Tunku Mahkota Ismail | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemangku Sultan Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2024 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2024 [1] | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Mahkota Ibrahim Ismail | ||||||||
Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2010 - kini | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2010 | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Ibrahim Ismail | ||||||||
Raja Muda Johor | |||||||||
Pemerintahan | 30 Jun 2005 – 28 Januari 2010 | ||||||||
Pemasyhuran | 8 April 2006 | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Iskandar | ||||||||
Keputeraan | Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Tunku Ibrahim Ismail 30 Jun 1984 (umur 40 tahun, 5 bulan dan 13 hari) Johor Bahru, Johor | ||||||||
Pasangan | Che’ Puan Mahkota Khaleeda (k. 2014) | ||||||||
Anakanda | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar (Raja Muda Johor) Tunku Abu Bakar Tunku Zahrah Zarith Aziyah | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong Johor Kesultanan Johor | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama samaran | TMJ | ||||||||
Kesetiaan | Sultan Johor | ||||||||
Perkhidmatan | Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Tentera Darat India | ||||||||
Tahun perkhidmatan | 2003 – kini (Khidmat aktif) | ||||||||
Pangkat | Mejar Jeneral (JMF) Kapten (Tentera Darat India) | ||||||||
Unit | 61 Cavalry, Jaipur Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) | ||||||||
Anugerah | Terbaik dalam menunggang kuda (2003–2004) |
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada Johor Bahru, Johor) merupakan Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.
30 Jun 1984 diTunku Ismail merupakan putera sulung kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XVII, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-XVII, Raja Zarith Sofiah. Baginda juda adalah cucunda kepada Sultan Johor era moden yang ke-4 iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail serta cucunda kepada Sultan Perak yang ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.
Tunku Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[2][4] Tunku Ismail kemudian dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010[5] selepas ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. Pada 28 Januari 2024, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor apabila ayahandanya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Pendidikan awal
Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru. Baginda kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di Perth, Australia Barat, sehingga 2002[4] Tunku Ismail ialah anak sulung daripada enam beradik dan tidak mempunyai kelayakan akademik.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya, Almarhum Sultan Johor, dan meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta (Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar).[4] Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010.[6]
Johor Darul Ta'zim FC
Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional. Pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC, kini dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim dan menjadi kelab yang mendominasi Liga Super Malaysia sejak 2014.
Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.
Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.
Perkahwinan dan anakanda
Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail berkahwin dengan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda yang berusia 21 tahun di Istana Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin.[7]
Khaleeda merupakan anak perempuan kepada Encik Bustamam Daud dan Puan Aziyah Abdul Aziz, beliau juga adalah anak bongsu daripada lima orang adik-beradik serta dilahirkan di Kuala Lumpur.[8]
Pasangan diraja ini telah dikurniakan empat orang anakanda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung diberi nama Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017. Anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Julai 2019. Anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang dilahirkan pada 21 April 2021.
Peranan
Pada 2 Disember 2022, Tunku Ismail telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-22 di Dewan Sultan Ibrahim.[9][10]
Pada 13 Disember 2023, Tunku Ismail telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor.[11]
Kontroversi
Insiden Crowne Plaza
Pada awal pagi 24 Oktober 2008, berlaku satu konfrontasi antara ahli keluarga diraja Johor dan Negeri Sembilan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Insiden tersebut bermula apabila sebotol minuman didakwa telah dibaling oleh seorang ahli keluarga diraja Johor kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Muzaffar, seorang putera berusia 36 tahun dari keluarga diraja Negeri Sembilan, dan rakan-rakannya. Kumpulan dari Johor tersebut meninggalkan tempat kejadian tidak lama kemudian, manakala kumpulan Tunku Nadzimuddin meneruskan malam mereka.[12]
Sekitar jam 3 pagi, Tunku Nadzimuddin menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa sebagai ahli keluarga diraja Johor. Pemanggil itu menyatakan bahawa Tunku Ismail ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku sebelum ini dan menjemput Tunku Nadzimuddin ke hotel Crowne Plaza di Jalan Sultan Ismail. Atas rasa hormat, Tunku Nadzimuddin bersetuju dan pergi ke hotel bersama rakan-rakannya.[12]
Setibanya di hotel, Tunku Nadzimuddin dan rakannya, Sham Shuddhuha, seorang peguam berusia 40 tahun, didakwa telah ditarik masuk ke dalam lif oleh pengawal peribadi keluarga diraja Johor. Rakan-rakan mereka yang lain dihalang di lobi. Dalam lif tersebut, mereka bertemu dengan Tunku Ismail yang dikatakan bersenjata api. Tunku Ismail didakwa mula menyerang Tunku Nadzimuddin dengan senjata tersebut sementara pengawal peribadinya menyerang Sham Shuddhuha.[12]
Kedua-dua lelaki tersebut kemudian dibawa ke Bilik 2523, di mana mereka telah dikurung. Hidung Tunku Nadzimuddin patah, manakala Sham Shuddhuha pula pengsan dan kehilangan dua batang gigi. Tunku Nadzimuddin mengambil kesempatan ketika bersendirian dengan menghantar mesej teks kepada ibunya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar, untuk meminta bantuan.[12]
Tunku Dara Naquiah telah menghubungi pihak polis dan bergegas ke hotel bersama abangnya dan empat pegawai polis. Walaupun mereka pada mulanya dihalang oleh pengawal peribadi, mereka berjaya masuk ke bilik tersebut dan membawa Tunku Nadzimuddin ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.[12]
Pada 24 Oktober 2008, Tunku Nadzimuddin membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.[13] Kes ini menarik perhatian kerana melibatkan ahli keluarga diraja dan menimbulkan persoalan mengenai kekebalan undang-undang untuk golongan diraja.[14] Pihak polis memulakan siasatan, dan akhirnya merekodkan kenyataan daripada 41 saksi.[13]
Beberapa bulan selepas insiden tersebut, keluarga diraja Negeri Sembilan menyuarakan kekecewaan terhadap kurangnya perkembangan dalam siasatan. Menjelang September 2009, hampir setahun selepas kejadian, tiada pertuduhan yang dikenakan terhadap Tunku Ismail atau pengawal peribadinya. Peguam Negara, Abdul Gani Patail, menyatakan bahawa kes ini masih dalam siasatan dan beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi, sambil menekankan keperluan untuk berhati-hati dalam hal yang sensitif seperti ini.[13] Namun kes tersebut masih tiada perkembangan sehingga ke hari ini.
Serangan terhadap pemandu e-hailing
Pada 28 Mei 2024, seorang pemandu Grab yang pekak bernama Ong Ing Keong sedang menunggu untuk mengambil penumpang di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila dia didakwa diserang oleh seorang anggota pasukan keselamatan Tunku Ismail.[15] Insiden itu berlaku apabila Ong diminta untuk mengalihkan kenderaannya kerana rombongan diraja sedang meninggalkan lobi hotel. Video dashcam kemudian mendedahkan bahawa seorang lelaki, yang dipercayai seorang pegawai polis yang mengiringi Tunku Ismail, telah menjerit kepada Ong sebelum menumbuk mukanya ketika Ong menurunkan tingkap untuk berkomunikasi.[16]
Selepas kejadian tersebut, Ong mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk kecederaan tisu lembut dan membuat laporan polis di balai polis Brickfields sekitar jam 13:00 pada hari yang sama. Kes itu pada mulanya diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.[15] Walau bagaimanapun, pada sekitar jam 21:59, ketua polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa melaporkan bahawa Ong telah membuat laporan kedua yang menyatakan dia tidak ingin meneruskan kes tersebut, menggambarkan kes tersebut sebagai "salah faham" yang telah diselesaikan secara baik.[17]
Perkembangan ini menimbulkan syak wasangka tentang kemungkinan ada usaha untuk menutup kes ini. Kemudian, Pertubuhan Advokasi dan Kebajikan Pekak Malaysia (DAWN) telah mendedahkan bahawa Ong sebenarnya hanya membuat satu laporan, manakala pihak polis menyediakan tiga laporan tambahan yang ditandatangani oleh Ong tanpa memahami sepenuhnya kandungannya. DAWN juga mendakwa bahawa Ong telah diugut ketika di balai polis untuk menerima pampasan daripada wakil istana atau menghadapi kemungkinan telefon bimbitnya dirampas jika kes ini dibawa ke mahkamah.[18]
Pada 31 Mei, Ong menafikan bahawa dia telah menarik balik laporan polis asal dan menjelaskan situasi yang berkaitan dengan laporan tambahan tersebut. Sementara itu, Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan menggesa siasatan menyeluruh sambil mendakwa terdapat "gerakan" yang cuba mencemarkan imej institusi diraja.[15]
Kes ini mendapat perhatian semula pada 14 Ogos 2024, apabila kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengeluarkan rakaman dashcam insiden tersebut ketika satu sidang akhbar. Peguam LFL mengkritik ketiadaan tindakan terhadap pelaku walaupun terdapat bukti video yang jelas, yang telah berada dalam simpanan pihak polis sejak hari kejadian.[16] Sehingga 17 Ogos 2024, tekanan semakin meningkat terhadap polis dan Peguam Negara untuk mengambil tindakan, dengan pelbagai pihak, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), menyeru agar kes ini dilaksanakan dengan telus dan adil.[19]
Keluarga dan kerabat
Tunku Ismail berkahwin dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan 2 orang puteri dan 2 orang putera.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah |
25 Jun 2016 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 8 tahun, 5 bulan dan 18 hari |
Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim |
14 Oktober 2017 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 7 tahun, 1 bulan dan 29 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim |
17 Julai 2019 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 5 tahun, 4 bulan dan 26 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
21 April 2021 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 3 tahun |
Panggilan, gelaran dan lambang
Gelaran hormat bagi Tunku Mahkota Ismail | |
Gaya panggilan | Duli Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 30 Jun 1984 - 8 April 2006: Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail
- 8 April 2006 - 28 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim Ismail, Raja Muda Johor
- 28 Januari 2010 - 28 Januari 2024: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
- 28 Januari 2024 - kini: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, D.K., S.P.M.J., S.S.I.J., S.M.I.J., S.M.J., P.S.I., Pemangku Sultan Johor
Darjah kebesaran
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati :
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) pada 8 April 2006.
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) pada 8 April 2009.[20]
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga, Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 8 April 2004.
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pada 8 April 2005.
- Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati :
- Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) pada 22 November 2010.
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi :
- Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) pada 30 Mac 2015.[21]
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2015.[20]
- Pingat Sultan Ibrahim (PSI I, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2017.
Rujukan
- ^ (28 Januari 2024). Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim telah berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor bermula hari ini. Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b Johor Ruler's Grandson Appointed Raja Muda, BERNAMA, 8 April 2006.
- ^ Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, 9 April 2006, The Star
- ^ a b c Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, The star online, Star Publications, 9 April 2006.
- ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 Januari 2010
- ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 January 2010.
- ^ Farhaan Shah, Mohd (9 November 2014). "Big crowd at Johor royal wedding". AsiaOne. The Star/Asia News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 10 November 2014.
- ^ Johor crown prince Tunku Ismail marries Khaleeda, Mohd Farhaan Shah, 2014/10/24, The Star Online
- ^ [1], Essa Abu Yamin, 2022/12/2, Harian Metro
- ^ [2], Adnan Ibrahim, 2022/12/3, Utusan Malaysia
- ^ Bernama. (13 December 2022). [3]. Bernama.
- ^ a b c d e RM50 million battle royale Diarkibkan 22 September 2009 di Wayback Machine, Fay Angela D'cruz, 2009/09/18, New Straits Times
- ^ a b c Royal brawl: Negri prince disappointed, but A-G promises action (Update), 17 September 2009, The Star (Malaysia), Archive:https://web.archive.org/web/20180618130045/https://www.thestar.com.my/news/nation/2009/09/17/royal-brawl-negri-prince-disappointed-but-ag-promises-action-update/
- ^ Malaysian princes come to blows, Leslie Lopez, South-east Asia Correspondent, 31 Oktober 2008, The Straits Times, Archive: https://web.archive.org/web/20110610212845/http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=19127
- ^ a b c "'Uncalled for': Johor regent slams efforts linking alleged attack by security officer on deaf driver to royals". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ a b "Dashcam clip of TMJ escort assaulting disabled Grab driver revealed". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-14. Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ "Kes pengiring kerabat: Laporan kedua mangsa kata isu selesai". Malaysiakini. 2024-05-29. Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ "Pressure mounts on police, AG as attacker of deaf Grab driver still not charged". MalaysiaNow (dalam bahasa Inggeris). 2024-08-17. Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ financetwitter (2024-06-02). "Deaf Grab Driver Assaulted By Royal Bodyguard – How Police Cover-Up Will Bring Back Johor Sultanate's 1992 Scandal - FinanceTwitter". FinanceTwitter - Money Finance Economy Business Invest News. Dicapai pada 2024-08-19.
- ^ a b Royal Ark, Johor genealogy details – p.15 – Photo Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
Bacaan lanjut
- Nadarajah, Nesalmar, Johore and the Origins of British Control, 1895–1914, Arenabuku, 2000, ISBN 967-970-318-5
Pautan luar
- Kelahiran 1984
- Orang hidup
- Tunku Mahkota Johor
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Johor Darul Ta'zim F.C.
- Pewaris takhta
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor
- Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia