(Dilencongkan daripada Tindak balas gelap)
Kitaran Calvin, Kitaran Calvin–Benson–Bassham (CBB), kitaran pengurangan pentosa fosfat atau kitaran C3 merupakan siri tindak balas redoks biokimia yang berlaku dalam cecair stroma bagi kloroplas dalam organisma fotosintesis. Ia juga dikenali sebagai tindak balas bebas cahaya. Kitaran Calvin merupakan siri tindak balas kimia yang berlaku dalam sesetengah tumbuhan semasa tahap akhir fotosintesis, yang dinamakan sempena ahli kimia bio Amerika, Melvin Calvin.