Kumpulan Tragedy ditubuhkan pada era 1980-an. Kumpulan ini juga merupakan asal-usul dari kumpulan XPDC. Kumpulan ini dianggotai oleh Mael(vokal), Izo (gitar), Man Tobey (bes) dan Yazid (dram). Mereka bergiat aktif dalam rakaman album terbitan JS Kevin, Darjah Satu yang bermula sejak 1988 tetapi mereka hanya menyiapkan dalam 50% sahaja kerana berlakunya pengunduran Man Tobey dan Yazid. Posisi mereka berdua digantikan oleh Zuar dan Lee Space.
Anggota Asal
- Mael - penyanyi utama (telah meninggal dunia)
- Izo - gitar utama
- Man Tobey - gitar bass (telah meninggal dunia)
- Yazid - drum








