The Italian | |
---|---|
Pengarah | Andrei Kravchuk |
Penulis | Andrei Romanov |
Dihasilkan oleh | Andrei Zertsalov |
Dibintangi | Kolya Spiridonov |
Sinematografi | Aleksandr Burov |
Disunting oleh | Tamara Lipartiya |
Muzik oleh | Aleksandr Knaifel |
Diedarkan oleh | Sony Pictures Classics (US) |
Tarikh tayangan | 22 September 2005 19 Januari 2007 |
Masa tayangan | 98 min. |
Negara | Rusia |
Bahasa | Bahasa Rusia |
The Italian (Rusia: Итальянец ; tr.:Italianetz) merupakan filem Rusia (2005) yang diarahkan oleh Andrei Kravchuk. Lakonlayar adalah Andrei Romanov dan diambil dari kisah benar seorang kanak-kanak lelaki yang mencari ibunya.
Plot
Vanya Solntsev, enam tahun, tinggal di sebuah rumah anak-anak yatim di kawasan terpencil di Rusia setelah dilarikan oleh seorang pengetua yang mengalami ketagihan arak. Vanya telah dipilih oleh pasangan warga Itali untuk dijadikan anak angkat dan ini menimbulkan rasa cemburu di kalangan penghuni-penghuni lain di rumah anak yatim itu terutamanya kawan baiknya, Anton sehingga menggelar Vanya sebagai The Italian. Namun, apabila seorang wanita yang mengakui ibu kepada Alesha iaitu kanak-kanak terakhir yang telah dihantar ke Itali, Vanya mula terfikirkan jika ibu kandung yang telah menyerahkannya sedari bayi ke rumah anak-anak yatim akan mengambilnya kembali dan menuntutnya. Beliau mula belajar membaca dan mencuri sekeping kertas yang tertulis alamat tempat tinggal (rumah jagaan kanak-kanaknya dahulu).
Vanya melarikan diri bersama dengan Irka iaitu salah seorang remaja perempuan yang melacurkan diri kepada pemandu trak tetapi sebelum keretaapi bertolak, Irka telah ditangkap oleh seorang lelaki yang menuduh Irka sebagai pencuri jam tangannya suatu ketika dahulu. Vanya terpaksa menghadapi perjalanan seorang diri. "Madam" yang menjadi pengantara antara pasangan Itali telah menuju ke bandar yang sama dituju oleh Vanja. Madam datang bersama Grisha.
Setiba di bandar, Vanya telah diserang dua orang kanak-kanak nakal yang mencuri baju sejuk dan duit pemberian Irka kepadanya tetapi Vanya berjaya melepaskan diri. Beliau dibantu oleh seorang lelaki untuk membawanya menaiki bas yang menuju ke rumah jagaannya yang lama. Di sana, Vanya terpaksa menyembunyikan diri setelah menyedari kehadiran Madam dan Grisha. Madam yang tidak berpuashati dengan jawapan penjaga rumah jagaan itu telah memaksa Grisha untuk menunggu di hadapan rumah jagaan itu kerana yakin Vanya pasti akan ke sana. Vanya tidak dapat bersembunyi lama kerana Grisha telah menemuinya. Vanya melarikan diri sehinggalah bertembung dengan sekumpulan remaja mabuk. Vanya menuduh Grisha mahu membunuhnya. Maka, berlakulah adengan pergaduhan antara Grisha dan kumpulan remaja tersebut. Vanya mengambil kesempatan dan kembali ke rumah jagaan itu. Lelaki yang menjaga rumah jagaan itu memberikan Vanya alamat rumah ibu Vanya dan berjanji akan mencari ibu Vanya pada keesokan harinya. Namun, Vanya melarikan diri pada malam itu. Beliau mahu mencarinya sendiri.
Vanya yang merayau-rayau sementara menanti ibunya pulang telah ditangkap sekali lagi oleh Grisha tetapi dilepaskan setelah Grisha melihat kesungguhan Vanya untuk mencari ibunya. Penghujung cerita, Vanya berjaya menemui ibunya dan menerusi suara ketika membaca surat yang dituliskan kepada Anton, yang telah dijadikan anak angkat oleh pasangan Itali itu, beliau kelihatan gembira bersama ibunya.
Produksi
Lesogorsky Children's Home di Leningrad telah dijadikan tempat lokasi pengambaran.[1]
Filem ini pertama kali disiarkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin, Festival Filem Taipei dan Festival Filem Buster Children di Denmark sebelum disiarkan di Rusia. Selain itu, ia turut disiarkan di Festival Filem Telluride, Festival Filem Antarabangsa Toronto, Festival Filem Morelia di Mexico dan 'Paris Mon Premier Festival sebelum disiarkan di Amerika Syarikat.
Pelakon
- Kolya Spiridonov ..... Vanya Solntsev
- Mariya Kuznetsova ..... Madam
- Nikolai Reutov ..... Grisha
- Yuri Itskov ..... Pengetua
- Dima Zemlyanko ..... Anton
Penghargaan
- Ale Kino! International Young Audience Film Festival 2005: Menang : Golden Poznan Goat (Andrei Kravchuk)
- Berlin International Film Festival 2005: Menang : Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix - Best Feature Film (Andrei Kravchuk), Glass Bear - Special Mention - Best Feature Film (Andrei Kravchuk)
- Carrousel International du Film 2005: Menang : CIFEJ Award (Andrei Kravchuk)
- Cinekid 2005: Menang : Cinekid Film Award (Andrei Kravchuk)
- Honfleur Festival of Russian Cinema 2005: Menang : Grand Prix (Andrei Kravchuk)