Titi Kayu | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Jo Sidek |
Pengarah | Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Raja Hafiz Raja Ahmad Kamaruddin |
Penerbit | Sharifah Shahora |
Syarikat penerbitan | 11 Field Creative Sdn Bhd |
Syarikat pengedaran | TV3 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Cerekarama) |
Siaran asal | 9 Februari 2019 |
Titi Kayu adalah telefilem Malaysia 2019 arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin sempena perayaan Tahun Baru Cina. Telefilem ini disiarkan pada 9 Februari 2019, jam 9.30 malam di Slot Cerekarama TV3 dan diterbitkan oleh 11 Field Creative Sdn Bhd.[1]
Sinopsis
Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan oleh sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka.[2]
Pelakon
Pelakon utama
- Michael Ang sebagai Cheong Ah Ling/Alim
- Syed Ali Murtadha sebagai Umar
Pelakon pembantu
Rujukan
- ^ "Drama TITI KAYU Lakonan Michael Ang Sempena Tahun Baru Cina". Budiey. 1 Februari 2019.
- ^ "Titi Kayu (TV3)". MyInfotaip. 5 Februari 2019.