Tomica Hero: Rescue Force | |
---|---|
Genre | Tokusatsu |
Pencipta | Takara Tomy |
Ditulis oleh | Shinichi Inotsume Hiroyuki Kawasaki Ryota Sakamaki Yoichiro Ohashi Reiko Yoshida Takashi Yamada Nobusuke Onishi Takuya Masumoto Mitsutaka Hirota |
Pengarah | Masato Tsujino Shorei Noma Toshinori Daidoji Hideki Oka Akira Iwamoto Junpei Shiokawa |
Dibintangi oleh | Kenta Izuka Seigo Noguchi (Flame) Haruno Emi Hasegawa Hiroaki Iwanaga Yu Hayami Keiichi Wada |
Pencerita suara latar | Bunkō Ogata |
Lagu pembukaan | "STORY" oleh camino "THE LIFE" oleh camino |
Lagu penutup | "Moving Heart" oleh TRIPLANE "Thank You" oleh Yusaku Kiyama "Cheerful" oleh 2BACKKA |
Penggubah | Kei Wakakusa |
Negara asal | Jepun |
Bilangan episod | 51 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 22 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Aichi, TV Tokyo |
Format gambar | 720p (HDTV) |
Siaran asal | 5 April 2008 – 28 Mac 2009 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Tomica Hero: Rescue Fire |
Pautan luar | |
Laman sesawang | |
Tapak sesawang penerbitan |
Tomica Hero: Rescue Force (トミカヒーロー レスキューフォース , Tomika Hīrō Resukyū Fōsu) ialah sebuah siri TV tokusatsu Jepun yang diterbitkan oleh TV Aichi. Wira-wira Rescue Force berbeza dari kebanyakan wira tokusatsu lain kerana lebih menitikberatkan kerja menyelamat orang awam di samping membasmi kejahatan. Inilah siri Tomica Hero pertama yang berasaskan keluaran kereta mainan Tomica oleh syarikat Takara Tomy, dan juga siri tokusatsu kedua yang melibatkan Takara Tomy selepas Madan Senki Ryukendo. Rescue Force diarah oleh Masato Tsujino, dan ditulis oleh Shinichi Inotsume dan Hiroyuki Kawasaki, kumpulan sama yang pernah mengarang Ryukendo.[1]
Watak
UFDA / Rescue Force
Rescue Force generasi kedua ialah sebuah pasukan tindakan malapetaka dalam UFDA (United Fire-Defense Agency). Rescue Force mewarisi tanggungjawab dari pasukan Hyper Rescue terdahulu untuk melindungi nyawa orang ramai dari pelbagai bencana yang keterlaluan bagi pasukan penyelamat biasa. Pasukan ini biasanya berpangkalan di Rescure Phoenix di bandar Tateishi. Apabila satelit Rescue Eye mengesan malapetaka, Rescue Phoenix bertukar bentuk dari Fortress Mode (pegun) kepada Flight Mode (terbang) untuk membawa pasukan Rescue Force dan kenderaan Rescue Vehicles yang paling sesuai ke kawasan bencana. Setiap ahli Rescue Force berbaju perisai jingga serta satu warna lain yang berlainan untuk setiap ahli.
- Hikaru Todoroki (轟 輝 ) / R1 (lakonan Kenta Izuka)
Hikaru ialah ahli terbaru pasukan Rescure Force, setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam operasi kenderaan kecemasan di akademi penyelamat. Cita-cita untuk menyertai Rescue Force sejak kecil lagi melahirkan keghairahan dalam dirinya. Di episod-episod selanjutnya, Hikaru menemui projek yang gagal dijayakan oleh R1 terdahulu dan mencapai bentuk baru iaitu R1 Max.
- Warna:
- Kenderaan: Rescue Striker, Core Striker
- Peralatan: Rescue Commander, Max Commander (R1 Max), Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher, Max Divider, Rescue Zamber
- Kyōsuke Jinrai (陣雷 響助 ) / R2 (lakonan Seigo Noguchi)
Sungguhpun kelihatan periang dan selekeh, namun Kyosuke sentiasa sanggup berkorban demi menyiapkan tugas pasukan.
- Warna:
- Kenderaan: Rescue Saver, Rescue Diver, Core Saver
- Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
- Rei Kōzuki (香月 レイ ) / R3 (lakonan Haruno)
Rei yang bersifat tenang ini mahir dalam seni bela diri, tetapi geli akan haiwan kecil.
- Warna:
- Knederaan: Core Search
- Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
- Juri Shiraki (白木 寿里 ) / R4 (lakonan Emi Hasegawa)
Juri yang berhati murni mengkhusus sebagai ahli perubatan pasukan.
- Warna:
- Kenderaan: Core Aider
- Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
- Eiji Ishiguro (石黒 鋭二 ) / R5 (lakonan Hiroaki Iwanaga)
Ketua pasukan Rescue Force.
- Warna:
- Kenderaan: Zero Fire, Core Striker Captain
- Peralatan: Rescue Card
- Natsuno Nambu (南部 奈津乃 )/RU (lakonan Yu Hayami)
Ketua Kapten UFDA, digelar "Nancy" oleh kawan-kawannya.
Neo Thera
Neo Thera ialah kumpulan kejahatan yang diasaskan oleh Daen untuk menimbulkan malapetaka besar dengan peranti Crisis Marker, dengan tujuan "membetulkan semula" bumi. Pertubuhan ini terdiri daripada seorang ketua tertinggi (Daen, kemudiannya Maen / Batsu), tiga orang pegawai tinggi (Maare, San dan Sica) dan ribuan bala tentera Axts yang menuruti perintah keeempat-empat ketua mereka.
- Maaru
Android betina bersalut emas berlambang bulatan yang menjadi pemimpin tiga pegawai tinggi yang bertanggungjawab membuat perintah strategik, dilengkapi cemeti dan boleh menghasilkan sawar.
- Saan
Android bersalut perak berlambang segitiga yang bertugas sebagai pegawai intelektual yang menganalisis situasi dan selalu membaca kertas arahan Crisis Marker.
- Shiika
Android bersalut tembaga berlambang segiempat yang teramat kuat di kalangan mereka bertiga dan memiliki ketahanan berperisai.
- Daen
Ketua tertinggi terawal Neo Thera bermuka bujur yang muncul dari episod 14–25, sebenarnya merupakan manusia bernama Ōbuchi dan pernah menyandang jawatan R1 dan senior kepada Ishiguro. Beliau bertanggungjawab membangunkan kebanyakan kenderaan khas dan program R1 Max. Ketika dalam misi menyelamat di makmal luar negara yang menyelidik tenaga baru, Obuchi menyedari tenaga tersebut digunakan untuk kegunaan tentera dan menyebabkan letusan gunung berapi yang kononnya meragut nyawanya. Bagaimanapun, Obuchi terselamat dan dirasuk oleh Batsu yang memperhebatkan kebenciannya terhadap kerakusan manusia mencemari Bumi yang mengakibatkan bencana yang ditangani oleh pasukan penyelamatnya selama ini. Dalam masa sedekad, Daen menubuhkan Neo Thera dan menghantar tiga pegawai tinggi untuk menimbulkan huru-hara. Lama-kelamaan, Daen menunjukkan dirinya dan cuba mengatasi Rescue Force dengan pengetahuan kelengkapan pasukan penyelamat ini. Setelah menyaksikan Hikaru mencapai bentuk R1 Max, Batsu meninggalkan jasad Obuchi. Untuk menebus kesalahan, Obuchi mengorbankan diri dengan memasang sistem binasa sendiri dalam kubunya.
- Batsu
Sebuah nanokomputer kuno yang wujud di Bumi sejak 600 juta tahun lalu, memerhati keadaan Bumi sejak dilahirkan sehingga kewujudan manusia yang mengganggu alam semulajadi. Dengan menyamar sebagai dewa-dewi untuk mengarahkan manusia, Batsu berpendapat bahawa manusia mesti dihapuskan untuk memulihkan Bumi. Batsu merasuki jasad Obuchi untuk menyerlahkan kejahatan dalam dirinya untuk menjadi Daen dan menubuhkan Neo Thera. Selepas kejatuhan Daen, Batsu meninggalkannya lalu menyamar dalam bentuk wanita berpakaian gothic lolita bernama Maen.
Kelengkapan
Kenderaan
Kenderaan utama
- Rescue Striker
Kereta bomba kegunaan R1 yang mengangkut empat kenderaan kecil ke tempat kejadian. Kebolehan utamanya ialah Water Cannon yang memancut air yang boleh membeku. Kenderaan ini boleh bergabung dengan kenderaan bersaiz sederhana untuk mempertingkat kuasa.
- Rescue Saver
Kenderaan pelbagai permukaan berperisai kegunaan R2. Kebolehan utamanya ialah Flash Cannon yang menembak peluru air membeku. Kenderaan ini boleh membahagi kepada empat kenderaan lebih kecil dan bergabung dengan kenderaan sederhana untuk mempertingkat kuasa.
- Rescue Diver
Sebuah lagi kenderaan berperisai kegunaan R2 yang boleh melepaskan lapan peluru berpandu membeku dengan Flash Drill. Kenderaan ini boleh membahagi kepada empat kenderaan lebih kecil dan bergabung dengan kenderaan sederhana untuk mempertingkat kuasa.
- Rescue Max
Robot gergasi yang terbentuk dari gabungan Rescue Striker dan Rescue Saver.
- Super Rescue Max
Robot gergasi yang terbentuk dari gabungan Rescue Striker dan Rescue Diver.
- Zero Fire
Pengangkut kenderaan gergasi kegunaan R5 yang dilengkapi kontena dengan empat pucuk Zero Fire Cannon yang boleh memuat lima kenderaan sederhana.
Kenderaan sederhana
- Rescue Riser: Kereta bomba bercangkuk dan bertangga yang memancut air dari puncak tangga.
- Rescue Shovel: Penyodok seretan yang dilengkapi pencengkam.
- Rescue Drill: Jentera berbentuk kereta kebal berlengkapkan sepasang gerudi dan sebilah gergaji.
- Rescue Turbo: Jentera penghembus hijau yang dilengkapi turbofan.
- Rescue Dozer: Lori pembuang hitam yang boleh bertukar menjadi jentolak.
- Rescue Crane: Kren berwarna biru langit.
Kenderaan kecil
- Core Striker: Kereta ronda Nissan 300ZX kegunaan R1 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Rescue Striker.
- Core Saver: Kereta ronda Nissan X-Trail kegunaan R2 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Rescue Saver.
- Core Search: Kereta Nissan Note peribadi kegunaan R3 yang berlengkapkan AI.
- Core Aider: Ambulans Nissan Paramedic kegunaan R4 yang berlengkapkan AI dan jentera keselamatan.
- Core Striker Captain: Kereta ronda kegunaan R5 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Zero Fire. Hanya untuk kegunaan ketua pasukan.
- Wave Search: Kereta bomba/peninjau tanpa pemandu.
- Power Search: Jentera pengorek/peninjau tanpa pemandu.
Peralatan
- Rescue Commander
Pad elektronik yang digunakan untuk membaca Rescue Card, berhubung dengan Rescue Phoenix, mencari tempat bencana, dan menghantar data yang dikumpul dari kawasan kejadian ke Rescue Phoenix. Apabila R1 menjadi R1 Max, maka Rescue Commandernya menjadi Max Commander.
- Rescue Card
Pelbagai kad kegunaan khusus yang digunakan oleh Rescue Force untuk menggesel Rescue Commander.
- Rescue Breaker
Alat pemecah yang digunakan oleh semua ahli Rescue Force yang terdiri daripada mod gandin, kapak, beliung, manipulator, gerudi, tali dan alat penganalisa maklumat berkamera digital.
- Rescue Crusher
Alat penghancur berkuasa yang boleh digabungkan dengan Rescue Commander untuk membentuk gergaji rantai atau penyembur, serta boleh digabungkan dengan Rescue Breaker mod gerudi untuk menjadi gerudi penghancur.
- Max Divider
Sarung tangan besi kegunaan R1 Max yang boleh diubah menjadi gergaji bulat, gerudi dan pedang.
Rujukan
- ^ "レスキューフォース_テレビ愛知". Dicapai pada 2008-04-04.
Pautan luar
- Rescue Force di TV Aichi
- Rescue Force Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine di Takara-Tomy
- Tomica-Rescue.com (Official Fan Site)
Didahului oleh N/A |
Siri Tomica Hero 2008 – 2009 |
Diikuti oleh: Rescue Fire |