Tom Kibble | |
---|---|
Fail:TH-Head-Sakurai.jpg | |
Kelahiran | Thomas Walter Bannerman Kibble 23 Disember 1932 |
Meninggal dunia | 2 Jun 2016 London, England, UK | (umur 83)
Warganegara | British |
Pusat pendidikan | Universiti Edinburgh, BSc, MA, PhD |
Terkenal kerana | Teori medan kuantum, Simetri pecahan, Boson Higgs, Mekanisme Higgs, Mekanisme Kibble–Zurek, Tetangsi kosmos |
Anugerah | * Hughes Medal (1981) * Rutherford Medal and Prize (1984) * Guthrie Medal and Prize (1993) * Sakurai Prize (2010) * Dirac Medal (2013) * Albert Einstein Medal (2014) * Isaac Newton Medal (2016) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik teori |
Institusi | Imperial College London |
Tesis | Topik berkaitan teori medan kuantum: 1. Prinsip tindakan Schwinger; 2. Hubungan pembauran proses serakan tak-kenyal (1958) |
Penasihat kedoktoran | John Polkinghorne |
Pelajar kedoktoran |
Sir Thomas Walter Bannerman Kibble[1] ( /ˈkɪbəl/; 23 Disember 1932 – 2 Jun 2016), ialah seorang ahli fizik teori British, penyiasat penyelidikan kanan di Makmal Blackett, dan Profesor Emeritus Teori Fizik di Imperial College London.[3] Tumpuan penyelidikannya berkaitan teori medan kuantum, terutamanya perantaraan fizik zarah tenaga tinggi dan kosmologi. Dia terkenal sebagai salah seorang pelopor mekanisme Higgs, dan untuk penyelidikannya mengenai kecacatan topologi. Sejak 1950-an dia mengambil peduli tentang perlumbaan senjata nuklear dan sejak 1970 memainkan peranan utama dalam mempromosikan tanggungjawab sosial seseorang saintis itu.[4]
Kehidupan awal dan pendidikan
Kibble dilahirkan di Madras, di bawah Kepimpinan Madras Raj British, pada 23 Disember 1932.[5][6] Dia anak ahli statistik Walter F. Kibble, dan cucu William Bannerman, seorang pegawai di Perkhidmatan Perubatan India, dan pengarang Helen Bannerman. Bapanya profesor matematik di Madras Christian College, dan semasa membesar, Kibble selalu bermain di perkarangan kolej tersebut dan menyelesaikan teka-teki matematik yang diberikan oleh bapanya.[7] Dia menerima pendidikan di Doveton Corrie School, Madras dan kemudian di Edinburgh, Scotland, di Melville College dan Universiti Edinburgh.[3] Dia memperolehi BSc (1955), MA (1956) dan PhD (1958) daripada Universiti Edinburgh.[5][8]
Kerjaya
Kibble mengkaji mekanisme pecahan simetri, peralihan fasa, dan kecacatan topologi (ekakutub, tetali kosmik atau dinding domain) yang dapat dibentuk.
Dia paling dikenali di atas penemuan mekanisme Higgs dan boson Higgs bersama Gerald Guralnik dan C. R. Hagen .[9][10][11] Sempena sambutan ulangtahun ke-50 Physical Review Letters (PRL), jurnal ini mengiktiraf makalah penemuan ini sebagai salah satu makalah penting dalam sejarah PRL.[12] Untuk penemuan ini, Kibble dianugerahkan Hadiah J.J. Sakurai untuk Fizik Zarah Teori di bawah Persatuan Fizikal Amerika.[13] Walaupun Guralnik, Hagen, dan Kibble dianggap oleh ramai orang, telah menulis makalah awal paling lengkap berkenaan teori Higgs, namun kontroversinya mereka tidak dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik 2013.[14][15][16][17][18][19][20][21] Pada 2014, Penerima Hadiah Nobel Peter Higgs menyatakan kekecewaannya ke atas pengguguran Kibble daripada berkongsi Hadiah Nobel tersebut bersama François Englert dan dirinya sendiri.[22]
Kibble mempelopori kajian berkaitan generasi kecacatan topologi di alam semesta awal.[23] Mekanisme lazim bagi pembentukan kecacatan merentasi peralihan fasa tertib kedua dikenali sebagai mekanisme Kibble-Zurek. Makalahnya mengenai tetali kosmik memperkenalkan fenomena tersebut ke dalam kosmologi moden.[24]
Dia adalah salah seorang daripada dua orang ketua bersama bagi sebuah program penyelidikan antara disiplin yang mengkaji Kosmologi serta dibiayai oleh Yayasan Sains Eropah (ESF) di Makmal (COSLAB), berlangsungan dari 2001 hingga 2005. Dia pernah memegang jawatan penyelaras Jaringan ESF dalam kajian mengenai Kecacatan Topologi dalam Fizik Zarah, Jirim Termeluwap & Kosmologi (TOPDEF).[8]
Penghargaan dan penghormatan
Kibble terpilih sebagai seorang Felo di Royal Society (FRS) 1980,[1][25] di Institut Fizik (1991), dan di Imperial College London (2009). Dia juga adalah ahli Persatuan Fizikal Amerika (1958), Persatuan Fizikal Eropah (1975) dan Academia Europaea (2000).[8] Pada 2008, Kibble dinobatkan sebagai Outstanding Referee oleh Persatuan Fizikal Amerika.[4][26]
Selain dianugerahkan Hadiah Sakurai, Kibble juga dianugerahkan Pingat Hughes (1981) dari Royal Society, Pingat Rutherford (1984) dan Pingat Guthrie (1993) dari Institut Fizik,[8] Pingat Dirac (2013),[27] Pingat Albert Einstein (2014)[28] dan Pingat Diraja Royal Society Edinburgh (2014).[29] Dia dianugerahkan gelaran CBE pada Hari Penghormatan Keputeraan Ratu 1998 dan dikurniakan anugerah kesatriaan ketika di Majlis Penghormatan Keputeraan Ratu 2014 atas sumbangannya kepada fizik.[30]
Selepas kematiannya, Kibble dianugerahi Pingat Isaac Newton oleh Institut Fizik atas komitmen sepanjang hayatnya yang luar biasa terhadap fizik.[31]
Penerbitan
Pada 1966 Kibble menulis, bersama Frank H. Berkshire, sebuah buku teks, Mekanik Klasik,[32] yang pada 2016 masih lagi dicetak dan kini berada pada edisi yang ke-5.[33]
Kehidupan peribadi dan peranan sukarela
Kibble mengahwini Anne Allan pada 1957 dan kekal bersama sehingga kematian isterinya pada 2005. Kibble mempunyai tiga orang anak.[34][35][36][37][38]
Pada 1950-an dan 1960-an, Kibble mengambil peduli tentang perlumbaan senjata nuklear[39] dan sejak 1970 dia memainkan peranan utama dalam beberapa organisasi yang mempromosikan tanggungjawab sosial para saintis.[8] Dalam tempoh 1970-1977, dia menjadi ahli jawatankuasa kebangsaan, kemudian bendahari, dan kemudian ketua bagi Persatuan Tanggungjawab Sosial dalam Sains Inggeris; sejak 1976 dia adalah pemegang amanah Science and Society Trust; dari 1981 hingga 1991 dia adalah ahli jawatankuasa penyelaras kebangsaan, kemudian timbalan ketua, dan kemudian ketua bagi kumpulan Saintis menentang Senjata Nuklear; dia menaja kumpulan Saintis untuk Tanggungjawab Global; dan sejak 1988 dia menjadi ketua, dan kemudian pemegang amanah, bagi Martin Ryle Trust.[39] Dia adalah ketua jawatankuasa penganjur Kongres Saintis Antarabangsa Kedua, yang diadakan di Imperial College pada 1988, dan merupakan pengarang bersama prosiding kongres tersebut.[40]
Setelah bersara, Kibble mengetuai cawangan Richmond Persatuan Ramblers.[41]
Dia meninggal di London pada 2 Jun 2016, berusia 83 tahun.[42][7]
Rujukan
- ^ a b c Anon (1980). "Sir Thomas Kibble CBE FRS". royalsociety.org. London: Royal Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2015. Satu atau lebih ayat sebelumnya memasukkan teks daripada laman web royalsociety.org di mana:
“Semua tulisan terbitan bawah tajuk 'Biografi' di laman profil Fellow boleh digunakan bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.” --"Royal Society Terms, conditions and policies". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 9 Mac 2016.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Ashmore, Jonathan Felix (1972). Aspects of quantum field theory. ethos.bl.uk (Tesis). University of London. hdl:10044/1/16203.
- ^ a b "Science – It's not Fiction; Tom Kibble". FP News, The magazine and Annual Review of The Stewart's Melville FP Club. Daniel Stewart's and Melville College Former Pupils Club. Disember 2014. m/s. 13. Dicapai pada 28 Julai 2015.
- ^ a b Gauntlett, Jerome (2016). "Thomas Kibble (1932–2016) Theoretical physicist and Higgs-boson pioneer". Nature. 534 (7609): 622. Bibcode:2016Natur.534..622G. doi:10.1038/534622a. PMID 27357788.
- ^ a b Templat:Who's Who(langganan diperlukan)
- ^ The International Who's Who 1996–97 (ed. 60). Europa Publications. 1996. m/s. 826–827. ISBN 9781857430219.
- ^ a b Yin, Steph (19 Julai 2016). "Tom Kibble, Physicist Who Helped Discover the Higgs Mechanism, Dies at 83". New York Times. Dicapai pada 19 Mac 2019.
- ^ a b c d e Kibble, Tom (2011). "Thomas Walter Bannerman (Tom) Kibble – Biography". Curriculum vitae. The Academy of Europe.
- ^ "Phys. Rev. Lett. 13, 585 (1964) – Global Conservation Laws and Massless Particles". Physical Review Letters.
- ^ Guralnik, Gerald S. (2009). "The History of the Guralnik, Hagen and Kibble development of the Theory of Spontaneous Symmetry Breaking and Gauge Particles". International Journal of Modern Physics A. 24 (14): 2601–2627. arXiv:0907.3466. Bibcode:2009IJMPA..24.2601G. doi:10.1142/S0217751X09045431.
- ^ "Guralnik, G S; Hagen, C R and Kibble, T W B (1967). Broken Symmetries and the Goldstone Theorem. Advances in Physics, vol. 2" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-24. Dicapai pada 2021-08-27.
- ^ "Physical Review Letters – Letters from the Past – A PRL Retrospective". Physical Review Letters.
- ^ "APS Physics – DPF – J. J. Sakurai Prize for Theoretical Particle Physics". aps.org.
- ^ APS News - 2013 Nobel Prize in Physics and Landmark Papers in PRL History(8 Oktober 2013)
- ^ "Nobel committee’s 'Rule of Three’ means some Higgs boson scientists were left out." Washington Post (8 Oktober 2013)
- ^ "The 2013 Nobel prizes. Higgs’s bosons." Economist (12 Oktober 2013)
- ^ "Why are some scientists unhappy with the Nobel prizes?" Economist (9 Oktober 2013)
- ^ "House of dreams. Scientists race to explain why the Higgs boson matters." Economist (Mac 3, 2012)
- ^ Guralnik, G. S; Hagen, C. R (2014). "Where have all the Goldstone bosons gone?". Modern Physics Letters A. 29 (9): 1450046. arXiv:1401.6924. Bibcode:2014MPLA...2950046G. doi:10.1142/S0217732314500461.
- ^ "Gerald Guralnik, 77, a 'God Particle' Pioneer, Dies". The New York Times. 3 Mei 2014.
- ^ "Tom Kibble, Physicist Who Helped Discover the Higgs Mechanism, Dies at 83". The New York Times. Julai 19, 2016.
- ^ "Early night cost Higgs credit for big physics theory". Dicapai pada 18 Februari 2014.
- ^ Kibble, T. W. B. (1976). "Topology of cosmic domains and strings". J. Phys. A: Math. Gen. 9 (8): 1387–1398. Bibcode:1976JPhA....9.1387K. doi:10.1088/0305-4470/9/8/029.
- ^ Hindmarsh, M.; Kibble, T. (1995). "Cosmic strings". Rep. Prog. Phys. 58 (5): 477–562. arXiv:hep-ph/9411342. Bibcode:1995RPPh...58..477H. doi:10.1088/0034-4885/58/5/001.
- ^ Duff, M. J.; Stelle, K. S. (2021). "Sir Thomas Walter Bannerman Kibble. 23 December 1932—2 June 2016". Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society. 70.
- ^ "APS Journals – Outstanding Referees". aps.org.
- ^ "Kibble, Peebles and Rees Share the 2013 Dirac Medal". International Centre for Theoretical Physics. 8 Ogos 2013. Dicapai pada 8 Jun 2016.
- ^ "Faces & Places – Kibble receives Albert Einstein Medal". CERN Courier. 13 Julai 2014. Dicapai pada 19 Mac 2019.
- ^ "Academic excellence recognised as RSE announces Royal Medals and Prizes" (PDF). Royal Society of Edinburgh. 19 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-06. Dicapai pada 8 Jun 2016.
- ^ "Queen's birthday honours list 2014: Knights". the Guardian.
- ^ Ghosh, Pallab (1 Julai 2016). "Late scientist Tom Kibble wins award for particle work". BBC News. BBC. Dicapai pada 30 Ogos 2016.
- ^ Kibble T W B and Berkshire F H (1966) Classical Mechanics. McGraw-Hill, London.
- ^ Kibble, T W B and Berkshire, F H (2004) Classical Mechanics. McGraw-Hill, London.
- ^ "Sad farewell to physicist who transformed our understanding of the universe". Imperial College London. 3 Jun 2016.
- ^ "Higgs pioneer and IOP fellow Sir Thomas Kibble has died". Institute of Physics. 3 Jun 2016.
- ^ "Sir Tom Kibble, physicist – obituary". The Daily Telegraph. 8 Jun 2016.
- ^ Close, Frank (8 Jun 2016). "Sir Tom Kibble, physicist obituary. One of the world's foremost theoretical physicists". The Guardian.
- ^ Gauntlett, Jerome (10 Jun 2016). "Sir Tom Kibble: a tribute". Imperial College London.
- ^ a b SGR Sponsors
- ^ Hassard, John; Kibble; Tom and Lewis, Patricia; (eds) (1989) Ways Out of the Arms Race: from the nuclear threat to mutual security. World Scientific, Singapore.
- ^ "Arise Sir Tom!". Richmond Ramblers. Dicapai pada 19 Mac 2019.
- ^ "Tom Kibble, UK physicist who worked on Higgs boson dies, says university". The Daily Telegraph. 2 Jun 2016. Dicapai pada 2 Jun 2016.