Trivia (Jawi: تريۏيا ; Sebutan bahasa Melayu: [tri.via]) ialah maklumat, fakta atau data yang kurang penting atau bernilai,[1] tetapi menarik tentang subjek tertentu, terutamanya digunakan dalam suatu permainan ataupun kuiz.[2] Ia dapat dibandingkan dengan pengetahuan am dan akal.
Orang Rom Kuno telah menggunakan "triviae" yang digunakan untuk menggambarkan di mana satu jalan berpecah atau bercabang menjadi dua jalan. Perkataan tersebut terbentuk daripada "tri" (tiga) dan "viae" (jalan); secara harfiah bermaksud "tiga jalan" dan dalam pemindahan digunakan "tempat awam" dan dengan itu makna "perkara biasa".[3]
Rujukan
- ^ Knowles, Elizabeth, penyunting (2006). The Oxford Dictionary of Phrase and Fable. Oxford University Press, United Kingdom. m/s. 175. ISBN 978-0-19-157856-4.
- ^ Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. ISBN 978-983-62-8339-9. Dicapai pada 15 Mac 2020.
- ^ Douglas Harper. "trivial". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 20 Ogos 2015.