The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 | |
---|---|
Pengarah | Francis Lawrence |
Lakon layar | Danny Strong Peter Craig[1] |
Berdasarkan | Mockingjay oleh Suzanne Collins |
Dihasilkan oleh | Nina Jacobson Jon Kilik |
Dibintangi | |
Sinematografi | Jo Willems |
Disunting oleh | Alan Edward Bell Mark Yoshikawa |
Muzik oleh | James Newton Howard |
Syarikat penerbitan | Color Force |
Diedarkan oleh | Lionsgate |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 137 minit[2][3] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $160 juta[4][5] |
Pecah panggung | $652,955,370[6] |
The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ialah sebuah filem sains fiksyen distopia perang Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Francis Lawrence dengan lakon layar oleh Peter Craig dan Danny Strong. Ia merupakan filem keempat dan terakhir dalam siri filem The Hunger Games dan filem kedua berdasarkan novel Mockingjay, novel terakhir dalam trilogi The Hunger Games oleh Suzanne Collins. Ia diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik serta diedarkan oleh Lionsgate. Filem ini menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Sam Claflin, Jena Malone, Willow Shields, Natalie Dormer, Robert Knepper, Philip Seymour Hoffman (peranan terakhirnya dalam filem) dan Donald Sutherland. Ia merupakan sekuel kepada bahagian pertama adaptasi Mockingjay, The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 yang ditayangkan pada 21 November 2014.
Plot menceritakan Katniss Everdeen dimana dia bersedia untuk memenangi peperanagan menentang Presiden Snow (Donald Sutherland) dan Capitol yang kejam. Bersama-sama Peeta, Gale, Finnick dan lain-lain, dia menuju ke Capitol untuk membunuh Snow. Walau bagaimanapun, Presiden Coin (Julianne Moore), pemimpin Daerah 13 dan pemberontakan, menyembunyikan agenda yang lebih besar yang bukan sahaja boleh menjejaskan kehidupan Katniss tetapi juga masa depan Panem.
Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris selama dua minggu untuk penggambaran dan secara rasminya berakhir pada 20 Jun 2014 di Berlin, Jerman.[7]
Mockingjay – Part 2 diterima secara positif oleh pengkritik untuk persembahan lakonan, lakon layar dan babak aksi tetapi menerima kritikan kerana membahagikan novel ini kepada dua adaptasi berasingan. Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015 di Amerika Syarikat dalam format 2D dan IMAX, dan di peringkat antarabangsa dalam format 2D, 3D, RealD Cinema dan IMAX 3D di negara-negara terpilih; ia merupakan satu-satunya filem dalam siri ini yang ditayangkan secara meluas dalam format 3D. Filem ini mengutip $653 juta di seluruh dunia yang merupakan paling rendah daripada empat filem dalam francais ini.
Plot
Katniss Everdeen berada dalam proses untuk pulih selepas diserang oleh Peeta Mellark yang telah diubah fikirannya oleh Capitol. Pemberontak menyerang dan melumpuhkan senjata-senjata Capitol di Daerah 2. Katniss cuba untuk menghimpunkan penyokong setia Capitol tetapi ditembak semasa konfrontasi itu.
Walaupun Katniss ingin membunuh Presiden Snow dengan sendirinya, Alma Coin enggan membenarkan dia menyertai pertempuran. Di majlis perkahwinan Finnick dan Annie, Johanna Mason mencadangkan Katniss untuk menyelinap masuk ke dalam kapal bekalan yang menuju ke Capitol dimana Komander Paylor merancang serangan. Tidak dapat untuk membawanya pulang, Coin memasukkan Katniss ke dalam "Skuad Bintang" diketuai oleh Boggs. Skuad itu juga terdiri daripada Gale, Finnick, Cressida, Messalla, Castor, Pollux, Jackson, kembar Leeg, Mitchell dan Homes; mereka akan mengikut langkah keselamatan disebalik pencerobohan sebenar Capitol menunjukkan video pencerobohan mereka untuk tujuan propaganda. Boggs membawa peta hologram ("Holo") untuk membantu mereka mengelak perangkap yang dipasang oleh Capitol. Coin juga menghantar Peeta untuk menyertai skuad itu walaupun dia belum pulih sepenuhnya.
Ketika mereka masuk lebih jauh ke dalam Capitol, Boggs dengan tidak sengaja menghidupkan pod menyebabkan periuk api meletup dan dia cedera teruk. Dia sempat untuk memindahkan tugas Holo kepada Katniss sebelum mati. Skuad itu menghidupkan satu lagi pod yang melepaskan banjir tar hitam. Peeta kembali kepada keadaan asalnya dan menyerang Katniss sebelum menolak Mitchell ke dalam tar itu menyebabkan dia terbunuh. Kumpulan itu berlindung di sebuah bangunan terbiar dimana Jackson cuba untuk mengendalikan Holo sehingga Katniss meyakinkan mereka bahawa dia berada dalam tugasan rahsia dari Coin untuk membunuh Snow. Katniss dan kebanyakan ahli kumpulan itu melarikan diri tidak lama sebelum skuad Penjaga Kemananan tiba dan memusnahkan bangunan itu menyebabkan kembar Leeg terbunuh. Capitol menyiarkan pengumuman kematian Katniss sebelum siaran itu diganggu oleh Coin yang menyampaikan eulogi beremosi untuknya untuk menghimpunkan pemberontak.
Pasukan ini turun ke dalam pembetung Capitol untuk mengelakkan pod tetapi mereka diserang oleh sekumpulan makhluk dikenali sebagai "mutts". Jackson, Castor dan Homes terbunuh ketika pasukan itu melarikan diri dari pembetung. Finnick berlawanan dengan sekumpulan makhluk itu untuk membolehkan pasukannya melarikan diri, memaksa Katniss untuk mencetuskan letupan, membunuh Finnick dan baki mutts. Ahli kumpulan yang masih terselamat sampai ke permukaan tetapi dikejar oleh Penjaga Keamanan dan Messalla terbunuh akibat sebuah pod. Pasukan ini berlindung di sebuah kedai dimana Tigris, bekas penggaya Hunger Games yang simpati terhadap pemberontak menyembunyikan mereka di bilik bawah tanah.
Ketika ramai pemberontak berjaya mara, Snow menjemput rakyat Capitol yang melarikan diri ke rumah agamnya untuk perlindungan. Katniss dan Gale menyertai orang ramai dan menyamar sebagai pelarian untuk sampai kepada Snow. Pemberontak tiba dan menyerang menyebabkan ramai terbunuh. Dalam keadaan huru-hara itu, Katniss bergerak ke arah rumah agam Snow dimana Penjaga Keamanan membawa kanak-kanak Capitol ke hadapan pagar yang ditutup. Sebuah hoverkraf terbang dan menjatuhkan bungkusan kecil menggunakan payung terjun ke arah sekumpulan kanak-kanak. Bungkusan itu meletup dan membunuh mereka. Sekumpulan pegawai perubatan pemberontak termasuk adik Katniss, Prim cuba untuk membantu yang cedera. Gelombang kedua bom meletup menyebabkan Prim terbunuh dan Katniss tidak sedarkan diri.
Setelah pulih, Katniss mendapati bahawa Capitol telah ditawan dan Snow telah ditangkap. Apabila Katniss berhadapan dengan Snow, dia mendakwa Coin yang merancang pengeboman di luar rumah agamnya supaya askar-askar berpaling tadah terhadapnya. Katniss menyedari bahawa insiden itu menyerupai perangkap yang dibangunkan oleh Gale. Apabila Gale gagal untuk meyakinkan Katniss bahawa bom itu bukan rekaannya, Katniss memutuskan hubungan dengannya. Coin menjemput baki pemenang Hunger Games untuk mengundi cadangan untuk mengadakan satu lagi Hunger Games menggunakan kanak-kanak Capitol sebagai tanda simbolik untuk memuaskan hati penduduk daerah lain. Katniss mengundi untuk mengadakan Hunger Games tersebut sebagai pertukaran untuk hak melaksanakan hukuman mati terhadap Snow.
Ketika hukuman mati tersebut, Katniss membunuh Coin dan bukannya Snow. Pemberontak menahan Katniss manakala Snow diseksa dan dibunuh oleh orang ramai yang marah. Katniss diampunkan untuk jenayah itu dan kembali ke Daerah 12 dimana dia disertai oleh Peeta yang telah pulih. Komander Paylor dipilih sebagai Presiden baru Panem. Beberapa tahun kemudian, Katniss dan Peeta bermain dengan dua anak mereka.
Pelakon
- Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen
- Josh Hutcherson sebagai Peeta Mellark
- Liam Hemsworth sebagai Gale Hawthorne
- Woody Harrelson sebagai Haymitch Abernathy
- Elizabeth Banks sebagai Effie Trinket
- Julianne Moore sebagai Presiden Alma Coin
- Philip Seymour Hoffman sebagai Plutarch Heavensbee
- Jeffrey Wright sebagai Beetee Latier
- Stanley Tucci sebagai Caesar Flickerman
- Donald Sutherland sebagai Presiden Coriolanus Snow
- Sam Claflin sebagai Finnick Odair
- Jena Malone sebagai Johanna Mason
- Willow Shields sebagai Primrose Everdeen
- Natalie Dormer sebagai Cressida
- Mahershala Ali sebagai Boggs
- Stef Dawson sebagai Annie Cresta
- Paula Malcomson sebagai Pn. Everdeen
- Gwendoline Christie sebagai Komander Lyme[8]
- Wes Chatham sebagai Castor
- Elden Henson sebagai Pollux
- Meta Golding sebagai Enobaria
- Michelle Forbes sebagai Leftenan Jackson[9]
- Omid Abtahi sebagai Homes[10]
- Eugenie Bondurant sebagai Tigris
- Misty Ormiston sebagai Leeg 1[11]
- Kim Ormiston sebagai Leeg 2[11]
- Theodore dan Bear Lawrence sebagai anak Everdeen/Mellark
Pengeluaran
Pra-pengeluaran
Pada 10 Julai 2012, Lionsgate mengumumkan bahawa adaptasi filem untuk Mockingjay akan dibahagikan kepada dua bahagian; The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 yang ditayangkan pada 21 November 2014 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 yang ditayangkan pada 20 November 2015.[12] Pada 1 November 2012, Francis Lawrence, pengarah Catching Fire mengumumkan bahawa beliau akan kembali untuk mengarahkan kedua-dua bahagian terakhir siri.[13]
Pada 6 Disember 2012, Danny Strong mengumumkan bahawa beliau akan menulis skrip untuk filem ketiga dan keempat.[14] Pada 15 Februari 2013, Lionsgate meluluskan skrip untuk Part 1 dan memberi Strong kebenaran untuk menulis Part 2.[15] Pada bulan Ogos, Hemsworth mengesahkan bahawa penggambaran filem ini akan bermula pada bulan berikutnya.[16]
Pengeluaran filem ini bermula pada 16 September 2013 di Boston, Atlanta dan Los Angeles.[17] Pada 13 November 2013, penerbit Nina Jacobson mendedahkan bahawa Peter Craig juga dilantik untuk menulis adaptasi ini.[1]
Pemilihan pelakon
Kesemua barisan pelakon utama seperti Jennifer Lawrence sebagai Katniss, Josh Hutcherson sebagai Peeta, Liam Hemsworth sebagai Gale, Woody Harrelson sebagai Haymitch, Donald Sutherland sebagai Presiden Snow, Elizabeth Banks sebagai Effie, Willow Shields sebagai Prim, Paula Malcomson sebagai Pn Everdeen dan Stanley Tucci sebagai Caesar,[18] kembali menyambung watak mereka. Julianne Moore juga kembali menyambung watak beliau sebagai Presiden Alma Coin bersama-sama Philip Seymour Hoffman yang meninggal dunia semasa penggambaran pada bulan Februari 2014 sebagai Plutarch.
Pada 26 Ogos 2013, ia telah diumumkan bahawa Stef Dawson telah menyertai barisan pelakon sebagai Annie Cresta.< Lionsgate mengumumkan pada 13 September 2013 bahawa Julianne Moore telah menyertai barisan pelakon sebagai Presiden Alma Coin. Pada bulan yang sama, Lily Rabe, Patina Miller, Mahershala Ali, Wes Chatham dan Elden Henson diumumkan telah menyertai barisan pelakon untuk menyambung watak mereka sebagai Komander Lyme, Komander Paylor, Boggs, Castor dan Pollux.[19] Semasa tempoh ini, terdapat juga pemilihan pelakon untuk pelakon tambahan.[20] Rabe terpaksa meninggalkan filem ini kerana konflik penjaduaalan bersama Much Ado About Nothing.[21] Pada 4 April 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau akan digantikan oleh Gwendoline Christie untuk watak Lyme.
Penggambaran
Penggambaran filem ini bermula pada 23 September 2013 di Atlanta dan berakhir pada 20 Jun 2014, di Berlin, Jerman; kedua-dua bahagian dirakam secara berterusan.[22] Pada bulan Oktober 2013, penggambaran mengambil tempat di Rockmart, Georgia.[23] Selepas berehat seketika untuk mempromosi The Hunger Games: Catching Fire, penggambaran bersambung pada 2 Disember 2013. Pada 14 Disember 2013, penggambaran dijalankan di Marriott Marquis di Atlanta.[24] Pada 18 Disember, penggambaran bermula di Caldwell Tanks, Newnan, Georgia.[25]
Philip Seymour Hoffman yang melakonkan watak Plutarch Heavensbee meninggal dunia pada 2 Februari 2014. Ketika kematiannya, beliau telah selesai menjalani penggambaran babaknya untuk Part 1 dan ada seminggu lagi untuk penggambaran Part 2; Lionsgate kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa majoriti babak Hoffman telah selesai dan tarikh tayangan Part 2 tidak akan terkesan.[26][27] Ia pada awalnya diumumkan bahawa Hoffman akan dicipta semula secara digital untuk babak utama yang melibatkan wataknya yang belum menjalani penggambaran.[28][29]
Pada 18 April 2014, Nina Jacobson mengumumkan bahawa penggambaran di Atlanta telah selesai;[30] pada hari berikutnya, Francis Lawrence mengumumkan bahawa produksi itu akan bergerak ke Eropah.[31] Ia juga diumumkan bahawa babak pertempuran akan dirakam di Paris dan Lapangan Terbang Berlin Tempelhof di Berlin.[32][33] Penggambaran bermula pada 7 Mei di Paris dimana Jennifer Lawrence dan Hemsworth dilihat menjalani penggambaran bersama-sama pelakon tambahan.[34]
Pada 9 Mei, penggambaran mengambil tempat di Noisy le Grand, Paris dimana Jennifer Lawrence, Hutcherson dan Claflin dilihat berada di set.[35] Ia merupakan lokasi yang sama dimana filem Brazil (1985) dirakam 30 tahun lebih awal.[36]
Menjelang akhir bulan Mei, barisan pelakon dan krew menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Berlin dan Brandenburg, Jerman. Di Rüdersdorf, Brandenburg, krew menjalani penggambaran yang memaparkan Daerah Lapan di sebuah kilang lama simen. Babak untuk Daerah Dua menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Berlin Tempelhof dengan Lawrence dan Hutcherson dilihat berada di set.[37] Sebuah agensi pemilihan pelakon Jerman mengambil 1,000 pelakon tambahan yang berwarganegara asing (Afrika, Asia, Eropah Selatan dan Turki) untuk menjalani penggambaran di Studio Filem Babelsberg.[38]
Muzik
Runut bunyi
The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Original Motion Picture Soundtrack | ||||
---|---|---|---|---|
Skor filem oleh James Newton Howard | ||||
Dilancarkan pada | 4 Disember 2015[39] | |||
Tempat | Amerika Syarikat dan Jerman | |||
Genre | Runut bunyi | |||
Panjang | 137:00 | |||
Bahasa | Bahasa Inggeris | |||
Syarikat | Republic | |||
Pengedar | Fórum Hungary (mul) , Netflix dan Xfinity Streampix (en) | |||
Pengarah | Francis Lawrence (mul) | |||
Penerbit | Nina Jacobson dan Jon Kilik (en) | |||
Kronologi James Newton Howard | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Runut bunyi untuk filem ini dikeluarkan pada 4 Disember 2015. James Newton Howard kembali untuk mencipta skor muzik.[40] Jennifer Lawrence menyanyikan lagu "Deep in the Meadow".[41]
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Prim Visits Peeta" | 1:25 | ||||||||
2. | "Send Me to District 2" | 2:09 | ||||||||
3. | "Go Ahead, Shoot Me" | 4:58 | ||||||||
4. | "Stowaway" | 3:36 | ||||||||
5. | "Your Favorite Color Is Green" | 2:25 | ||||||||
6. | "Transfer Command" | 8:31 | ||||||||
7. | "Your Next Step" | 2:30 | ||||||||
8. | "The Holo" | 3:46 | ||||||||
9. | "Sewer Attack" | 8:00 | ||||||||
10. | "I Made It Up" | 1:28 | ||||||||
11. | "Mandatory Evacuation" | 3:14 | ||||||||
12. | "Rebels Attack" | 5:17 | ||||||||
13. | "Snow’s Mansion" | 5:16 | ||||||||
14. | "Symbolic Hunger Games" | 2:08 | ||||||||
15. | "Snow’s Execution" | 1:57 | ||||||||
16. | "Plutarch’s Letter" | 3:01 | ||||||||
17. | "Buttercup" | 1:09 | ||||||||
18. | "Primrose" | 3:16 | ||||||||
19. | "There Are Worse Games to Play/Deep in the Meadow/The Hunger Games Suite" (feat. Jennifer Lawrence) | 9:41 | ||||||||
Jumlah masa: 60:13 |
Tayangan
The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015 di Amerika Syarikat dan Kanada. Tayangan perdana dunia mengambil tempat di Berlin, Jerman pada 4 November 2015. [42] Filem ini pada mulanya dijadual akan ditayangkan dalam format 2D, Digital 3D, RealD 3D dan IMAX 3D yang akan menjadikannya satu-satunya filem dalam siri ini yang akan ditayangkan secara global dalam format 3D (filem sebelumnya ditayangkan dalam format 3D di China[43]). Ia merupakan filem ketiga dalam siri yang akan ditayangkan dalam format IMAX selepas filem pertama dan kedua.[44] Walau bagaimanapun, keputusan untuk mengeluarkan filem ini dalam format 3D dan IMAX 3D di Amerika Utara dibatalkan. Filem ini ditayangkan dalam format Dolby Vision di Sinema Dolby yang merupakan kali pertama untuk Lionsgate.[45]
Pemasaran
Bersama-sama poster teaser pertama filem ini,[46] Lionsgate mengeluarkan trailer teaser pada 18 Mac 2015 bertajuk The Hunger Games Franchise Logo — Remember.[47] Pada 1 Jun, poster teaser baru untuk filem ini yang memaparkan arca Presiden Snow yang disoraknya telah dikeluarkan di TheCapitol.PN. 9 Pada Jun, trailer teaser untuk filem ini telah dikeluarkan.[48] Beberapa siri poster berlainan yang memaparkan barisan pelakon utama dengan warna merah Mockingjay dicat dimuka mereka telah dikeluarkan pada bulan Julai oleh Lionsgate.
Kemudiannya pada bulan Julai, Lionsgate mengeluarkan poster motion, poster teaser dan video propaganda disusuli dengan trailer rasmi filem ini. Pada bulan Ogos, sebuah poster dikeluarkan dengan kenyataan, "100 hari sebelum The Hunger Games: Mockingjay - Part 2." Walau bagaimanapun, ia dipadam tidak lama selepas itu kerana teks pada poster itu menyerupai perkataan kesat akibat susun atur . Walau bagaimanapun, satu lagi poster telah dikeluarkan menggambarkan Katniss berdiri di atas bahu arca Presiden Snow yang tumbang.[49] Pada 16 September, poster rasmi telah dikeluarkan bersama trailer baru: "For Prim". Pada 30 September, sehari sebelum tiket dijual, poster terakhir yang memaparkan Katniss telah dikeluarkan.
Penerimaan
Box office
The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 mengutip $281.7 juta di Amerika Utara dan $371.2 juta di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $652.9 juta.[6] Ia merupakan filem dengan kutipan terendah dalam siri filem The Hunger Games[50] dan filem dengan kutipan kesembilan tertinggi pada tahun 2015.[51] Pengerusi bersama Lionsgate, Rob Friedman menyalahkan impak serangan Paris November 2015 dan tayangan Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.[52]
Amerika Utara
Filem ini mengutip $16 juta dari pratonton malam Khamis yang merupakan paling rendah dalam francais tetapi ketiga terbesar pada tahun 2015[53] dan $45.5 juta semasa hari pembukaan.[54] Semasa minggu pembukaan, filem ini mengutip $102.7 juta, menduduki tempat pertama di box office dan merupakan pembukaan terendah dalam francais Hunger Games.[55] Filem ini menduduki tempat pertama di box office Amerika Utara untuk empat minggu berturut-turut.[56][57] Mockingjay – Part 2 mengutip $281 juta, 17% kurang daripada Mockingjay – Part 1.[6][58]
Luar Amerika Utara
Di luar Amerika Utara, filem ini ditayangkan di 92 negara. Kutipan pembukaan terbesar berlaku di United Kingdom dengan $17.1 juta diikuti China dengan $15.8 juta, Jerman ($15 juta), Mexico ($8.9 juta), Perancis ($7.1 juta), Australia ($6.8 juta), Brazil ($6.8 juta), Rusia ($6.7 juta), Venezuela ($5.6 juta) dan Itali ($4.3 juta). Secara keseluruhan, negara dengan kutipan terbesar adalah Jerman ($43.7 juta), United Kingdom ($43.1 juta) dan Colombia ($36 juta).[59][60]
Penerimaan kritis
The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 menerima ulasan positif dari pengkritik terutamanya untuk babak aksi dan persembahan lakonan (terutamanya untuk Lawrence, Malone dan Hutcherson) dan kritikan ditujukan kepada pembuat filem ini kerana membahagikan sumber rujukan kepada dua adaptasi berasingan.[61] Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 70%, berdasarkan 226 ulasan dengan purata rating 6.5/10.[62] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 65 daripada 100 berdasarkan 44 pengkritik, menunjukkan "ulasan umumnya menggalakan".[63] Penonton yang dikaji selidik oleh CinemaScore memberikan filem ini gred "A–" dari skala A+ ke F.[64]
Kemungkinan sekuel atau prekuel
Walaupun francais The Hunger Games hanya mempunyai tiga novel (yang diadaptasi kepada empat filem), pada 6 Februari 2015, CEO Lionsgate, Jon Feltheimer mendedahkan bahawa mereka secara aktif melihat kepada beberapa pembangunan dan berfikir tentang kemungkinan prekuel dan sekuel untuk francais The Hunger Games. Beliau berkata bahawa mereka bersedia untuk melakukan apa yang Warner Bros. telah lakukan terhadap francais Harry Potter (2001–2011) dengan memperkenalkan semula francais itu menerusi filem-filem 2016 Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016–2020).[65]
Pada 8 Ogos 2017, Variety melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Lionsgate Jon Feltheimer berminat untuk membuat spin-off untuk The Hunger Games, dan ingin mencipta ruang penulis untuk meneroka idea.[66] Apabila ditanya tentang idea spin-off The Hunger Games, Jennifer Lawrence berkata "Saya rasa ia terlalu cepat. Mereka perlu membiarkan badan sejuk, pada pendapat saya."[67]
Rujukan
- ^ a b "Exclusive: The Hob Interviews Frances Lawrence, Nina Jacobson & Jon Kilik at World Premiere". The Hob. November 13, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2013. Dicapai pada Januari 14, 2014.
- ^ "THE HUNGER GAMES: MOCKINGJAY - PART 2 [2D] (12A)". British Board of Film Classification. Oktober 26, 2015. Dicapai pada Oktober 26, 2015.
- ^ Sandwell, Ian (October 5, 2015). "The Hunger Games: Mockingjay - Part 2's running time is NOT 147 minutes". Digital Spy.
- ^ Ryan Faughnder (November 18, 2015). "'Hunger Games' finale expected to gross $120 million in opening weekend". Los Angeles Times. Dicapai pada November 18, 2015.
- ^ Ben Fritz (November 22, 2015). "'Mockingjay Part 2' Has Lowest Box-Office Opening of 'The Hunger Games' Series". The Wall Street Journal. Dicapai pada November 22, 2015.
- ^ a b c "The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015)". Box Office Mojo. Dicapai pada Februari 29, 2016.
- ^ Setoodeh, Ramin (May 18, 2014). "CANNES: Jennifer Lawrence Dances and Sings at 'Hunger Games' Party". Variety. Dicapai pada August 27, 2014.
- ^ "Lily Rabe was originally cast to play the role of Commander Lyme". londonfilmpremieres.com. londonfilmpremieres. Dicapai pada 30 September 2015.
- ^ Ford, Rebecca (May 6, 2014). "'The Hunger Games: Mockingjay' Adds Michelle Forbes'". Hollywood Reporter. Dicapai pada May 6, 2014.
- ^ "OFFICIAL: Omid Abtahi Cast as Homes in 'Mockingjay' Part 2". September 24, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada February 24, 2014.
- ^ a b "Kim & Misty Ormiston Cast as Leeg 1 & 2 in Mockingjay". September 27, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada February 24, 2014.
- ^ "'Mockingjay' to be split into two movies, release dates announced". EW.com. Julai 10, 2012. Dicapai pada Oktober 27, 2012.
- ^ "Exclusive: Francis Lawrence to Direct Remainder of The Hunger Games Franchise with Two-Part Adaptation of Mockingjay". Collider.com. November 1, 2012.
- ^ Busis, Hillary (Disember 6, 2012). "Best of 2012 (Behind the Scenes): 'Game Change' (and 'Mockingjay') writer Danny Strong on his biggest year". Entertainment Weekly. Dicapai pada Januari 21, 2013.
- ^ Kit, Borys (Februari 15, 2013). "'Hunger Games: Mockingjay' Screenwriter Danny Strong to Begin Work on Part 2 (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada Mei 2, 2013.
- ^ "Liam Hemsworth Talks 'Mockingjay,' Confirms Filming Starts September". Mockingjay.net. Ogos 5, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-14. Dicapai pada Ogos 18, 2013.
- ^ "'Hunger Games: Mockingjay' to begin production in September". digitalspy.co.uk. April 8, 2013. Dicapai pada September 5, 2013.
- ^ "The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Ccast and crew". Fandango. Dicapai pada November 30, 2015.
- ^ "Lily Rabe Joins 'Hunger Games: Mockingjay' Pics". deadline.com. September 16, 2013. Dicapai pada Januari 14, 2014.
- ^ "A new 'Mockingjay' casting call for extras". accessatlanta.com. September 23, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-29. Dicapai pada Januari 14, 2014.
- ^ Purcell, Carey (Jun 15, 2014). "Lily Rabe on Swamp Creatures, Choosing Shakespeare Over "The Hunger Games" and Avoiding Spoilers". playbill.com. Dicapai pada November 21, 2014.
- ^ ""Mockingjay" Movie Starts Filming In Atlanta; Jennifer Lawrence, Liam Hemsworth Spotted On "The Hunger Games" Set". ibtimes.com. September 24, 2013. Dicapai pada Januari 14, 2014.
- ^ Christine (October 23, 2013). ""The Hunger Games: Mockingjay" filming in Rockmart, GA this week". onlocationvacations.com. Dicapai pada November 20, 2014.
- ^ Christine (Disember 14, 2013). ""The Hunger Games: Mockingjay" seems to be filming at the Marriott Marquis in Atlanta tonight". onlocationvacations.com. Dicapai pada November 20, 2014.
- ^ Hartsell, Bradley (Disember 19, 2013). ""Hunger Games 3" Begins Filming At Caldwell Tanks". times-herald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-11. Dicapai pada Januari 14, 2014.
- ^ Celona, Larry; Golding, Bruce (Februari 2, 2014). "Philip Seymour Hoffman found dead with needle in arm: cops". New York Post. Dicapai pada Februari 2, 2014.
- ^ Sullivan, Kevin P. (Februari 2, 2014). ""Hunger Games" Studio Reacts To Philip Seymour Hoffman Death". MTV. Dicapai pada Februari 3, 2014.
- ^ O'Neil, Natalie (Februari 6, 2014). ""Hunger Games" to digitally recreate Hoffman". New York Post. Dicapai pada Februari 7, 2014.
- ^ Lussier, Germain (Februari 7, 2014). "Philip Seymour Hoffman's Work In "The Hunger Games: MockingJay Part 2" Will Be Finished Digitially". /Film. Dicapai pada Februari 7, 2014.
- ^ "Just wrapped Atlanta tweet by Just wrapped Atlanta". twitter.com. Dicapai pada April 22, 2014.
- ^ "Off to Europe! tweet by Francis Lawrence". twitter.com. Dicapai pada April 22, 2014.
- ^ CHRISTINE (April 21, 2014). ""The Hunger Games: Mockingjay" shoot moves to Europe". onlocationvacations.com. Dicapai pada April 22, 2014.
- ^ Johnston, Raymond (April 20, 2014). "Hunger Games shoot moves to Europe". praguepost.com. Dicapai pada April 22, 2014.
- ^ MALEC, BRETT (Mei 7, 2014). "Jennifer Lawrence Starts Filming Mockingjay as Liam Hemsworth Touches Down in Paris: See the Pics!". eonline.com. Dicapai pada Mei 9, 2014.
- ^ Prosser, Caroline (Mei 10, 2014). "Jennifer Lawrence prepares her bow and arrow as Hunger Games filming continues in Paris". dailymail.co.uk. Dicapai pada Mei 25, 2014.
- ^ Flo (Mei 9, 2014). "Tournage d'Hunger Games 3 à Noisy le Grand". filmgeek.fr. Dicapai pada November 20, 2014.
- ^ "Dreharbeiten auf dem Tempelhofer Feld". Berliner-Zeitung.de. Dicapai pada November 20, 2014.
- ^ ""Tribute von Panem" in Babelsberg - 1000 Komparsen gesucht". Morgenpost.de. Dicapai pada Jun 3, 2014.
- ^ "the-hunger-games-mockingjay-part-2-soundtrack-album-cover-and-tracklist-unveiled-pre-order-now". Getmusicasia. November 23, 2015. Dicapai pada November 30, 2015.
- ^ "What's On The 'Mockingjay, Part 2' Soundtrack? It's Full Of New Music From Panem". Sage Young. Bustle.com. November 23, 2015. Dicapai pada Disember 1, 2015.
- ^ "Jennifer Lawrence Just Released a Brand New Song for the Hunger Games". Ella Ceran. teenvogue.co. November 23, 2015. Dicapai pada Disember 1, 2015.
- ^ "http://digitaleleinwand.de/2015/09/14/die-tribute-von-panem-mockingjay-teil-2-feiert-weltpremiere-in-berlin-autogrammjaeger/". DigitaleLeinwand.de. September 14, 2015. External link in
|title=
(bantuan) - ^ Scott Mendelson (Januari 6, 2015). "Hunger Games' Goes To China In 3D". Forbes. Dicapai pada Mei 7, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Etan Vlessing (Februari 6, 2015). "'The Hunger Games: Mockingjay, Part 2' To Get Imax 3D Release". The Hollywood Reporter. Dicapai pada Februari 6, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Carolyn Giardina (Julai 22, 2015). "'Hunger Games,' 'Pixels,' 'Everest' Among Upcoming Dolby Cinema Titles". The Hollywood Reporter. (Prometheus Global Media). Dicapai pada Julai 22, 2015.
- ^ Jeff Labrecque (Mac 17, 2015). "Exclusive: See the final Hunger Games film's teaser poster, the first spark of Mockingjay -- Part 2". Entertainment Weekly. Dicapai pada Mac 19, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Ashley Lee (Mac 18, 2015). "Watch the 'Hunger Games: Mockingjay, Part 2' Logo, Echoing All the Franchise's Highs (Video)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada Mac 19, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "THECAPITOL.PN HACKED BY THE REBELS WITH NEW POSTER IMAGE OF RUINED SNOW STATUE". Quarter Quell. Jun 1, 2015. Dicapai pada Jun 1, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ http://www.techinsider.io/new-hunger-games-mockingjay-part-2-poster-2015-8
- ^ "THE HUNGER GAMES". Box Office Mojo. Dicapai pada Februari 7, 2016.
- ^ "2015 WORLDWIDE GROSSES". Box Office Mojo. Dicapai pada February 7, 2016.
- ^ Anita Busch (Februari 5, 2016). "Lionsgate Plans 17 Films For 2017, Says 'Star Wars' Grabbed $50M-$100M From 'Mockingjay 2'; Stock Falls 27%". Deadline.com. Dicapai pada Februari 6, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan) - ^ Scott Medelson (November 20, 2015). "Box Office: 'Hunger Games: Mockingjay 2' Scores Okay $16M Thursday". Forbes. Dicapai pada November 21, 2015.
- ^ D'Alessandro, Anthony. "'Mockingjay – Part 2' Flying To $104M-$110M, Lowest In 'Hunger Games' Series But Still Great Business". Deadline. Dicapai pada November 20, 2015.
- ^ "Box Office Top 20: Final 'Hunger Games' movie opens on top". Associated Press. November 23, 2015. Dicapai pada November 23, 2015.
- ^ Pamela McClintock (December 13, 2015). "Box Office: Ron Howard's 'Heart of the Sea' Capsizes With $11M U.S. Debut". The Hollywood Reporter. Dicapai pada December 13, 2015.
- ^ Brad Brevet (Disember 13, 2015). "'In the Heart of the Sea' Runs Ashore Giving 'Mockingjay 2' Its Fourth Straight #1". Box Office Mojo. Dicapai pada Disember 14, 2015.
- ^ Ryan Faughnder (Februari 5, 2016). "Lionsgate stock plummets after 'Mockingjay 2' drives disappointing earnings". Los Angeles Times. Dicapai pada Februari 6, 2016.
- ^ Nancy Tartaglione (Januari 3, 2016). "'Star Wars', Local-Language & Family Pics Lead; 'Sherlock' Shines In Korea – Intl B.O." Deadline.com. Dicapai pada Januari 4, 2016. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan) - ^ "The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 — International Totals". Box Office Mojo. Dicapai pada Februari 13, 2016.
- ^ Tracy Brown (November 21, 2015). "Katniss is the best reason to stick with 'The Hunger Games: Mockingjay -- Part 2,' reviews say". Los Angeles Times. Dicapai pada November 22, 2015.
- ^ "The Hunger Games: Mockingjay — Part 2 (2015)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada Disember 13, 2015.
- ^ "The Hunger Games: Mockingjay — Part 2 reviews". Metacritic. Dicapai pada November 24, 2015.
- ^ Anthony D'Alessandro (November 20, 2015). "'Mockingjay – Part 2' Racks Up $16M In Thursday Night Previews; Current Global B.O. At $43M". Deadline.com. Dicapai pada November 21, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan) - ^ David Lieberman (Februari 6, 2015). "Lionsgate Exploring 'Hunger Games' Sequels; 'Mockingjay 2′ To Show In IMAX 3D — Update". Deadline.com. Dicapai pada Februari 7, 2015. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Lang, Brent (2017-08-08). "Lionsgate Ketua Kata 'Hunger Games,' 'Twilight' Ada 'Lebih Banyak Cerita untuk Diceritakan'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 30, 2018. Dicapai pada 2018-01-30.
- ^ Lang, Brent (2015-12-14). "Jennifer Lawrence tentang Prekuel 'Hunger Games': 'It's Too Soon'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2017. Dicapai pada 2018-01-30.