Alat beban unit (bahasa Inggeris: unit load device , singkatan ULD) ialah sejenis palet atau kontena yang digunakan untuk memuatkan bagasi, barangan dan mel di atas pesawat berbadan lebar dan sebahagian pesawat berbadan sempit. Ia membolehkan kuantiti kargo yang banyak dibandelakan kepada satu unit, sekaligus mengurangkan masa pengendalian dan mengelakkan kelewatan penerbangan. Setiap ULD memiliki daftar muatannya sendiri agar semua kandungan dapat dijejaki.
Jenis
ULD datang dalam dua bentuk iaitu palet dan kontena. Palet ULD ialah kepingan aluminium tahan lasak dengan bingkai, yang direka untuk mengunci kargo ke dalam pemegang jaring. Kontena ULD pula ialah kontena tertutup yang dibuat dari aluminium atau kombinasi aluminium (untuk bingkai) dan lexan (untuk dinding). Terdapat juga ULD yang dilengkapi dengan alat penyejukan untuk kargo khas. Berikut adalah contoh ULD dan spesifikasinya.
Jenis kontena | Isi padu | Dimensi linear (lebar tapak/ lebar keseluruhan × dalam × tinggi) |
Catatan |
---|---|---|---|
LD1[1] | 4.90 m3 (173 kaki padu) | 156 / 234 × 153 × 163 cm (61.5 / 92 × 60.4 × 64 in) |
terkontur, separuh lebar |
LD2[2] | 3.40 m3 (120 kaki padu) | 119 / 156 × 153 × 163 cm (47 / 61.5 × 60.4 × 64 in) |
terkontur, separuh lebar |
LD3 | 4.33 m3 (153 kaki padu) | 164 / 201 × 153 × 163 cm (64.5 / 79 × 60.4 × 64 in) |
terkontur, separuh lebar |
LD6 | 8.95 m3 (316 kaki padu) | 318 / 407 × 153 × 163 cm (125 / 160 × 60.4 × 64 in) |
terkontur, lebar penuh, bersamaan dengan 2 LD3 |
LD8 | 6.88 m3 (243 kaki padu) | 244 / 318 × 153 × 163 cm (96 / 125 × 60.4 × 64 in) |
terkontur, lebar penuh, bersamaan dengan 2 LD2; DQF-prefix |
LD11 | 7.16 m3 (253 kaki padu) | 318 × 153 × 163 cm (125 × 60.4 × 64 in) |
sama seperti LD-6 tetapi tidak terkontur; segi empat tepat |
Jenis palet | Isi padu | Dimensi linear | Catatan |
LD8 | 6.88 m3 (243 kaki padu) | 153 × 244 cm (60 × 96 in) |
dimensi tapak yang sama dengan versi kontena; awalan FQA |
LD11 | 7.16 m3 (253 kaki padu) | 153 × 318 cm (60.4 × 125 in) |
dimensi tapak yang sama dengan versi kontena; awalan FLA- dan PLA- |
LD7 (2 variasi palet) |
10.8 m3 (381 kaki padu) 11.8 m3 (417 kaki padu) |
224 × 318 cm (88 × 125 in) 244 × 318 cm (96 × 125 in) |
awalan PAG- dan P1P- awalan PMC- dan P6P- |
Kesesuaian pesawat
LD3, LD6, dan LD11 sesuai untuk 787s, 777, 747, MD-11, L-1011, dan semua Airbus berbadan lebar. 767 menggunakan LD2 dan LD8 yang lebih kecil kerana fiuslajnya yang lebih sempit. LD1 direka khusus untuk 747, tetapi ia sering digantikan dengan LD3 yang lebih terkenal (kedua-duannya memiliki dimensi tapak yang sama). Palet LD7 sesuai untuk 787, 777, 747, model terbaru 767 (dengan pintu besar), dan Airbus berbadan lebar.
Kapasiti ULD
Muatan pesawat boleh terdiri daripada kontena, palet, dan campuran jenis-jenis ULD, bergantung kepada keperluan. Jadual di bawah menunjukkan kapasiti maksimum untuk sebuah pesawat bagi semua jenis konfigurasi palet dan kontena.
Pesawat | Kapasiti maksimum kontena | Kapasiti maksimum palet | Catatan |
---|---|---|---|
B727-100F | tiada | 8 palet*[3] | *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit |
B727-200F | tiada | 12 palet* | *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit |
B727-200C (kombinasi) | tiada | 11 palet* | *88" × 125" palet sahaja, 727 ialah pesawat berbadan sempit |
B747-100/200/300 | 30 LD1[4] | 5 palet + 14 LD1 | |
B747-400 | 32 LD1[1] | 5 palet + 14 LD1 | |
B747-400ER | 26 LD1[1] | 4 palet + 14 LD1 | |
B747-400F/ERF | 32 LD1 (geladak bawah) + 30 palet (geladak utama)[1] | pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak. | |
B767-200 | 22 LD2[2] | 3 palet + 10 LD2[2] | |
B767-300 | 30 LD2[2] | 4 palet + 14 LD2[2] | |
B767-300ER | 30 LD2[2] | 4 palet + 14 LD2[2] | |
B767-300F | 24 palet* (geladak utama) + 30 LD2 (geladak bawah)[2] | *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut | |
B767-400ER | 38 LD2[2] | 5 palet + 18 LD2 | |
B777-200/200LR/ER | 32 LD3[5] | 10 palet | |
B777F | 30 LD3 + 27 palet | 37 palet | pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak. |
B777-300/300ER | 44 LD3[5] | 14 palet | |
B787-8/-3 | 28 LD3 | 9 palet | |
B787-9 | 36 LD3 | 11 palet | |
A300B2/B4 | 20 LD3 | ? | |
A300-600 | 22 LD3 | 4 palet + 10 LD3 | |
A300-600F | 41 LD3 | 25 palet | pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A300-600F |
A310 | 14 LD3 | 3 palet | |
A320PF | 10 palet* (geladak utama) + 7 LD-3-45W (geladak bawah) | 10 AAZ (geladak utama) + 7 LD-3-45W (geladak bawah) | *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut dilengkapi dengan pintu kargo depan 86×121" |
A321PF | 13 palet* (geladak utama) + 10 LD-3-45W (geladak bawah) | 13 AAZ (geladak utama) + 10 LD-3-45W (geladak bawah) | *menerima palet 88" × 125" sahaja; pesawat pengangkut dilengkapi dengan pintu kargo depan 86×121" |
A330-200 | 23 palet or 26 LD3 | 8 palet + 2 LD3 | |
A330-200F | 9 kontena AMA + 4 palet (geladak utama) + 26 LD3 (geladak bawah) | 22 palet (geladak utama) + 8 palet + 2 LD3 (geladak bawah) | pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A330-200F |
A330-300 | 32 LD3 | 11 palet | |
A340-200 | 26 LD3 | 9 palet | |
A340-300 | 32 LD3 | 11 palet | |
A340-500 | 30 LD3 | 10 palet | |
A340-600 | 42 LD3 | 14 palet | |
A380-800 | 38 LD3 | 13 palet | |
A380-800F | 59–71 LD3 | 66 palet | pesawat pengangkut, kapasiti termasuk seluruh geladak.Pelan geladak A380-800F |
MD-11F | 32 LD3[6] | 26 palet | |
L-1011 | 16 LD3 | tiada | semua siri kecuali 500 (siri 250/200/150/100/50/1) |
L-1011-500 | 19 LD3 | 4 palet* | *jika dilengkapi dengan pintu kargo depan 104" |
Jumlah sebenar ULD yang dimuatkan mungkin lebih rendah jika pesawat sudah melebihi had berat.
Pengenalan
Semua ULD dikenal pasti dengan nombor ULD nya. Awalan 3 abjad menunjukkan jenis, diikuti dengan 4 atau 5 digit nombor siri (4 jika sebelum 1 Oktober 1993; samada 4 atau 5 jika selepas 1 Oktober, 1993) yang unik untuk setiap ULD, dan diakhiri dengan 2 abjad dan digit yang menentukan pemilik ULD. [7]
Awalan biasa
- AVY[8]: LD1 dengan lubang foklif
- AKC[8]: LD1 tanpa lubang foklif
- DPN[8]: LD2 dengan lubang foklif
- DPE[8]: LD2 tanpa lubang foklif
- AKN[8]: LD3 dengan lubang foklif
- AKE[8]: LD3 tanpa lubang foklif
- QKE: LD3 sama seperti AKE tetapi diperbuat dari KEVLAR dan kalis bom. Tiada lubang foklif
- RKN[8]: LD3 dengan unit penyejukan
- ALB[8]: LD4 dengan lubang foklif
- ALP[8]: LD4 tanpa lubang foklif
- AWC[8]: LD6 dengan lubang foklif
- ALF[8]: LD6 tanpa lubang foklif
- PAD[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), rata
- P1P[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap boleh lipat untuk digantung
- XAW[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap tetap untuk digantung.
- AAA: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan sempit
- AAD: kontena LD7 (88" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka A1)
- AAY: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka A2)
- AAZ: kontena LD7 (88" x 125"), 64" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka L9)
- PMC: LD7, palet besar (96" x 125")
- AMJ: kontena LD7 (86" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka M1)
- DQF[8]: LD8 dengan lubang foklif
- FQA: palet LD8 (dimensi tapak yang sama dengan DQF)
- AAP[8]: LD9
- RAP[8]: LD9 dengan unit penyejukan
- ALD: LD11 container (aka L11)
- ALP[8]: LD11 tanpa lubang foklif
- RWB[8]: LD11 dengan unit penyejukan
- FLA[8]: palet LD11
- PLA[8]: palet LD11
- AAF[8]: kontena LD26
- AAU[8]: kontena LD29
- RAU[8]: kontena LD29 dengan unit penyejukan
- AMU[8]: kontena LD39 terkontur sama seperti ALF, tetapi mempunyai sambungan lebih dalam dan besar. kontena geladak bawah yang terbesar
- AKH, AKW: LD3-45 selalunya untuk A320/321, sama tapak seperti AKE, terdapat sambungan di kedua belah, 45 inci tinggi
- AMA[8]: kontena M1
- AMD[8]: kontena M1H
- AGA[8]: kontena M2
- PGA[8]: M6, palet besar, 96 × 238.5 inci. untuk geladak utama pesawat pengangkut
- VRA[8]: M6, palet besar, 96 × 196 inci. rak berkembar.
- HMA[8]: (berbentuk) kandang kuda
- KMA[8]: (berbentuk) kandang bebiri dan kambing
Abjad di posisi 1 menunjukkan kategori ULD (pengesahan, jenis ULD, unit terma)[9];
Abjad di posisi 2 menunjukkan dimensi tapak piawai[9];
Abjad di posisi 3 menunjukkan kontur, lubang foklif, dan pelbagai maklumat lain[9].
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d "747-400/-400ER, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, December 2002. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "B744_airport_report" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i "767-200/200ER/300/300ER/300 Freighter/400ER, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, September 2005. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "B767_airport_report" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "727, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, April 1985.
- ^ "747-100/-200/-300/-SP, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, May 1984.
- ^ a b "777-200LR/-300ER/Freighter, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, December 2007.
- ^ "MD-11, Airplane Characteristics for Airport Planning", Section 2, Boeing, August 1998.
- ^ Guide to Air Freight Containers
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af "Boeing Cargo", Boeing, August 2008.
- ^ a b c Guide to Air Freight Containers
Pautan luar
- Spesifikasi kontena pengangkutan udara Diarkibkan 2007-08-21 di Wayback Machine
- Hydro Nordisk, pengeluar ULD
- Satco, Inc., pengeluar ULD