Kedudukan Universiti Global Terbaik atau Best Global Universities yang diterbitkan oleh U.S. News & World Report ialah majalah pemeringkatan tahunan universiti dunia. Pada 28 Oktober 2014, US News, yang mula memeringkat universiti-universiti Amerika pada tahun 1983, menerbitkan peringkat global perdananya, menilai 500 universiti di 49 negara. Senarai pertama Kedudukan Universiti Global Terbaik diterbitkan tanpa pengumuman sebelumnya dan US News kemudian mengesahkan bahawa peringkat tahun itu merupakan percubaan untuk penyertaan penerbitan ke bidang pemeringkatan universiti global. Setelah mengumumkan pra-pemeringkatan tahun depan, pada tahun 2016, majalah itu merasmikan Peringkat Universiti Global sebagai sebahagian dari program tahunan tetapnya. Setelah merasmikan metodologi pemeringkatan, ia didedahkan bahawa senarai pemeringkatan berdasarkan pada 10 indikator berbeza yang mengukur prestasi dan reputasi akademik universiti.[1] Senarai pemeringkatannya telah disemak dan diperluas sehingga mencakupi 1.500 institusi di 81 negara dan kini mencakupi juga lima peringkat serantau dan 28 mata pelajaran.[2] Dengan menggunakan 13 indikator yang sebahagian besar berdasarkan pada data yang disediakan oleh Clarivate, peringkat global US News secara metodologi dianggap berbeza kerana menggunakan faktor-faktor seperti reputasi penyelidikan, penerbitan akademik, dan jumlah makalah yang banyak dipetik.[3][4]
Inside Higher Ed mencatat pada tahun 2014 bahawa US News memasuki kawasan pemeringkatan kolej dan universiti antarabangsa yang sudah "didominasi oleh tiga pemeringkat universiti global utama" iaitu: Times Higher Education World University Rankings, Kedudukan Akademik Universiti Sedunia (ARWU), dan QS World University Rankings.[5] Ketua strategi data U.S. News, Robert Morse menyatakan bahawa "Kami terkenal dalam bidang ini kerana melakukan pemeringkatan akademik, jadi kami rasa ini merupakan tugas berterusan dari pemeringkatan lain yang kami lakukan."[5] Morse menunjukkan bahawa US News ialah "penerbit Amerika pertama yang memasuki ruang pemeringkat global", serupa dengan Times Higher Education dan QS kedua-duanya berasal dari England, manakal ARWU dari China.[5]
The Washington Post mencatat bahawa beberapa institusi pendidikan tinggi di Amerika Syarikat berperingkat lebih rendah pada senarai Peringkat Universiti Global US News ketimbang pada peringkat domestik mereka, khususnya Universiti Princeton, yang dinobatkan sebagai universiti terulung di Amerika Syarikat pada peringkat domestik 2015, tetapi berada pada peringkat di belakang sembilan universiti Amerika Syarikat lainn (dan tiga universiti Britania) pada senarai peringkat global versi US News 2015. Hal ini dikaitkan dengan kaedah pemeringkatan global yang bertumpu pada "kecekapan penyelidikan", manakala "pengalaman sarjana", yang sukar untuk memperoleh data antarabangsanya yang seragam, tidak disertakan.[6] Forbes, bersama dengan banyak pihak lain, yang sebelumnya telah mengkritik hasil pemeringkatan kolej di Amerika Syarikat versi US News,[7] kini memuji Peringkat Universiti Global versi US News kerana sebagian besar berdasarkan kepada "ukuran objektif" dan mewakili skema penilaian yang "layak".[8]
Peringkat
Institusi | 2015[9] | 2016[10] | 2017[11] | 2018[12] | 2019[13] | 2020[14] | 2021[15] |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Universiti Harvard | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Institut Teknologi Massachusetts | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 |
Universiti Stanford | 4 | 4 | 3 | 3 | 3 | 3 | 3 |
Universiti California, Berkeley | 3 | 3 | 4 | 4 | 4 | 4 | 4 |
Universiti Oxford | 5 | 5 | 6 | 5 | 5 | 5 | 5 |
Universiti Columbia | 10 | 9 | 9 | 8 | 8 | 7 | 6 |
Institut Teknologi California | 7 | 7 | 5 | 6 | 6 | 6 | 7 |
Universiti Washington | - | - | - | 10 | 10 | 10 | 8 |
Universiti Cambridge | 6 | 6 | 7 | 7 | 7 | 9 | 9 |
Universiti Johns Hopkins | - | - | - | 10 | 12 | 11 | 10 |
Catatan: Universiti Princeton menduduki peringkat ke-8 pada tahun 2017 dan 2020, peringkat ke-9 pada tahun 2018 dan 2019. Universiti Yale setara dengan Universiti Johns Hopkins dan Universiti Washington, ketiganya bersama-sama menduduki peringkat ke-10 pada tahun 2018.
Universiti-universiti Amerika Syarikat dan British sering menduduki sepuluh tempat teratas sejak penerbitan perdananya. Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts secara konsisten menduduki puncak senarai, sementara dua institusi pendidikan tinggi British iaitu Universiti Oxford dan Universiti Cambridge serta empat universiti Amerika Syarikat lain: Universiti Stanford, Universiti California, Berkeley, Universiti Columbia, dan Institut Teknologi California, berada pada peringkat 10 besar sejak 2015.
Rujukan
- ^ https://www.usnews.com/education/best-colleges/articles/how-us-news-calculated-the-rankings
- ^ "Best Global Universities". U.S. News & World Report.
- ^ Haynie, Devon. "U.S. News Releases Inaugural Best Global Universities Rankings". U.S. News & World Report.
- ^ "How U.S. News Calculated the Best Global Universities Ranking". U.S. News & World Report.
- ^ a b c "'U.S. News' to Issue New Global University Rankings". Inside Higher Ed.
- ^ Nick Anderson (28 October 2014). "U.S. News rolls out global university rankings, with some surprises". The Washington Post.
- ^ Michael Nietzel (9 September 2019). "U.S. News Releases its Annual College Rankings. Here's what's wrong with them". Forbes.
- ^ Michael Nietzel (26 October 2019). "U.S. News Releases its Best Global Universities Ranking: American Institutions are at the Top". Forbes.
- ^ "US News Best Global Universities 2015". Dicapai pada 2014-10-28.
- ^ "US News Best Global Universities 2016". Dicapai pada 2015-10-06.
- ^ "US News Best Global Universities 2017". Dicapai pada 2016-10-25.
- ^ a b "US News Best Global Universities 2018". Dicapai pada 2017-10-24.
- ^ a b "US News Best Global Universities 2019". 2019-10-30.
- ^ a b "US News Best Global Universities 2020". Dicapai pada 2020-09-16.
- ^ a b "US News Best Global Universities 2021". Dicapai pada 2020-10-27.