Ukiran-ukiran plak dan patung gangsa pernah menghiasi istana Kerajaan Benin terangkum dalam kawasan Nigeria moden.[a] Ia merupakan karya seni dihasilkan orang-orang Edo, kebanyakannya diperbuat daripada pancalogam loyang,[b] namun ada juga yang diperbuat daripada campuran bahan kayu, seramik dan gading, antara bahan-bahan lain.[4]
Pada tahun 1897, kebanyakan barangan ini dijarah oleh tentera Inggeris dalam suatu serbuan yang menumpaskan dan menakluk kerajaan tersebut sebagai sebahagian daripada jajahan Nigeria Selatan.[5] Dua ratus keping ukiran ini dibawa ke Muzium British di London (diberi nama Inggerisnya Benin Bronzes) sementara selebihnya dibeli seberapa muzium serata Eropah,[6] terutamanya di Jerman dan Amerika Syarikat.[7]
Fungsi
Barangan ini digantung terpaku pada tiang-tiang istana[8][9] didiami raja yang menguasai kerajaan ini yang bergelar "Oba". Di istana ini juga si Oba melakukan upacara istiadat rumit yang dihadiri para pahlawan, pembesar, pendeta dan isi istana termasuk pedagang dan tentera upahan asing. Maka, beratus-ratus plak dan patung yang ada ini menggambarkan orang dan acara yang menghidupkan istana,[8] memuliakan Oba dan kekuasaan kerajaannya atau untuk menghormati bunda permaisuri yang dianggap mulia dalam budaya mereka. [10]
Pengukiran ini juga ada kaitan dengan adat yang dilaksanakan di mana seorang raja yang ditabalkan akan mendapatkan ukiran untuk raja sebelumnya yang telah mangkat.
Sejarah pemerolehan
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Ciri ukiran
Rupa
Ukiran-ukiran ini dilihat lebih menampakkan ciri naturalistik berbanding kebanyakan seni Afrika pada sezaman ia.
Permukaan papan ukiran direka untuk menonjolkan perbezaan antara cahaya dan logam.[11] Setiap papan ukiran diamati berketebalan sebanyak 1/8 inci setiap satu.[8] Latar belakang di bahagian depan kebanyakan plak diukir dengan corak kedaunan satu hingga empat helai yang disebut sebagai ebe-ame "daun sungai",[12] Daun-daun ini dipercayai bahan digunakan dalam upacara penyembuhan oleh pendeta Olokun, dewa laut. [13]
Ciri kepala dan muka banyak gambaran ukiran ini dibesar-besarkan serta diukir dengan berhati-hati.[14]
Tema
Motif harimau bintang sering ada pada ukiran-ukiran ini melambangkan kuasa si Oba.
Ada daripada ukiran ini yang menggambarkan pertempuran utama disaksikan raja-raja Benin, namun ada juga yang menggambarkan para bangsawan berpakaian serba mewah sama ada secara perseorangan, berpasangan atau berkumpulan mengeliligi seseorang yang dinyatakan ketua kelompok. Pakaian yang digambarkan pada ukiran ini hanya mampu menunjukkan peranan mereka dalam istana secara amnya dan tidak mampu mengenalpasti orang tertentu secara terperinci.[15]
Pembuatan
Bahan ukiran-ukiran ini dibuat menggunakan kayu sebagai asasnya diperolehi daripada batang atau dahan pokok yang diukir terus. Kayu-kayu ini kemudiannya dihanguskan untuk mencegah keretakan semasa pengeringan serta memudahkan hiasan yang diukir dan diwarnakan menggunakan pigmen semula jadi dengan minyak sayuran atau minyak sawit. Minyak-minyak ini membolehkan patung kayu memperoleh patina yang menyerupai logam berkarat. [16]
Galeri
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Nota
- ^ The exact number of pieces is uncertain.[1] Most sources speak of a thousand pieces or several thousand pieces. According to Nevadomsky, there were between 3,000 and 5,000 pieces in total.[2]
- ^ British Museum lebih menerangkan barangan ini sebagai "pancalogam tembaga" (copper alloy) dalam konteks museologi.[3]
Rujukan
- ^ Dohlvik 2006, m/s. 7.
- ^ Nevadomsky 2005, m/s. 66.
- ^ ""Scope Note" for "copper alloy"". British Museum. Dicapai pada 26 Mei 2014.
- ^ Dohlvik 2006.
- ^ "British museums may loan Nigeria bronzes that were stolen from Nigeria by British imperialists". The Independent. 24 Jun 2018. Dicapai pada 14 December 2018.
- ^ Greenfield 2007.
- ^ Benin Diplomatic Handbook, p. 23.
- ^ a b c Ezra, Kate (1992). Royal art of Benin: the Perls collection in the Metropolitan Museum of Art. New York: The Metropolitan Museum of Art. ISBN 978-0-8109-6414-3.
- ^ Pijoan 1966.
- ^ Plankensteiner, Barbara (December 22, 2007). "Benin--Kings and Rituals: court arts from Nigeria". African Arts. University of California. ISSN 0001-9933. Dicapai pada July 20, 2010.
- ^ "Sculpture: The Bronzes of Benin". TIME. August 6, 1965.
- ^ Dark, Philip (1973). An Introduction to Benin Art and Technology. Oxford.
- ^ Ben Amos, Paula (1980). The Art of Benin. London.
- ^ Leuzinger 1976.
- ^ Plankensteiner, Barbara (December 22, 2007). "Benin--Kings and Rituals: court arts from Nigeria". African Arts. University of California. ISSN 0001-9933. Dicapai pada July 20, 2010.
- ^ Beretta 1983.
- Sumber utama
- Beretta, Alcides; Rodenas, María Dolores (1983). Historia del Arte: La escultura del África negra (dalam bahasa Spanish). II. Barcelona: Carroggio. ISBN 978-84-7254-313-3.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Dohlvik, Charlotta (May 2006). Museums and Their Voices: A Contemporary Study of the Benin Bronzes (PDF). International Museum Studies.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Greenfield, Janette (2007). The Return of Cultural Treasures. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-80216-1.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Leuzinger, Elsy (1976). Arte del África negra (dalam bahasa Sepanyol). Barcelona: Ediciones Polígrafa. ISBN 978-84-343-0176-4.
- Nevadomsky, Joseph (2005). "Casting in Contemporary Benin Art". African Arts. 38 (2): 66–96. doi:10.1162/afar.2005.38.2.66.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- Pijoan (1966). Pijoan-Historia del Arte. I. Barcelona: Salvat Editores.