Tolok lima belas inci dipelopori oleh Sir Arthur Percival Heywood yang berminat dengan apa yang disebutnya sebagai landasan tolok minimum untuk digunakan sebagai landasan kereta api estet atau mudah diletakkan, contohnya di medan perang.[1][2] Pada tahun 1874, beliau menerangkan prinsip di sebalik pengunaannya untuk kereta api Duffield Bank, membezakannya dengan landasan kereta api "bertolok sempit". Setelah membina landasan kereta api kecil dengan tolok 9 inci (230 mm), Heywood menggunakan tolok 15 inci (380 mm) sebagai tolok minimum yang beliau rasa sebagai praktikal.[3][4]
^"Duffield Bank Railway". Muzium Kereta Api Tolok Sempit (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2019. Dicapai pada 29 Januari 2023.
^"About the 15 inch Gauge". Return to the Ferry (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Februari 2016. Dicapai pada 29 Januari 2023.