Triad Thebes ialah tiga dewa Mesir purba yang paling popular di kawasan Thebes, Mesir.
Tiga dewa
Kumpulan dewa ini terdiri daripada Amun, permaisurinya Mut dan anak lelaki mereka Khonsu.[1][2]
Tiga dewa ini menjadi disukai ramai dalam dinasti ke-18 dan ke-25. Di Kompleks Kuil Karnak yang besar, dewa-dewa ini merupakan dewa pujaan utama. Kuil dan keramat lain untuk mereka juga wujud di seluruh Mesir, seperti yang di Deir el-Hagar, berhampiran dengan Oasis Dakhlah.[3] Amenhotep I, firaun yang bina Karnak, sering digambarkan bersama-sama dewa-dewa ini.
Rujukan
- ^ Wilkinson, John Gardner (2013). Modern Egypt and Thebes (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 282. ISBN 978-1-108-06510-8. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ "Amun and Amun-Re." In The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt. Ed. Vincent Arieh Tobin. Oxford Biblical Studies Online. 05-Nov-2020. http://www.oxfordbiblicalstudies.com/article/opr/t176/e0040.
- ^ "Roman emperors". www.ucl.ac.uk. 2002. Dicapai pada 10 December 2019.