Syarikat induk | Macmillan |
---|---|
Diasaskan pada | 1980 |
Pengasas | Tom Doherty |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Lokasi ibu pejabat | Flatiron Building, New York City |
Pengedaran | Macmillan (US) Melia Publishing Services (UK) |
Orang utama | Tom Doherty |
Jenis penerbitan | Buku, E-buku |
Imprin | Forge, Starscape, Tor Teen, Orb, Tor.com |
Laman web rasmi | us |
Tor Books ialah nama perniagaan utama Tom Doherty Associates yang merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpusat di Bandar New York. Kumpulan ini menerbitkan buku fiksyen sains dan fantasi, serta menerbitkan majalah fiksyen sains atas talian di Tor.com.
Tor diasaskan Tom Doherty pada tahun 1980. Tor ialah nama perniagaan utama Tom Doherty Associates.[1] Penulis-penulis yang terlibat bawah Tor termasuk Kevin J. Anderson, Steven Burst, Orson Scott Card, Brian Herbert dan lain-lain. Tor menerbitkan berbagai-bagai hasil kerjanya sebagai e-buku, dan pada tahun 2012, Tom mengumumkan bahawa perniagaannya hanya akan menjual e-buku tanpa pengurusan hak digital (DRM) pada Julai tahun itu. Tor menang dalam pertandingan Majalah Locus bagi kategori penerbit fiksyen sains yang paling baik selama 29 tahun berturut-turut dari 1998 hingga 2016.
Rujukan
- ^ "About Tor UK – A Blog from the Tor UK Team and Authors". Tor UK. Pan Macmillan. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 24, 2017.
Pautan luar
- Official website (US)
- Official website (UK)
- Official website (German)
- Tor.com community site
- Tor Online community site (German)
- Tor Books profile at Reason, December 2008