Tidak ada referer, pengunjung mungkin datang langsung atau referer diblokir.ls.
The Best of Hetty Sarlene - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
The Best of Hetty Sarlene merupakan album kompilasi Hetty Sarlene. Lagu-lagu dalam album ini merupakan koleksi lagu hits daripada dua album studio terdahulu beliau dengan diselitkan tiga buah lagu baru iaitu Siapa Diriku Disisimu, Satu Nama dan Cerita Dalam Lagu. Album ini juga adalah merupakan album terakhir beliau bersama New Southern Records sebelum kontraknya bersama syarikat rakaman tersebut berakhir pada 2005. Album ini juga adalah merupakan album penutupan kariernya sebagai penyanyi rakaman.
Lagu "Siapa Diriku Disisimu" ini pernah dijadikan sebagai salah satu daripada runut bunyi untuk drama bersiri Sembilu Kasih dimana beliau adalah merupakan salah satu pelakon utama didalam drama tersebut.
Manakala lagu "Cerita Dalam Lagu" juga pernah dijadikan sebagai salah satu runut bunyi bagi filem Salon lakonan Pierre Andre dan Raja Farah.