Two Wives | |
---|---|
Genre | Melodrama Keluarga Romantik |
Ditulis oleh | Lee Yoo-seon |
Pengarah | Yoon Ryu-hae |
Dibintangi oleh | Kim Ji-young Son Tae-young Kim Ho-jin Kang Ji-sub |
Negara asal | Korea Selatan |
Bilangan episod | 120 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 30 minit Isnin sehingga Jumaat pukul 19:20 (KST) |
Syarikat penerbitan | JerryBoys Contents (sebelum ini Bloom Entertainment) Saram&Saram Ltd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Seoul Broadcasting System |
Siaran asal | 4 Mei 2009 | – 30 Oktober 2009
Kronologi | |
Mengikuti | Temptation of Wife |
Diikuti oleh | Wife Returns |
Rancangan berkaitan | Two Wives (siri TV Filipina) |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Two Wives (Hangul: 두 아내 ; RR: Du Anae) ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2009 dibintangi oleh Kim Ji-young, Son Tae-young, Kim Ho-jin dan Kang Ji-sub.[1] Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 4 Mei sehingga 30 Oktober 2009 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:20 malam sebanyak 120 episod.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kang Chul-soo menceraikan isterinya, Yoon Young-hee dan memulakan hidup baru bersama isteri baharunya Han Jis-sook, iaitu seorang ibu tunggal yang menjadi perempuan simpanannya selama ini. Selepas berpisah dengan Young-hee, Chul-soo kemudian didapati terlibat dengan satu kemalangan kereta dan ketika dia sedar, dia mengalami hilang ingatan dan hanya mengingati kenangannya bersama Ji-sook. Chul-soo masih mengganggap bahawa Young-hee adalah isterinya lalu membuatkan Young-hee terpaksa berpura-pura menjadi 'isteri' Chul-soo sehinggalah ingatannya kembali pulih.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Karakter utama
[sunting | sunting sumber]- Kim Ji-young sebagai Yoon Young-hee
- Son Tae-young sebagai Han Ji-sook
- Kim Ho-jin sebagai Kang Chul-soo
- Kang Ji-sub sebagai Song Ji-ho
Karakter sokongan
[sunting | sunting sumber]- Keluarga Yoon
- Andy Lee sebagai Yoon Nam-joon (adik lelaki Young-hee)
- Jeon Moo-song sebagai Yoon Jang-soo (bapa Young-hee)
- Jo Yang-ja sebagai Seo Yeo-ja (ibu Young-hee)
- Keluarga Kang
- Kim Yoon-kyung sebagai Kang Do-hee
- Kim Yong-rim sebagai Jang Young-ja (ibu Chul-soo)
- Kang Sung-jin sebagai Ahn Kyung-tae
- Kim Young-ran sebagai Oh Dal-ja
- Uhm Min-woo sebagai Kang Han-byul (anak lelaki Young-hee dan Chul-soo)
- Keluarga Han
- Kim Su-jung sebagai Han So-ri (anak perempuan Ji-sook)
- Lain-lain
- Lee Yoo-jin sebagai Jo Mi-mi
- Choi Won-young sebagai Lee Young-min
- Go Jung-min sebagai Yoo Young-sun
- Yoon Ji-min sebagai Oh Hye-ran
- Kim Hye-ok sebagai ibu Ji-ho
- Kim Na-young sebagai Oh Ae-rang
- Jung Tae-won sebagai Dong-joon
- Seol Ji-yoon sebagai ibu Dong-joon
- Jang Joon-ho sebagai penyunting
- Kang Soo-han sebagai anak lelaki penyunting
- Jung Ji-ah sebagai Se-ri
- Jung Chi-in
- Min Ah-ryung
- Jeon Sung-hwan
- Yang Hee-kyung
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oh, Jean (2009-05-04). "Single mothers and baseball coming to small screen". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-11-10.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi SBS Two Wives (Korea)
- Two Wives at HanCinema