Tukang | |
---|---|
Lyncornis macrotis | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Klad: | Strisores |
Order: | Caprimulgiformes Ridgway, 1881 |
Keluarga: | Caprimulgidae Vigors, 1825 |
Subkeluarga | |
| |
Julat global burung tukang |
Tukang ialah burung nokturnal atau krepuskul bersaiz sederhana dalam keluarga Caprimulgidae dan order Caprimulgiformes, dicirikan oleh sayap panjang, kaki pendek, dan paruh yang sangat pendek. Sumber makanan utamanya ialah serangga.[1] Beberapa spesies Dunia Baharu dipanggil sintang.
Tukang ditemui di seluruh dunia, kecuali Antartika dan kepulauan tertentu seperti Seychelles. Ia boleh ditemui dalam pelbagai habitat, selalunya di kawasan terbuka dengan beberapa tumbuh-tumbuhan. Ia biasanya bersarang di atas tanah, dengan tabiat berehat dan bertengger di jalan raya.
Subkeluarga tukang berkongsi ciri-ciri yang serupa, termasuklah kaki kecil yang kurang digunakan untuk berjalan dan sayap runcing yang panjang. Namun, tukang sungguh mempunyai bulu kejur, paruh yang lebih panjang, dan buluan yang lebih lembut. Warna buluannya dan tabiat bertengger luar biasanya membantu menyembunyikan diri pada siang hari.
Sistematik
[sunting | sunting sumber]Caprimulgiformes
[sunting | sunting sumber]Sebelum ini, semua ahli order Apodiformes, Aegotheliformes, Nyctibiiformes, Podargiformes, dan Steatornithiformes telah disatukan bersama tukang dalam Caprimulgiformes. Pada tahun 2021, Kongres Ornitologi Antarabangsa melangtakrifkan Caprimulgiformes sebagai hanya terpakai untuk tukang, dengan malas, segan, minyak, dan hantukang semuanya dilangkelaskan ke dalam ordernya tersendiri.[2] Lihat Strisores untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertikaian mengenai taksonomi Caprimulgiformes. Pencerakinan filogenetik mendapati bahawa keluarga Archaeotrogonidae yang telah pupus, yang dikenali dari Eosen dan Oligosen Eropah, ialah saudara terdekat tukang yang diketahui setakat ini.[3]
Caprimulgidae
[sunting | sunting sumber]Tradisinya, tukang telah dibahagikan kepada dua subkeluarga - Caprimulginae, atau tukang sungguh, dengan 79 spesies yang diketahui, dan Chordeilinae, atau sintang, dengan 10 spesies yang diketahui. Kumpulan-kumpulan tersebut serupa dari kebanyakan segi, tetapi tukang sungguh mempunyai bulu kejur, paruh yang lebih panjang, dan buluan yang lebih lembut. Buluan lembutnya berwarna samar menyerupai kulit kayu atau daun, dan sesetengah spesies, luar biasa untuk burung, hinggap di sepanjang dahan dan bukannya di melintangnya, membantunya menyembunyikan diri pada siang hari. Subkeluarga tukang mempunyai ciri-ciri yang serupa, termasuklah kaki kecil, yang kurang digunakan untuk berjalan, dan sayap runcing yang panjang.
Dalam kajian penghibridan DNA-DNA perintisnya, Sibley dan Ahlquist mendapati bahawa perbezaan genetik antara taptibau dan tukang sungguh adalah, sebenarnya, lebih besar berbanding perbezaan antara tukang sungguh dan sintang. Sehubungan itu, taptibau disusunkan dalam keluarga tersendiri, Eurostopodidae (9 spesies diketahui), tetapi keluarga tersebut belum diangkat meluas.
Kajian-kajian berikutnya, kedua-dua morfologi dan genetik, telah memberikan sokongan untuk pemisahan tukang sungguh dan taptibau, dan beberapa pihak berkuasa telah menerimapakai cadangan Sibley-Ahlquist tersebut, dan juga yang lebih meluas untuk mengelompokkan semua burung hantu (tradisionalnya Strigiformes) bersama-sama dalam Caprimulgiformes. Penyenaraian di bawah mengekalkan susunan yang lebih ortodoks, tetapi mengiktiraf taptibau sebagai kumpulan yang berasingan. Untuk butiran lanjut dan skema pengelasan silihan, lihat Caprimulgiformes dan taksonomi Sibley-Ahlquist.
|
- † Ventivorus Mourer-Chauviré 1988
- Subkeluarga Eurostopodinae[5] (taptibau)
- Genus Eurostopodus (7 spesies)
- Genus Lyncornis (2 spesies)
- Subkeluarga Caprimulginae (tukang sungguh)
- Genus Gactornis – (1 spesies)
- Genus Nyctipolus – (2 spesies)
- Genus Nyctidromus – (2 spesies)
- Genus Hydropsalis – (4 spesies)
- Genus Siphonorhis – (2 spesies)
- Genus Nyctiphrynus – (4 spesies)
- Genus Phalaenoptilus – (1 spesies)
- Genus Antrostomus – (12 spesies)
- Genus Caprimulgus – (37 spesies)
- Genus Setopagis – (4 spesies)
- Genus Uropsalis – (2 spesies)
- Genus Macropsalis – (1 spesies)
- Genus Eleothreptus – (2 spesies)
- Genus Systellura – (2 spesies)
- Genus Veles – (1 spesies)
- Subkeluarga Chordeilinae (sintang)
- Genus Chordeiles (6 spesies)
- Genus Nyctiprogne (2 spesies)
- Genus Lurocalis (2 spesies)
Lihat juga senarai tukang yang diisih mengikut nama lazim dan binomial.
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Tukang mendiami semua benua selain Antartika, serta beberapa kepulauan seperti Madagascar, Seychelles, Kaledonia Baharu, dan kepulauan Karibia.[6] Ia tidak diketahui tinggal di kawasan gurun yang sangat gersang. Tukang boleh menduduki semua ketinggian dari paras laut hingga 4,200 m (13,800 ka), dan beberapa spesies ialah pakar pergunungan. Tukang menduduki pelbagai habitat, dari gurun hinggalah ke hutan hujan tetapi paling biasanya di kawasan terbuka dengan beberapa tumbuh-tumbuhan.[6] Sintang berjulat di Dunia Baharu, dan taptibau berjulat di Asia dan Australia.[6]
Sebilangan spesies melakukan penghijrahan, walaupun sifat berahsia keluarga tersebut mungkin menyumbang kepada pemahaman yang tidak lengkap tentang tabiat penghijrahannya. Spesies yang tinggal di utara jauh, seperti tukang Eropah, berhijrah ke selatan dengan bermulanya musim sejuk. Penempatbumi yang dipasangkan pada tukang Eropah di selatan England mendapati ia bermusim sejuk di selatan Republik Demokratik Kongo.[7] Spesies lain membuat penghijrahan yang lebih singkat.[6]
Pemuliharaan dan status
[sunting | sunting sumber]Sesetengah spesies tukang diancam kepupusan. Kematian di jalan raya spesies tersebut oleh kereta dianggap sebagai punca utama kematian bagi kebanyakan ahli keluarga tersebut kerana tabiatnya yang suka berehat dan bertengger di jalan raya.[8]
Ia juga biasanya bersarang di atas tanah, meletakkan satu atau dua biji telur bercorak terus ke tanah kosong. Tukang mungkin memindahkan telur dan anaknya dari tempat bersarang sekiranya berlaku kebahayaan dengan membawanya ke dalam mulutnya. Cadangan tersebut telah diulang berkali-kali dalam buku ornitologi, tetapi tinjauan penyelidikan tukang menemui bukti yang sangat sedikit untuk menyokong gagasan tersebut.[9][10]
Kegiatan membangunkan strategi pemuliharaan untuk sesetengah spesies memberikan cabaran tertentu kerana saintis tidak mempunyai data yang mencukupi untuk menentukan samada sesuatu spesies itu terancam atau tidak kerana kesukaran untuk mengesan, mengenalpasti dan/atau mengkategorikan bilangan terhadnya, contoh yang baik ialah Caprimulgus centralasicus di wilayah Xinjiang barat daya China (hanya diketahui melalui satu pertemuan sahaja). Tinjauan pada 1970-an dan 1990-an gagal menemui spesies tersebut,[11] membayangkan bahawa spesies tersebut telah pupus, terancam, atau hanya ditemui di beberapa kawasan kecil.
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ U. S. An Index to the United States of America: Historical, Geographical and Political. A Handbook of Reference Combining the "curious" in U. S. History. Boston, MA: D. Lothrop Company. 1890. m/s. 77.
- ^ "Taxonomic Updates – IOC World Bird List" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-29.
- ^ Mayr, Gerald (2021-07-18). Lautenschlager, Stephan (penyunting). "An early Eocene fossil from the British London Clay elucidates the evolutionary history of the enigmatic Archaeotrogonidae (Aves, Strisores)". Papers in Palaeontology (dalam bahasa Inggeris). 7 (4): 2049–2064. doi:10.1002/spp2.1392. ISSN 2056-2799.
- ^ Boyd, John (2007). "Caprimulgidae: Nightjars, Nighthawks" (PDF). John Boyd's website. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ "Comparison of IOC 8.1 with other world lists". IOC World Bird List. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ a b c d Cleere, N. (2017). del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Sargatal, Jordi; Christie, David A.; de Juana, Eduardo (penyunting). "Nightjars (Caprimulgidae)". Handbook of the Birds of the World Alive. Barcelona, Spain: Lynx Edicions. doi:10.2173/bow.caprim2.01. Dicapai pada 1 July 2017.
- ^ Cresswell, Brian; Edwards, Darren (February 2013). "Geolocators reveal wintering areas of European Nightjar (Caprimulgus europaeus)". Bird Study. 60 (1): 77–86. doi:10.1080/00063657.2012.748714.
- ^ Jackson, H.D.; Slotow, R. (10 July 2015). "A review of Afrotropical nightjar mortality, mainly road kills". Ostrich. 73 (3–4): 147–161. doi:10.1080/00306525.2002.11446745.
- ^ Jackson, H.D. (2007). "A review of the evidence for the translocation of eggs and young by nightjars (Caprimulgidae)". Ostrich: Journal of African Ornithology. 78 (3): 561–572. doi:10.2989/OSTRICH.2007.78.3.2.313.
- ^ Jackson, H.D. (1985). "Commentary and Observations on the Alleged Transportation of Eggs and Young by Caprimulgids" (PDF). Wilson Bulletin. 97 (3): 381–385.
- ^ Handbook of the Birds of the World, Volume 5, Birdlife International/Lynx Edicions, 1999