Tugu Branting merupakan sebuah monumen di Stockholm, Sweden memperingati pemimpin Hjalmar Branting (1860 – 1925), pengasas Parti Demokrat Sosial Sweden serta juga merangkumi Perdana Menteri negara tersebut ke-16. Ketinggian tugu ini adalah 5 meter dengan keluasan tapak sebanyak 6 meter.
Tugu gangsa ukiran Carl Eldh ini terletak di sebuah taman kecil di Norra Bantorget, Stockholm, yang merupakan kawasan Demokrat Sosial. Eldh telah memulakan kerja menyiapkan tugu ini pada tahun 1926, setahun selepas kematian Branting, namun hanya dibangunkan pada 1952. Tugu ini menunjukkan Branding sedang berucap di hadapan golongan pekerja semasa demonstrasi 1 Mei. Turut kelihatan beberapa perintis gerakan pekerja seperti Axel Danielsson dan August Palm.
Pada 17 Mei 1992, sebahagian daripada tugu ini telah rosak apabila sebuah bom kecil meletup. Ini merupakan yang keempat dari lima siri pengeboman patung di Stockholm yang bermula pada 25 Februari sehingga 8 Jun 1992. Sekumpulan remaja yang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang perempuan telah ditahan semunggu kemudian atas kesalahan vandalisme dan tiada motif politik dilaporkan memandangkan tiada tugu politik lain yang terlibat selain tugu ini.
Tugu Branding telah dibaikpulih dua tahun kemudia oleh sebuah syarikat tempatan, Herman Bergmans konstgjuteri AB. Kos baikpulih dianggarkan berjumlah 320,000 Krona Sweden yang dikongsi bersama beberapa pihak.
Nota
Berkenaan pengeboman:
- Barbro Dillworth & Fredrik Nejman, "Vem är trött på statyerna?", Expressen, 18 May 1992.
- Anon., "Sprängde staty 'mest på skoj'" Dagens Nyheter, 17 July 1992.
- "Åter till brottsplatsen. Sju unga statysprängare riskerar långa straff", Dagens Nyheter, 18 July 1992.