Travian | |
---|---|
Pembangun | Travian Games GmbH |
Enjin | PHP |
Platform | Interpreted script; platform independent |
Pelepasan | 2004 |
Genre | Real-Time Strategy |
Travian merupakan permainan berasaskan pelayar web Jerman yang dikembangkan oleh Travian Games GmbH[2] yang sebahagian besar berkait dengan permainan sebelumnya yang berjudul Tribal Wars. Pada tahun 2006, permainan ini mendapat peringkat satu dalam "permainan browser-based terbaik dengan lebih dari 10,000 pemain".
Permainan
Setiap pemain perlu memulakan permainan sebagai ketua sebuah kampung kecil sama ada puak Rom, Teuton atau Gallia. Setiap kampung hanya mempunyai dua penduduk. Kampung tersebut pada awalnya mempunyai satu bangunan utama, dikelilingi oleh ruangan pembinaan bangunan dan mempunyai 18 tapak sumber iaitu sumber: kayu, tanah liat, besi dan tanaman yang dapat dinaiktaraf sehingga tahap tertentu (bergantung versi pelayan).
Tentera dapat ditubuhkan jika telah mempunyai berek dan titik perhimpunan. Dan juga anda dapat melatih pasukan berkuda (kalvari) apabila anda telah memiliki kandang kuda dan telah meyelidiki pasukan tersebut. Tentera lain juga akan tersedia jika anda sudah meyelidikinya terlebih dahulu di dalam akademi.
Akhir permainan
Pelayan akan bermula kembali ketika pembangunan Keajaiban Dunia (Wonder of World) mencapai tahap 100. Keajaiban Dunia memerlukan artifak dan hanya dapat dibangun di kampung puak Natar. Setiap pemain harus menguasai kampung milik puak Natar dan harus mempertahankannya dari serangan puak Natar dan pemain-pemain lain. Natar merupakan suku yang dimainkan oleh NPC dan hanya muncul setelah 300 hari setelah server normal bermula manakala untuk server speed(3x) hanya memerlukan 100 hari setelah server bermula.
Nama Puak
Travian mempunyai 3 Puak yang dapat dimainkan oleh semua orang dan mempunyai 1 Puak yang hanya dapat dimainkan oleh NPC iaitu Natars.
. Setiap suku memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Roman
Roman merupakan salah satu puak yang sangat maju dan ahli dalam pembangunan, Roman mempunyai keistimewaan dan kekurangan seperti berikut:
- Agak sukar dimainkan pada permulaan permainan tetapi yang mempunyai purata yang agak stabil.
- Bonus bertahan tertinggi-bonus dari Tembok Bandar
- Pedagang dapat membawa sumber sebanyak 500 unit (kepantasan: 16 petak/jam).
- Palung Kuda, bangunan yang mengurangkan kos senggaraan makanan pasukan kalvari.
- Infantri sangat kuat, pasukan berkuda sederhana.
- Palung kuda yang setiap level akan menurunkan waktu pelatihan sebanyak 1%.
(hanya ada di versi 3.5. Saat ini versi yang sering digunakan 3.1)
Kekurangan:
- Kos mahal dan memakan waktu yang agak lama.
- Tembok Bandar sangat mudah untuk dihancurkan.
Kesimpulan
Roman adalah puak yang terbaik kepada pemain yang mempunyai pengalaman dan suka menggunakan strategi kerana askar infantri Roman adalah yang terkuat di dalam Travian selain Natar
Gaul
Gaul merupakan puak yang aman di Travian, Gaul merupakan pasukan terpantas (kebanyakannya 6 petak perjam). Gaul adalah puak yang terbaik untuk pertahanan. Puak Gaul adalah puak yang terbaik untuk pemain baru di Travian. Keistimewaan dan kekurangan puak Gaul adalah seperti berikut:
- Bonus terpantas: Puak terpantas dalam Travian.
- Pertahanan Sederhana-bonus kerana pagar kayu
- Pedagang boleh membawa 750 unit sumber (kepantasan: 24 petak/jam)
- Adanya bangunan Perangkap untuk memerangkap unit musuh
Kekurangan:
- Senjata berat mahal
- Kekuatan askar: Sederhana
- Kekuatan infantri dan askar berkuda-sederhana
Puak Gaul adalah yang terbaik kepada pemain baru yang ingin memainkan strategi agresif dan pertahanan
Teuton
Teuton merupakan puak yang selalu merompak, Teuton hebat dalam menyerang tetapi pertahanan Teuton sangat lemah, sehingga pasukan Teuton mudah dikalahkan. Puak Teuton sesuai untuk pemain yang berpengalaman dan agresif. Keistimewaan dan kekurangan adalah seperti berikut:
- Bonus rampasan: Gua musuh hanya dapat menyembunyikan 2/3 dari kemampuannya.
- Tembok Tanah hampir tidak dapat dihancurkan, tetapi hanya memberikan bonus bertahan minimal.
- Pedagang dapat membawa 1000 unit sumber (kepantasan: 12 petak/jam)
- Latihan pasukan yang sangat murah dan cepat.
- Adanya Kedai Bir dapat meningkatkan bonus penyerangan 1% per tahap selama perayaan berlangsung.(hanya ada di versi 3.5)
Kelemahan puak Teuton seperti berikut:
- Pertahanan lemah
- Pergerakan pasukan lambat
- Senjata berat ( Tarbil dan Pelantak ) tidak sekuat Rom dan Gaul
- Kekuatan askar - lemah
Kesimpulan
Puak Teuton tidak sesuai bagi pemain yang baru, tetapi adalah yang terbaik bagi pemain yang penuh dengan pengalaman kerana puak Teuton adalah puak perompak yang terbaik!
Pasukan
Roman
- Askar Legion
- Pengawal Pertahanan
- Askar Empayar
Kalvari(Pasukan Berkuda)
- Kesatria Diplomatik
- Kesatria Empayar
- Kesatria Jeneral
Senjata Berat (seperti Pelantak atau Tarbil)
- Kereta Pelantak
- Tarbil Api
Lain-lain
- Senator (semakin kerap Senator berucap di depan rakyat kampung lain semakin besar peluang anda memiliki kampung tersebut)
- Peneroka( tugas peneroka mengasaskan kampung baru dengan menghantarnya ke lembah terbiar tanpa pemilik.
Gaul
Infantri
- Falanks
- Askar Pedang
Kalvari
- Penjelajah
- Penunggan Halilintar
- Penunggang Druid
- Haeduan
Senjata Berat
- Pelantak
- Tarbil
- Pemimpin (tugasnya sama dengan Senator)
- Peneroka
Teuton
Infantri
- Askar Belantan
- Askar Lembing
- Askar Kapak
- Peninjau
Kalvari
- Kesatria Paladin
- Kesatria Teutonik
Senjata Berat
- Pelantak
- Tarbil
- Penghulu (Tugasnya sama dengan Pemimpin)
- Peneroka
Oasis
Oasis merupakan tempat yang digunakan untuk menambah sumber sebanyak 25% sehingga 50%. Untuk menguasai oasis, memerlukan seorang kesatria dan peneroka tahap 10 untuk mendapat 1 oasis, tahap 15 untuk 2 oasis .
Perbezaan antara pelayan
Server Speed, klasik (Travian 2.5) dan normal memiliki perbezaan. Berikut adalah info perbezaan antara pelayan.
Server Speed
- Waktu permainan ditingkatkan menjadi 3 kali lebih cepat (kecuali faktor-faktor tertentu, untuk ini waktu diberi 3 kali).
Pelayan Klasik
- Tidak ada oasis dan kesatria
- Tidak ada perangkap
- Perlindungan untuk pemain baru lebih lama
- Sumber dapat tingkatkan sehingga tahap 12 untuk ibukota, dan kampung lain hingga level 10.
Pelayan normal
- Sumber dapat ditingkatkan sehingga tahap 25 untuk ibukota, dan kampung lain hingga level 10.
Rujukan
- ^ (Inggeris)Forum Travian Server Internasional
Hanya akan dipakai pada server yang akan dibuka atau direstart saat Maret 2009 - ^ Das Spiel Travian