| Jenis | Persendirian |
|---|---|
| Diasaskan | Februari 2007[1] |
| Ibu pejabat | New York City, United States[2] |
| Perancang utama | David Karp (Pengasas, CEO) |
| Industri | Rangkaian perkhidmatan sosial, microblogging |
| Pekerja | 104 (pada Ogos 2012)[1] |
| Laman web | www |
| Kedudukan Alexa | ▬ 36 (Oktober 2012[kemas kini])[3] |
Tumblr, diolah dalam gaya sebagai tumblr., merupakan platform microblogging dan laman rangkaian sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh Tumblr, Inc. Servisnya membenarkan para pengguna untuk memaparkan multimedia dan kandungan yang lain kepada blog yang pendek. Pengguna juga boleh mengikuti blog kendalian pengguna lain dan juga menjadikan blog mereka berbentuk persendirian.[4][5] Terdapat pelbagai lagi ciri-ciri laman yang boleh dicapai melalui ruang hubung kait "dashboard", di mana pilihan untuk memaparkan kandungan dan kandungan yang dipaparkan oleh pengguna lain yang diikuti tersedia.
Pada 13 Oktober 2012, Tumblr mempunyai lebih daripada 77 juta blog.[2] Menurut comScore, laman ini mencapai 13.4 juta pengunjung dari Amerika Syarikat sahaja pada Julai 2011 (mencapai 218%) dari Julai 2010.[6] Ibu pejabatnya terletak di Midtown Manhattan, Bandar New York.[2]
Sejarah

Tumblr telah dilancarkan pada 27 April 2007 oleh David Karp.[7] Marco Arment memainkan peranan sebagai pembangun utama walaupun beliau telah meninggalkan syarikat ini pada tahun 2010 untuk menumpukan perhatian kepada Instapaper.[8][9][10] Dalam linkungan dua minggu selepas pelancarannya, perkhidmatan ini telah menerima sebanyak 75,000 pengguna.[11]
Dengan pengambilalihan Tumblr pada tahun 2009 daripada Tumblerette, sebuah aplikasi App Store, Apple Inc. yang direka oleh Jeff Rock dan Garrett Ross, perkhidmatan tersebut telah dilancarkan sebagai aplikasi rasmi bagi iPhone.[12][13] Laman ini tersedia pada telefon pintar BlackBerry pada 17 April 2010 melalui aplikasi Mobelux di dalam BlackBerry App World. Pada Jun 2012, Tumblr telah mengeluarkan versi baru untuk aplikasi iOS, Tumblr 3.0 telah menyokong Spotify, imej resolusi tinggi dan akses luar talian.[14]
Pada awal Jun 2012, Tumblr telah memaparkan kempen pengiklanan jenama utama yang pertama terbesar dengan kerjasama Adidas. Adidas telah melancarkan sebuah blog rasmi Tumblr mengenai bola sepak dan membeli penempatan di papan pemuka pengguna. Pelancaran ini adalah hanya dua bulan selepas Tumblr mengumumkan ia akan bergerak ke arah pengiklanan berbayar di laman webnya.[15]
Pada Februari 2024, Automattic mengumumkan bahawa ia akan mula menjual data pengguna dari Tumblr dan WordPress.com kepada Midjourney dan OpenAI. Pengguna Tumblr secara lalai diikut serta, dengan pilihan untuk menarik diri.[16] Pada April 2025, Automattic mengumumkan pemberhentian kerja untuk 16% daripada tenaga kerjanya, mengurangkan sebahagian besar kakitangan Tumblr.[17]
Penggunaan
Pada 20 Ogos 2012, Tumblr telah mempunyai lebih daripada 69.4 juta blog dan lebih daripada 29.8 bilion jumlah paparan kandungan oleh pengguna.[2] Pada September 2011, laman web ini telah menerima lebih daripada 13 bilion pemerhati setiap bulan.[18] Pada Julai 2010, laman web ini menerima 25,000 pengguna baru setiap hari[19] dan pada Julai 2012, 71.6 juta paparan kandungan oleh pengguna telah dicipta pada laman tersebut setiap hari.[1] Sebuah analisis telah dijalankan oleh AddThis telah menyatakan bahawa melalui perkhidmatannya pada tahun 2011, perkongsian saham Tumblr telah meningkat sebanyak 1299.5%.[20] Sehingga Mei 2019, Tumblr telah mengehoskan lebih 465 juta blog dan lebih 172 bilion siaran secara keseluruhan[2] dengan lebih 21 juta siaran dicipta di laman tersebut setiap hari.[1]
Perkhidmatannya ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan segmen remaja dan penuntut di kolej dengan separuh daripada pelawat Tumblr berumur bawah 25 tahun.[21] Pada tahun 2009, Tumblr telah mencapai kadar tahanan sebanyak 85%,[22] jika dibandingkan dengan Twitter sebanyak 40%.[23]
Kewangan
Pembiayaan asal Tumblr datangnya daripada pendapatan Karp sebagai seorang perunding perisian di laman web keibubapaan UrbanBaby. Tumblr telah menambah pembiayaannya daripada Union Square Ventures, Spark Capital, Martín Varsavsky, John Borthwick (Betaworks), Fred Seibert dan Sequoia Capital (di kalangan pelabur-pelabur lain).[24][25] Tumblr telah berkongsi dua pelabur utama bersama Twitter. Presiden dan COO, John Maloney merupakan pengasas UrbanBaby bersama isterinya, Susan Maloney.
Syarikat ini mempunyai penilaian sebanyak $800 juta pada Ogos 2011.[26] Pada September 2011, syarikat ini mencapai $85 juta dalam pusingan pembiayaan yang diketuai oleh Greylock Partners dan Insight Venture Partners.[27]
Pengiktirafan
- Pada Ogos 2009, CEO Tumblr, David Karp telah dinamakan sebagai "Best Young Tech Entrepreneur 2009" oleh BusinessWeek.[24]
- Pada Ogos 2010, Tumblr telah dinamakan sebagai peserta akhir dalam Lead411, New York City Hot 125.[28]
- Selebriti yang menggunakan Tumblr termasuklah Lady Gaga,[29] Zooey Deschanel[29] dan John Mayer.[29] Ramai juga ahli muzik yang terdiri daripada kumpulan muzik menggunakan Tumblr termasuklah Tyler "Telle" Smith daripada The Word Alive dan ahli kumpulan Motionless in White.
- Pada tahun 2011, slogan penyatuan We are the 99% Tumblr[30] digunakan untuk pergerakan Occupy Wall Street.[31]
- Pada 21 Oktober 2011, Tumblr telah menjadi platform pemblogan pertama untuk menganjurkan blog bagi Presiden Obama.[32]
Lihat juga
- Web 2.0
- Kandungan yang dijana oleh pengguna
- Perbandingan perkhidmatan microblogging
- Senarai blog yang terkenal
Rujukan
- ^ a b c d "Press Information". Tumblr. Dicapai pada 18 Julai 2012.
- ^ a b c d e "About Us". Dicapai pada 18 Julai 2012.
- ^ "Tumblr.com Site Info". Alexa Internet. Dicapai pada 2012-08-30.
- ^ Boutin, Paul (2009-03-13). "Tumblr Makes Blogging Blissfully Easy". Gadgetwise Blog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Rosoff, Matt. "These 19 Social Networks Are Bigger Than Google+". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Van Grove, Jennifer (31 Ogos 2011). "Tumblr Tops 13 Million U.S. Uniques in July". Mashable. Dicapai pada 24 Disember 2011.
- ^ Karp, David (27 April 2007). "I'm SO thrilled with the Tumblr launch. Time to get dinner!". David's Log. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 18 April 2012.
- ^ Kushner, David. "David Karp is the Barely Legal Blogfather". Dicapai pada 2009-04-13.
- ^ "Would You Take a Tumblr With This Man?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ "Marco Arment Leaves Tumblr To Work On Instapaper". TechCrunch. 2010-09-21. Dicapai pada 2010-12-14.
- ^ Ingram, Mathew (25 Ogos 2010). "Google VC, Tumblr CEO Among the Top Innovators Under 35". GigaOM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 6 Januari 2012.
- ^ Van Grove, Jennifer (2009-02-25). "Tumblr Rebrands Tumblerette and Releases Free iPhone App". Dicapai pada 2011-03-22.
- ^ "Tumblerette is now the official Tumblr iPhone App! (and it's free!)". Tumblr. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Perez, Sarah (21 Jun 2012). "Better, Stronger, Faster: Tumblr 3.0 For iPhone Has Arrived". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 18 Julai 2012.
- ^ "Tumblr Unveils First Major Brand Campaign for Adidas". adage.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Cole ·, Samantha (2024-02-27). "Tumblr and WordPress to Sell Users' Data to Train AI Tools". 404 Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ "Restructuring Announcement". Automattic (dalam bahasa Inggeris). 2025-04-02. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Ludwig, Sean (2011-09-26). "Tumblr grabs another $85M in fresh funding". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Siegler, M. G. (2010-07-19). "Tumblr Is On Fire. Now Over 6 Million Users, 1.5 Billion Pageviews A Month". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ "AddThis: Facebook Makes Up 52% of Sharing on the Web". adage.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ comScore. "Tumblr Defies its Name as User Growth Accelerates (comScore Voices)". blog.comscore.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Dannen, Chris. "What the Hell is Tumblr? And other Worthwhile Questions". Dicapai pada 2009-06-25.
- ^ "Many Twitters are quick quitters: study". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2009-04-29. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ a b "Best Young Tech Entrepreneurs 2009: Tumblr - BusinessWeek". Businessweek.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-01. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Ha, Anthony (2010-11-12). "Tumblr Video Downloader". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Ludwig, Sean (2011-08-26). "Tumblr on verge of raising up to $100M with massive $800M valuation". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ Ludwig, Sean (2011-09-26). "Tumblr grabs another $85M in fresh funding". VentureBeat (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 2025-08-16.
- ^ "New York City Hot 125". Lead411.com. Dicapai pada 24 Disember 2011.
- ^ a b c Hickman, Angela (9 Ogos 2011). "The Top 10 celebrities on Tumblr". National Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 6 Januari 2012.
- ^ "Behind the Occupy Wall Street slogan 'We Are the 99%'". The Washington Independent. 29 September 2011. Dicapai pada 24 Disember 2011.
- ^ Kain, E.D. (12 Oktober 2011). "Outside of Wonkland, 'We are the 99%' Is a Pretty Good Slogan". Forbes. Dicapai pada 24 Disember 2011.
- ^ Bilton, Nick (24 Oktober 2011). "Obama Campaign Experiments With Tumblr for '12". New York Times.








