Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim DK I, SPMJ, SMIJ, DPMJ, PSI, PSI I (Johor) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Tun | |||||||||
Keputeraan | Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail 8 April 1986 Johor Bahru, Johor | ||||||||
Pasangan | YB Dato' Dennis Muhammad Abdullah (k. 2017) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah |
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim (diputerakan pada Johor Bahru, Johor)[1] merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai "Tunku Inah".
8 April 1986 diKehidupan peribadi
Di sebelah ayahandanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom binti Abdullah yang juga merupakan wanita berketurunan Inggeris dari Britain.
Manakala di sebelah bondanya, beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin binti Almarhum Raja Ariff Shah.
Pendidikan
YAM Tunku Tun Aminah menerima pendidikan awal di Tadika Hiltop, Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Convent Johor Bahru. Pada tahun berikutnya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat A-Level di LASALLE College of the Arts di Singapura dan di Australian International School Singapore. Beliau juga berjaya mendapat kelulusan Higher School Certificate. Selain itu, beliau juga mula melakukan aktiviti menunggang kuda sejak berumur 11 tahun serta mewarisi bakat bondanya yang suka melukis.[2]
Penglibatan dalam bidang perniagaan
YAM Tunku Tun Aminah telah mengeluarkan rangkaian set penjagaan kulit iaitu “Luvins The Royal Art of Beauty” yang dibuat khusus bagi setiap wanita tanpa mengira had umur. “Luvins” berasal daripada perkataan “Luv Ina”. Produk ini dicetuskan oleh dirinya sendiri dan sebagai tanda kasih dan sayang kepada para pengguna produk tersebut. Produk ini juga telah dikilangkan di Mum Bio-Cos Manufacturing di Johor Bahru.
Beliau juga telah memainkan peranan sebagai pengarah dan pereka bagi Luvins serta mendapat banyak dorongan daripada kedua-dua ayahanda serta bondanya. Beliau menyatakan bahawa dirinya amat meminati bidang perniagaan kecantikan selain daripada menjadi seorang pereka fesyen. Produk ini juga dipasarkan di spa dan salun selain daripada gedung membeli-belah. Salun rambut dan spa Luvins telah direka untuk dibina di Johor Bahru. Di samping itu, beliau juga ingin mempelbagaikan produk ini kepada barangan solekan, wangian dan syampu.[3][4]
Beliau juga telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Syarikat REDtone pada 3 Mac 2017 yang merupakan pemegang saham utama Syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengetuai organisasi swasta merentasi pelbagai industri. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Berjaya Waterfront Sdn Bhd dan Berjaya Assets Berhad. Beliau juga memegang francais KFC di Stulang Laut, Johor Bahru dan juga merupakan presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (yang lebih dikenali sebagai JDT).
Perkahwinan dan anakanda
YAM Tunku Tun Aminah telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya seorang warganegara Belanda, Yang Berhormat Dato' Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas di Istana Besar, Johor Bahru.[5][6][7]
Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda sulung yang diberi nama Layla Sofiah dilahirkan pada 21 Januari 2020. Pada tahun 2022, beliau dan suami dikurniakan anakanda kedua (nama belum diketahui).
Terasul, gelaran dan darjah kebesaran
Gelaran hormat bagi Tunku Tun Aminah | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
Terasul dan gelaran
- 8 April 1986 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Tunku Ibrahim Ismail
- 23 Januari 2010 - 22 November 2012 : Yang Amat Mulia Tunku Aminah binti Sultan Ibrahim
- 22 November 2012 - Kini : Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
- Jawi: يڠ امت موليا تونکو تون امينه بنت سلطان ابراهيم
Darjah kebesaran
Beliau telah dikurniakan:
- Johor :
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I, 22 November 2012)[8]
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ, 15 Mac 2015) - Datin Paduka
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ, 30 Mac 2015) Datin Paduka[9]
- Dato’ Paduka Mahkota Johor Pangkat Kedua (DPMJ, 11 April 2009) - Datin Paduka
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama, 23 Mac 2015)
- Pingat Sultan Ibrahim Johor Pangkat Pertama (PSI I, 23 Mac 2017)[10]
Suami beliau, Dato' Dennis Muhammad Abdullah telah dikurniakan:
- Johor :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ, 23 Mac 2024) - Dato’[11]
- Dato’ Paduka Mahkota Johor Pangkat Kedua (DPMJ, 23 Mac 2019) – Dato'[12]
Rujukan
- ^ http://hannyliciousss.blogspot.com/2011/11/johor-royal-family.html
- ^ http://syukury.blogspot.com/2011/10/kisah-mawar-merah-kelapan-yang-amat.html
- ^ http://beautifultanjungputeri.blogspot.com/2008/01/tunku-aminah-luvins.html
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_01.htm
- ^ Bernama (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah bakal langsung perkahwinan 14 Ogos ini". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Mohd Sabran Md Sani (16 Julai 2017). "Tunku Tun Aminah nikah 14 Ogos ini". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Zulhisham Isahak (16 Julai 2017). "Perkahwinan Tunku Aminah 14 Ogos ini". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Lima anakanda Sultan Johor terima darjah kebesaran negeri Johor". Sinar Harian. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-04. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ Izlaily Nurul Ain Hussein (23 Mac 2017). "Permaisuri Johor terima SMIJ". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-14. Dicapai pada 8 April 2018.
- ^ "Dato' Dennis Muhammad Abdullah dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Dato'". Harian Metro. 23 Mac 2024.
- ^ "Dennis Muhammad Abdullah, diperkenan menerima Darjah Pangkat Kedua Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Dato'". Berita Harian. 23 Mac 2019.
Pautan luar
- Orang hidup
- Kelahiran 1986
- Kerabat diraja Johor
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor