラマンジード」劇場版公開、本仮屋ユイカがゲスト出演" (dalam bahasa Jepun). Natalie. 2017-11-23. Dicapai pada 2017-11-23.
- ^ "劇場版「ウルトラマンジード」18年3月10日公開!本仮屋ユイカが特撮初挑戦" (dalam bahasa Jepun). 映画.com. 2017-11-23. Dicapai pada 2017-11-23.
- ^ "「ウルトラマンジード」劇場版3月公開!本仮屋ユイカ、特撮初出演" (dalam bahasa Jepun). Cinema Today. 2017-11-23. Dicapai pada 2017-11-23.
- ^ a b "『オワリカラ・タカハシヒョウリのサブカル風来坊!!』 シリーズ構成・乙一に訊く「『ウルトラマンジード』では何が起こるのか?」" (dalam bahasa Jepun). spice.eplus. 2017-06-26. Dicapai pada 2017-07-02.
- ^ "Tsuburaya Productions Files 'Ultraman Jeed' Trademark". Anime News Network. 2017-03-06. Dicapai pada 2017-04-27.
- ^ a b "新シリーズ「ウルトラマンジード」は悪に落ちたウルトラマンの息子! 7月スタート" (dalam bahasa Jepun). sankei. 2017-06-03. Dicapai pada 2017-07-02.
- ^ a b c d e f g h "【速報!!!】『ウルトラマンジード』メインキャストが発表!主人公の相棒・ペガッサ星人役は潘めぐみさん!" (dalam bahasa Jepun). hobby.dengeki.com. 2017-06-01. Dicapai pada 2017-06-01.
- ^ @matsuken_93 (2017-08-11). "許可いただいたのでお伝えします! 『 #ウルトラマンジード..." (Twit) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2017-08-12 – melalui Twitter.
Lihat juga
Pautan luar
- Ultraman Geed di Tsuburaya Productions (Jepun)
- Ultraman Geed di TV Tokyo (Jepun)
- Ultraman Geed di Bandai (Jepun)
- Ultraman Fusion Fight! (Jepun)