Tok Senggora | |
---|---|
Peribadi | |
Kelahiran | 1850-an |
Kematian | 15 Safar 1349H, bersamaan 11 Julai 1930 |
Agama | Islam |
Warganegara | Melayu |
Kawasan | Mekah |
Tok Senggora atau nama sebenarnya Abdullah bin Muhammad Kasim (1850-an - 1930) ialah seorang ulama di Malaysia.[1] Beliau juga menggunakan nama Syeikh Abdullah al-Sanquri.[2] Beliau dikenali sebagai ulama tajwid al-Quran dan mengajar di Mekah.[3] Beliau turut menghasilkan buku berjudul Mawrid al-Zam’an fi ma Yata‘llaq bi Tajwid al-Qur’an yang diterjemah dari karya asal karangan Syeikh Muhamad Makki Nasir al-Juraisi.[4]
Rujukan
- ^ Oleh RADZUAN GHAZALI, "JUDUL: Ulama Besar dari Patani, Pengarang: Ahmad Fathy al-Fatani, Penerbit: Penerbit UKM" Diarkibkan 2018-12-04 di Wayback Machine 11/06/2001. Diambil 04 Disember 2018
- ^ Oleh Shaharuddin Saad, "Tok Senggora: ulama Tajwid tersohor di alam Melayu." 2015. Diambil 04 Disember 2018
- ^ DATA-DATA TOKOH ULAMA TAJWID TERSOHOR DI ALAM MELAYU
- ^ Majalah Warta Majlis Agama Islam Johor: Tinjauan Tuan Haji Hassan Bin Ismail Dalam Ilmu Tajwid Dan Qiraat Di Malaysia
Pautan luar
- TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8
- 066 TOK SENGGORA: SUMBANGANNYA TERHADAP PENULISAN KITAB TAJWID LAMA DI MALAYSIA