Nama penuh | Unione Sportiva Sassuolo Calcio Srl | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | I Neroverdi (Hitam dan Hijau) | |||
Diasaskan | 1922 | |||
Stadium | Stadium Mapei – Città del Tricolore (Kapasiti: 23,717[1]) | |||
Pemilik | Giorgio Squinzi | |||
Pengerusi | Carlo Rossi | |||
Pengurus | Cristian Bucchi | |||
Liga | Serie A | |||
2016-17 | Serie A. Ke-12 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
Unione Sportiva Sassuolo Calcio ([u.ˈnjo.ne sporˈti.va sasˈswɔlo ˈkal.tʃo], "Kesatuan Sukan Bola Sepak Sassuolo") merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Sassuolo, wilayah Modena. Warna utama kelab ini ialah hitam dan hijau, oleh itu ia mendapat nama samaran "neroverdi".[2]
Sejak ditubuhkan pada 1920,[3] Sassuolo mula bermain di Serie A dari musim 2013–14, sertai kumpulan pasukan bukan berpusat di ibu negeri: Empoli, Legnano, Pro Patria, Carpi dan Casale.
Sejarah
Sassuolo ditubuhkan pada 1920 dan kebanyakan bermain di divisyen amatur Emilian sehingga kelab ini mara ke Serie D pada 1968. Pada zaman ini, kelab ini bergabung dengan beberapa kelab tempatan lain dan akhirnya membentuk US Sassuolo Calcio pada 1974. Pada 1984, Sassuolo memperoleh kenaikan ke Serie C2, divisyen profesional terendah Itali. Walau bagaimanapun, mereka tersingkir semula ke Serie D pada 1990 dan kebanyakan pada dekad ini mereka menghabiskan persembahannya di Serie D. Pada 1998, selepas menamatkan musim di tempat kedua liga, mereka naik semula ke Serie C2.
Serie C1
Sassuolo melangkah ke Serie C1 pada 2006 selepas memenangi pusingan play-off ke Serie C1 dengan menewaskan Sansovino dalam perlawanan akhir. Beberapa tahun kemudian, Sassuolo terbukti menjadi pesaing serius untuk kenaikan ke Serie B tetapi mereka kehilangan rentak pada 2007 apabila Gian Marco Remondina menjadi ketua jurulatih, mereka tewas serta merta kepada Grosseto dalam perlawanan terakhir musim dan kecundang di tangan Monza pada pusingan separuh akhir play-off ke Serie B. Remondina kemudian meninggalkan Sassuolo untuk menyertai kelab Serie B, Piacenza dan bekas pemain Serie A, Massimiliano Allegri dilantik sebagai ketua jurulatih baharu.
Di bawah pengurusan Allegri, Sassuolo dengan segera berjaya membangkitkan harapannya untuk memperoleh kenaikan ke Serie B dan hasrat ini ahirnya tercapai pada 27 April 2008 apabila memenangi kejuaraan Serie C1/A. Dengan itu, Sassuolo mencatat kenaikan bersejarah ke Serie B, sejarah baru dicipta kelab.
Serie B
Berikutan Sassuolo beraksi di divisyen kedua Itali, Allegri meninggalkan Sassuolo untuk menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih di kelab Serie A, Cagliari. Pada Julai 2008, kelab ini melantik bekas jurulatih Atalanta dan Siena, Andrea Mandorlini untuk musim 2008-09.
Sassuolo melakukan kejutan pada permulaan musim 2008-09 dan berjaya memegang tempat play-off ke Serie A namun kedudukan itu berubah apabila mereka hanya mengutip dua mata dalam lima perlawanan terakhir lalu mereka menamatkan musim di tempat ketujuh. Walaupun melalui musim cemerlang, Mandorlini meninggalkan Sassuolo dengan persetujuan bersama pada Jun 2009 di mana pasukan ini kemudian melantik bekas jurulatih Piacenza, Stefano Pioli sebagai ketua jurulatih baru kelab pada 11 Jun 2009.
Sassuolo dengan cemerlangnya layak ke play-off kenaikan ke Serie A pada musim 2009–10 dengan menamatkan musim di tempat keempat dan pada musim 2011–12 di tempat ketiga, namun disingkirkan pada peringkat separuh akhir dalam kedua-dua musim itu.
Walau bagaimanapun pada musim 2012–13, di bawah bimbingan ketua jurulatih baru Eusebio Di Francesco, Sassuolo memenangi kejuaraan Serie B lalu mereka memperoleh kenaikan ke Serie A buat pertama kali untuk musim 2013–14.
Serie A
Ketika latihan pra-musim, Sassuolo memenangi Trofi TIM selepas tewas kepada Juventus pada penentuan penalti dan kemudian menewaskan A.C. Milan 2–1. Melakar juara baru kejuaraan itu selain pasukan Milan, Internazionale dan Juventus yang telah memenangi piala itu.
Pada 25 Ogos 2013, Sassuolo bermain perlawanan Serie A pertamanya menentang Torino di tempat lawan.[4] Perlawanan tuan rumah pertama Sassuolo ialah menentang Livorno dan penyerang kelab, Simone Zaza menjaringkan gol pertama Sassuolo di Serie A tetapi perlawanan berkesudahan mereka tewas 4-1.[5] Pada 22 September 2013, Sassuolo menghadapi tewas besar 7-0 kepada lawan Internazionale di tempat sendiri. Pasukan ini akhirnya mendapat mata pertamanya pada perlawanan kelima liga di tempat lawan, ketika menentang Napoli pada 25 September. Zaza merapatkan kedudukan 1-1 bagi menamatkan perlawanan seri 1-1.[6] Ia diikuti mata pertama di tempat sendiri pada 29 September, ketika seri 2–2 bertemu Lazio.[7] Pada 20 Oktober 2013, Sassuolo memenangi perlawanan Serie A pertamanya selepas menewaskan Bologna 2–1 di tempat sendiri hasil jaringan Domenico Berardi dan Antonio Floro Flores lalu kelab ini melonjak dari tangga tercorot liga.[8] Sassuolo memenangi perlawanan pertamanya di tempat lawan untuk perlawanan Serie A pada 3 November ketika menentang Sampdoria hasil jaringan hatrik Berardi di Serie A, mereka melakar kemenangan 4–3.[9] Berikutan perlawanan itu, selepas terikat seri 1-1 bertemu di Roma pada 10 November, kelab ini semakin jauh meninggalkan zon penyingkiran.[10] Pada 12 Januari 2014, Berardi hanya satu-satunya pemain pada musim ini yang menjaringkan empat gol pada satu perlawanan apabila Sassuolo bangkit selepas ketinggalan 2-0 lalu membenam Milan 4-3. Pada penghujung Januari 2014, Sassuolo berada di tanggga terbawah liga jadi pengurus Di Francesco merasakan tugasnya tidak patut dilanjutkan lalu Alberto Malesani dibawa masuk sebagai jurulatih baharu. Pertukaran pengurus tidak membawa apa-apa perubahan ketara lalu pada awal bulan Mac, Sassuolo menaruh semula harapan kepada Di Francesco lalu beliau dibawa masuk. Sassuolo menang pada perlawanan di tempat lawannya menentang Fiorentina 4–3 pada 6 Mei 2014. Selepas menang 4-2 ke atas Genoa pada 11 Mei, Sassuolo menjamin tempatnya di Serie A untuk musim hadapan. Berardi berada di tanga ketujuh penjaring terbanyak Serie A dengan 16 gol dijaringnya musim tersebut.
Neroverdi lebih cemerlang pada musim 2014-15 apabila dengan selesanya mereka menamatkan musim di tempat ke-12, yang berada sangat jauh daripada zon penyingkiran. Berardi sekali lagi menjadi penjaring terbanyak kelab musim ini dengan 15 gol.
Sassuolo kekal rentak cemerlangnya pada musim 2015-16 apabila mereka menamatkan musim di atas beberapa kelab ternama, A.C. Milan dan S.S. Lazio oleh kerana kelab ini menduduki tempat keenam liga. Selain itu, mereka juga mencatat beberapa kemenangan berharga apabila menewaskan S.S.C. Napoli pada perlawanan pembukaan liga,[11] mengalahkan Juventus di tempat sendiri[12] dan menang 1-0 ke atas Inter di San Siro.[13]
Pada 21 Mei 2016, Sassuolo memperoleh tiket untuk kelayakan Liga Europa selepas menamatkan musim di tempat keenam pada musim 2015-16. Tiket terakhir ke Liga Europa diberikan kepada juara Coppa Italia musim ini, namun apabila Juventus muncul juara Serie A, Milan selaku naib juara kempunan tidak ke pentas Eropah sebaliknya jika ia menang. Pada 25 Ogos 2016, Sassuolo layak ke peringkat kumpulan Liga Europa selepas menewaskan Red Star Belgrade 4–1 secara agregat pada pusingan play-off.
Stadium
Gelanggang Sassuolo yang digunakan bagi menjalani latihan ialah Stadio Enzo Ricci tetapi disebabkan kapasiti yang keil (4,000), kelab ini ketika bermain di Serie B, mereka beraksi di Stadio Alberto Braglia di Modena.[14]
Bermula dari musim 2013-14, perlawanan Serie A Sassuolo biasanya berlangsung di Reggio Emilia dan selepas penambahbaikan Stadio Città del Tricolore (dahulunya Stadio Giglio) mereka berkongsi satu gelanggang dengan kelab Lega Pro Prima Divisione, Reggiana.[15]
Rekod Eropah
Musim | Kejohanan | Pusingan | Kelab | Rumah | Pelawat | Agregat |
---|---|---|---|---|---|---|
2016–17 | Liga Europa UEFA | 3Q | Luzern | 3–0 | 1–1 | 4–1 |
PO | Red Star Belgrade | 3–0 | 1–1 | 4–1 | ||
Kumpulan F | Athletic Bilbao | – | – | – | ||
Genk | – | – | ||||
Rapid Wien | – | – |
Pemain
Pasukan Utama
- Sehingga tarikh 9 September 2023[16]
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Dipinjamkan
- Sehingga tarikh 1 September 2023.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pembinaan Muda
Senarai pengurus
- Ezio Pascutti (1986–87)
- Loris Boni (1997–98)
- Stefano Garuti
- Roberto Busi
- Gianni Balugani
- Daniele Simeoni
- Fabio Bedogni
- Paolo Magnani (2000 – March 26, 2002)
- Oscar Lamagni
- Cesare Maestroni (2002 – Jan 13, 2003)
- Cristiano Bergodi (Julai 1, 2003 – Jun 30, 2004)
- Giuseppe Brucato (Julai 1, 2004 – Jun 30, 2005)
- Gian Marco Remondina (Julai 1, 2005 – Jun 30, 2007)
- Massimiliano Allegri (Julai 17, 2007 – Mei 28, 2008)
- Andrea Mandorlini (Julai 7, 2008 – Jun 30, 2009)
- Stefano Pioli (Jun 12, 2009 – Jun 9, 2010)
- Daniele Arrigoni (Jun 26, 2010 – Okt 3, 2010)
- Angelo Gregucci (Okt 3, 2010 – Mei 9, 2011)
- Paolo Mandelli (Mei 9, 2011 – Jun 9, 2011)
- Fulvio Pea (Jun 9, 2011 – Jun 10, 2012)
- Eusebio Di Francesco (Jun 19, 2012 – Jan 28, 2014)
- Alberto Malesani (Jan 29, 2014 – Mac 3, 2014)
- Eusebio Di Francesco (Mac 3, 2014–)
Rujukan
- ^ "Mapei Stadium, c'è l'ok. La capienza sale a 24mila – Sport – Gazzetta di Reggio". 11 September 2013.
- ^ name=storia
- ^ Giovanardi, Rossi, Sassuolo nel pallone. Storia del calcio sassolese dalla Z alla... A, Edizioni Artestampa.
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/300466
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/299347/report
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/299246/report
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/303022/report
- ^ "Sassuolo 2–1 Bologna: Neroverdi leapfrog Rossublu after home win".
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/299284/report
- ^ http://www1.skysports.com/football/live/match/299291/report
- ^ http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/match-report/2015-16/UNICO/UNI/1/SASNAP
- ^ http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/match-report/2015-16/UNICO/UNI/10/SASJUV
- ^ http://www.legaseriea.it/it/serie-a-tim/match-report/2015-16/UNICO/UNI/19/INTSAS
- ^ "Sito ufficiale US Sassuolo Calcio – La Società". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-09. Dicapai pada 2016-09-08. no-break space character in
|title=
at position 34 (bantuan) - ^ http://www.gazzetta.it/Calcio/Squadre/Sassuolo/notizie/24-06-2013/sassulo-trofeo-tim-juve-milan-20647501610.shtml
- ^ "Rosa Prima Squadra". www.sassuolocalcio.it/. U.S. Sassuolo Calcio. 6 July 2019. Dicapai pada 6 July 2019.