Datuk Seri Tra Zehnder adalah tokoh politik veteran Sarawak yang juga wanita pertama menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (1960-1963). Tra Zehnder merupakan wanita pertama dilantik sebagai Iban Temenggong, satu jawatan ketua kaum tempatan negeri, bagi Bahagian Kuching (Julai 1988 - Februari 1996).
Politik
Beliau merupakan pengasas kepada persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), sebuah perkumpulan wanita Dayak negeri yang masih aktif dan berpengaruh sehingga kini.Beliau menjadi setiausaha kehormat SIDS pada 1960 sebelum dilantik menjadi presiden (1964-1966).
Pada tahun 1962, mendiang mewakili Sarawak Dayak National Union (SDNU) dalam mesyuarat pembentukan Suruhanjaya Cobbold dan juga wanita pertama menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (1996-2002).
Jasanya terhadap masyarakat Dayak ialah menjadikan sambutan Gawai Dayak sebagai sambutan peringkat nasional dan majlis rasmi kerajaan. Tarikh 1 Jun setiap tahun dijadikan hari sambutan perayaan Gawai Dayak sebagai pengiktirafan kepada masyarakat kaum Dayak yang terdapat di Sarawak dan sehingga kini diraikan setiap tahun pada 1 dan 2Jun.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyataan bahawa jasa Tra Zehnder besar dalam pembangunan Sarawak terutama sekali pembangunan sosio ekonomi wanita dan patut dijadikan contoh kepada wanita zaman sekarang. [1]
Meninggal dunia
Pada 23 Julai 2011, Datuk Seri Tra Zehnder meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching,Sarawak pada usia 84 tahun kerana sakit tua.