Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Thomas William Cleverley | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Watford | ||
Nombor | 8 | ||
Kerjaya remaja | |||
1998–2000 | Bradford City | ||
2000–2009 | Manchester United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2015 | Manchester United | 55 | (3) |
2009 | → Leicester City (pinjam) | 15 | (2) |
2009–2010 | → Watford (pinjam) | 33 | (11) |
2010–2011 | → Wigan Athletic (pinjam) | 25 | (4) |
2014–2015 | → Aston Villa (pinjam) | 31 | (3) |
2015–2017 | Everton | 32 | (2) |
2017 | → Watford (pinjam) | 17 | (0) |
2017– | Watford | 46 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009 | England B20 | 1 | (2) |
2009–2011 | England B21 | 16 | (0) |
2012 | Great Britain | 5 | (0) |
2012–2013 | England | 13 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:39, 26 Jun 2019 (UTC) |
Tom Cleverley merupakan seorang pemain bola sepak untuk Watford. Beliau merupakan pemain lepasan akademi Manchester United[1].
Karier
Tom Cleverley dilatih di akademi Manchester United dan menunjukkan peningkatan sehingga dipilih untuk calon pemain simpanan terbaik untuk musim 2007/2008. Beliau pertama kali dipanggil untuk skuad utama ke Afrika Selatan untuk kejohanan Vodacom Challenge pada 2008. Dalam kejohanan itu, dia berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan bukan kompetitif pertamanya. Beberapa minggu kemudian, dia diserapkan ke dalam skuad utama dan diberikan jersi nombor 37.
Kehidupan peribadi
Beliau menjalinkan hubungan dengan Georgina Dorsett, seorang selebriti bermula pada tahun 2012. Pada 7 Jun 2013, mereka dikurniakan cahaya mata dinamakan Nevaeh Rose.[2]